Sibuk.
Saya sibuk menternak sehari dua nih.
Ternak anak lemak.
Yang dah membiak di badan tu belum cukup.
Ternak lagi lemak yang baru.
Hari khamis sewaktu dalam perjalanan ke KL,
Maaf sekali lagi, pandu kereta bukan jalan dgn kaki.
saya singgah di Raub.
Bermulalah proses menternak anak lemak di petang Khamis tu.
Restoren Mualaf.
Ini iklan free, tak berbayar.
Sedap dan harga berpatutan.
Portion per person alamakkk, banyak sungguh!
Penat nak habiskan, tapi demi lemak yang minta di ternak cukup2, saya habiskan juga.
Jumaat pula saya menternak di Anjung Batu, Umbai, Melaka.
Eh, apasal lah orang Melaka tak cakap siang2 kat sini seafood nya fresh dan sedap?
Kalau tahu sedap awal2 tak lah saya 'ter'makan nasi lemak sebelum makan seafood nih.
Meriahlah penternakan anak2 lemak ni nampak nya..
Yg nampak lengan baju putih paling depan tu saya lah.
Terpaksa crop tinggal lengan aje dah...part lain sirim tak lulus.
Terima kasih lah Dato dan Datin yang sponsor dinner ni.
Sabtu saya ke Aeon Setiawangsa untuk lunch.
Subway sandwiches,Apple donuts dan Tepanyaki.
Betul...semua sekali saya makan.
Kan dah cakap saya giat menternak ni...
Hari ni saya kembali ke rumah saya.
Home cooked meal...sedapppp!!!
Home is where the heart n the stomach belongs,
Tiba2
Tak sporting langsung mesin ni...
Ligat giler!
22 comments:
Kita bako je lemak yg diternak tu...! Kita bako...!
(Jogging untok burn la pulak!)
exercise jari kat key board ni tak kira bakar lemak ke dik? tak kira? tak yer?
Pesta makan sekali sekala apa salahnya. Lagi pun lemak tu kita yg kawal kan..
selamat menternak.....!!!
hehe
Mie, masaalah nya tak leh nak kawal lah ni..kalau makan mesti nak 'terover'
ybs,
tq..kalau ada geng lagi best ternak lemak ni
Mmg best ternak lemak ni
assalam hani
teknologi sentiasa berkembang, satu masa , lemak boleh ditransform jadi petrol...tu pasal saya pun giat menternak...he he he
nur,
nur pun ternak jugak ke?
Azani,
hehehe kalau boleh jadi petrol ok lah tu..entah2 boleh ganti tenaga letrik, tak payah susah2 bayar bil TNB..terang benderang rumah saya nanti!
banyaknya makanan..memang betul2 menternak lemak la neh....hehe..
honnybunny,
I told you so.
ibu_suri pula kecoh nak derma lemak...
salam.....
sekali sekala ternak lemak apa salahnya..
:))
IM,
nak derma jugak lah.
Sekamar rindu,
kalau sekali sekala tu tak salah, akak ni banyak kali buat mcm ni..
amboiii..meriahnya makanan..hehhe..kenapa mesin timbang berat ligat?sebab no besar2 kat belakang2 kot..
mykhalis,
tau tak per...
lemak kadangkala boleh membuatkan anda kelihatan cun. hihi. (:
cik Azeya,
dah tua2 ni mana ada istilah cun lagi dik...
Makcu baru perasan Su dan anak2. Yang lengan baju putih tu... semangat sungguh pasal makan. Cepat langsaikan satu pinggan.
hehehehe..biasa lah makcu,kita pantang bab makan2 ni...pantang jumpa makanan!
Post a Comment