Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, May 20, 2011

Bila pula tukar profesyen nih?

Kami di beri jawatan 'Tukang Masak' di Perkhemahan Tahunan Sekolah. Menu ptg ni..Telur Goreng Dadar dan Tumis Kubis.(Eleh, pejam mata pun boleh buat ni...)

Mula2: Bising bebel dulu,komplen itu komplen ini. kalau tak komplen tak sah. Biasalah, dah kami ni sound effect lebih.Punggah alatan memasak dan bahan2 sambil mengomel tak habis2..

Langkah pertama:Potong sayur ramai2, penuh sebakul sayur sambil ngumpat pot pet pot pet penuh 14 bakul..Mulut bising pun kerja buat weiii..sepakat tau!

Langkah kedua: Arah geng buat itu buat ini..Kena jadi pengarah jugak kalau nak cepat. Diri sendiri susah nak bergerak dgn alasan sakit tumit.ALASAN! Pecahkan telur dlm bekas mana yg muat untuk 200 bijik.Add bawang dan cili. Kulit telur cikgu Pah booking,nak buat hapa, ntah.

Langkah ke3: Paksa mana2 budak yg melintas kat depan suruh ambikkan garam dan pepper.Tekak mula haus Siapa nak tolong buatkan air ni?.Beli goreng pisang sekali.Cg Dar volunteer.

Langkah ke4: Guna kuali besar,goreng lahh sambil dihiburkan dgn lawak2 yg dihasilkan oleh rakan guru lain..Ada yg hangus, ada yg tak berapa masak, hentam jer lah..dah lapar tu semua sedapp.

Langkah ke5: Senyum sbb ada jurufoto nak hasilkan bukti saya dtg bertugas,dan buat2 la sibuk sikit, korang punnnn, mcm 'Tok Mandur' tercegat nak enterframe..Cekak2 pnggang lagi yer..

Langkah ke6: Intai Gb ada tak..Berpeluh2 saya ni kalau dia tak tengok, penat free jer..

Langkah ke7: Dah Siap dah.Meh sini budak2, kita jamu selera..Bukan selalu kamu boleh makan masakan Ticer ni..

Langkah seterusnya: Langkah terhinjut hinjut ke bilik Pra untuk rehat kejap.Tumit ku bagai di gigit2.

10 comments:

lina said...

salam teacher - nak juga boleh :)

Che Mid said...

salam, apa jadi dengan tumit tu hani.. time2 ni la pulak sakit ye

hani@debumelukut said...

Lina,
masak tepi pagar sekolah, sanggup ke makan?

hani@debumelukut said...

che Mid,
Tumid hani ni dah tak kenal siang malam, tau nya sakit aje...

AZANI said...

assalam hani...kerja sama, apa yang penting kerja sama....

hani@debumelukut said...

Azani,
kerjasama..!

Ann Huda (Ate) said...

Perkemahan Tahunan tu semua ticer ngan ank morid wajib ikut ke?

hani@debumelukut said...

tak semua murid Ate, tapi cikgu hampir semua terlibat lah.Seronok walau hujung minggu kami habis di sekolah aje lah minggu ni.Tidor pun dlm kelas bersama murid.Ini lah salah satu tanggungjawap cikgu yg org tak nampak..

makcu B said...

Kulit telur tu cikgu Pah nak buat "bunga telur"

hani@debumelukut said...

hentam saja lah MakcuB..nanti letak foto kat fbook nak tengok camna rupa bunga telur tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...