Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, May 3, 2011

Blackout, Saya nak lilin, awak nak kapas tak?

Malam tadi tiba2 kami terpaksa bergelap.
Bukan tak bayar bil TNB lah, blackout di kawasan kejiranan saya ni.
Gelap dan kelam rasanya.
Teraba raba mencari lilin.
Cari hset dan call TNB.
Call dan call lagi berkali kali.
Pas tu nak buat apa pulak di dalam kepekatan malam yg gelap ni?
-Terasa seperti buta, nak bergerak pun payah, hilang penglihatan sekejap.
-Panas tok sah cerita bila aircon/kipas tidak bertugas.
-Nak bukak pintu/jendela takut pula.
-Nyamok ambil takhta, bermaharaja lela.
-Enjin air tak leh berfungsi, catuan air bermula..
-TV/Astro/strymix dan segala yg menggunakan letrik menjadi bisu.
-Saya jadi buntu, Anak anak resah dan terasa amat payah begini.
Tiba tiba lip lap....Menyala dah.
Lega!
Luas rasa dunia.
Selepas dua jam bergelap terasa amat beharganya cahaya.
Penting sungguh cahaya dan tenaga letrik didalam kehidupan kita.
Kalau hari hari biasa kita tak fikirpun...Tau guna dan bayar bil saja.
Begitulah kita, hanya merasa perlunya sesuatu itu di waktu kita sudah kehilangan nya.
Time ada tu kita tak menghargai nya..
Dah tak ada baru terkial kial....
Pesanan penaja: Jangan lupa hargai saya yer, mana tau kot bila saya tak de awak rindu saya pulak....
Uwekkk..!!
Mual perut baca statement di atas.
Dahhhh....Lari tajuk pulak, kalau karangan SPM dah fail dah ni.

Terima kasih TNB kerana cepat baiki kerosakan..
Kalau lambat 10 minit lagi 10 kali lagi lah saya call...
Penat kan dengar saya membebel..Tu pasal lah cepat kilat awak baiki yer???
Lain kali kalau ada kerosakan letrik,saya beli lilin, awak beli kapas, sumbat telinga tu.

10 comments:

munna said...

kalau ada anak2 kecil..lagilah rasa susah klu takde letrik ni kak....

hani@debumelukut said...

betul tu munna..nasib baik tak ada bayi.

HonEyBuNNy said...

heheh..

baru la ila faham beli lilin awk beli kapas...dengar membebel eh..

lecturer ila selalu cakap..kalau xdak elektrik dia akan "mati"...hehe..sebba semua guna elektrik kan...ngeh3

hani@debumelukut said...

honeybunny,
mmg..mati kutu rasanya.

Kakzakie said...

Kakak memang takut gelap. Kalau hubby balik lambat sikit dari masjid kakak dah on semua lampu porch. Semua tiang porch akan menyalalah lampu. Depan belakang semuanya dah terang.

Sebab itu sentiasa ada torchlight besar kat atas almari tepi katil....

hani@debumelukut said...

KakZakie,
kena beli torchlight besar jugak lah..ikut jejak langkah kakzakie. mmg payah bila tiba2 gelap dan tak tau nak buat apa. sebenarnya di kejiranan saya tu jarang sgt blackout sbb kawasan Istana tapi entah camna mlm tadi terblackout.

Sekamar Rindu said...

salam....puan,

pastikan sediakan lilin yg mencukupi...:)

tq komen blog saya..:)))

hani@debumelukut said...

Sekamar rindu,
U r welcome. Akak mmg suka baca bahasa puitis begitu..teruskan berkarya k.

Sally said...

Laaa ye ke..mujur sini ok..dekat dah tuu..

hani@debumelukut said...

Sally,
nasib baik kan..kalau tak berpanas mcm akak lah mlm semalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...