Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, May 19, 2011

Kadang kadang

Kadang kadang,
Kerana aku ini manusia yang lemah.
Aku menjadi keluh kesah.
Tewas pada mainan hati.
Bertindak tanpa rujukan akal.

Kadang kadang,
Kerana aku sentiasa pikul marah semalam,
Aku heret sesal kesana sini.
Merasa tidak adil nya hidup ini.
Api dendam membiak dalam diam.

Kadang kadang,
Kerana aku lupa bersyukur,
Aku sentiasa membilang malang ku.
Tidak pula mengutip untung yg luruh berguguran.
Tak pasal pasal aku menangis,
sedangkan sepatutnya aku senyum bahagia.

Kadang kadang hidup ini wahai kawan2 ku,
terasa amat payah.
Kadang kadang terasa amat mudah pula.
Berselang seli suka duka.
Kadang kadang aku rebah
dengan izin Tuhan, aku bangun semula.

Tapi kadang kadang...
Kerana aku ini seorang perempuan yang serba kekurangan,
Mau juga aku melepaskan perasaan yang ku pendam.
Bukan untuk di adili,
Sekadar untuk Tajuk N3 ku buat hari ini.

(Pelik ke saya ni? atau adakah kita serupa saja.......)

24 comments:

Ann Huda (Ate) said...

Ya..kita serupa. Dan Ate percaya ramai lagi di luar sana yang serupa kita. Tetap mengeluh di atas kelimpahan rezeki..senantiasa membilang malang diri sendiri kerana kita makhluk yg tidak bersyukur atas buaaannnnyak lagi nikmat yang di beri Illahi.

lina said...

salam ma'am - To me is nothing wrong we have that feeling…all is come up from ALLAH….Is normal as we are human.
Take care!

Che Mid said...

kita serupa!!!

Ibu n Abah said...

Cikgu Hani...
saya pulak kalau dah stress sangat..
suka dengar lagu....
buka lagu yg sangat mengesankan masa 'jgn ada dusta diantara kita..' hmmmmm boleh lupa segala macam ke'haru-biru'an....selamat mencuba...

sahida said...

Cikgu Hani, puisi yg indah.. tak pelik pun, kita sama saja di sisi Nya. Hanya taqwa yg membezakan setiap kita..ujian itu tanda kasih syg Nya kan? ;)

Piasara said...

"sama ja kita ni kak..kdg2 bahagia..kdg2 sedih,duka lara dtg silih berganti.."

HonEyBuNNy said...

kadang2 diri ini pun rasa macam tu la...adakah kita serupa juga?hehe

Sally said...

Asal namanya manusia : kita semmua sama..

Sekamar Rindu said...

salam....

saya sangat suka entri ni...

kadang2..kita perlu masa untuk bercanda dgn jiwa..menulis puisi, melukis pelangi untuk mewarna..

Cik Ina Do do Cheng said...

hani kita hanya hamba yang lemah disisinya. tak pernah lari dari berkeluh kesah.

cikguden said...

kehidupan yang tidak pernah lari daripada dugaan.

kakcik said...

Kita semua sahaja - dalam riang ada duka, dalam ceria ada airmata... :)

hani@debumelukut said...

Ate, manusia punya perasaan.

hani@debumelukut said...

Lina..yer ke?

hani@debumelukut said...

che mid,
teringat lagu lama 'kitaaa serupaaaa' zainal abidin tu

hani@debumelukut said...

ibu dan Abah,
kena try cara ni jugak

hani@debumelukut said...

sahida,
redha aja lah..

hani@debumelukut said...

piasara,
sabar dan semoga Tuhan berikan kekuatan..

hani@debumelukut said...

Honeybunny,
hmm..ups n downs in life

hani@debumelukut said...

Sally,
pengalaman hidup mematangkan kita

hani@debumelukut said...

sekamar rindu.
TQ..

hani@debumelukut said...

CikIna,
bumi mana yg tak ditimpa hujan kannn

hani@debumelukut said...

CikguDen,
betul sgt tu..cobaaaaannnnnn

lina said...

yes teacher apa2 perbuatan kita semuanya drp gerakan ALLAH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...