Kita hanya merancang, Tuhan menentukan.
Saya terpaksa K.I.V. dulu niat nak rehat 100% hari ni.
Rupanya subuh2 lagi dah kena keluar ke 7eleven.
Beli kertas pembalut hadiah, celotape dan riben.
Acara membungkus hadiah untuk majlis kenduri sepanjang cuti ni bermula awal pagi.
Pukul 8.00pagi saya dah mula ke rumah sedara2 yg akan berkenduri dlm cuti ni.
Terpaksa agih hadiah lebih awal kerana saya nak ke Ampang esuk dan tidak dapat hadir ke majlis mereka tu nanti.
Pukul 9.00 pergi pasar, hari ni kena masak besar sebab makan besar, anak beranak berkumpul.
Balik dari pasar mula masuk dapur.
Lepas Jumaat sempatlah rehat sekejap,itu pun tumit mula buat hal.
Bila bangun untuk solat asar,tak leh memijak, sakit amat sangat.
Ke klinik lah jawap nya.
N3 ni saya type sambil tunggu Magrib.
Lepas Magrib nak ke majlis tahlil pulak.
Hmm..Niat nak manjakan diri, relax, makan tido stail permaisuri raja dibatalkan.
Entah bila boleh ber'malas' malasan ni....
7 comments:
sekarang ini pun IM ingat nak relaks selepas menempuh jam hari jumaat di jambatan pulau pinang.
namun ibu_suri seperti selalunya, beriya-iya suruh IM bawa dia jalan-jalan.
huu...
orang yg rajin spt cg hani ni, mungkin kempunan ler utk menjalani aktiviti bermalas2an.....
hehe
Sallam Cikgu Hani,
Itulah dia perempuan, Tidak ada istilah bermalas-malas dalam hidup kita ni cikgu. Kalau ada pun hanya tinggal kata-kata. Betul tak.
Salam ziarah.
Cuti sekolah bermula... banyak undangan walimatul urus...kena sediakan hadiah atau pun envelope.
Selagi tak cetum kepala dan kaki, selagi itulah kita bergerak. Paling dasyat... ada orang berjalan dalam tido.
Nilah yang dikatakan "kita merancang, Allah yang menentukan".
thanks for the comments, tak sempat nak balas komen, baru tiba di ampang setelah bermalam di Kuantan.Happy Holidays to everybody...
Post a Comment