Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, May 24, 2011

Kerana saya seorang guru, kerana awak anak murid saya...

Ayam?
Chicken?
Saya kena jadi ayam?
Ayam, Bukan ibu ayam.
A.Y.A.M = Ayam.
Yg ada paruh dan kepak tu.
Ada ekor dan berkokok.
Baca betul2, jangan silap faham.
Haiyaaaa...
Dah 30 tahun mengajar, dekat2 nak pencen ni kena jadi ayam pulak.
Apa apa lah..
Kalau tak kerana anak murid, upah beribu pun saya tak nak pakai costume ayam.
Saya ni ayam terlebih dedak,
tak dapat bayangkan lah camna rupa saya esuk.
Entah pandai ke tidak berkokok, aduyaiii..
Kokokokkk..Cubaan 1,2,3..Jadi tak?
Tak per lah, suara ayam pencen memang macam tu.
Esuk dengan rasmi nya saya akan menjadi seekor ayam gemuk untuk pementasan sempena sambutan hari guru peringkat sekolah.
Nanti saya share foto saya kat sini esuk, itu pun kalau saya nampak lawa dalam kostum ayam.
Harap2 malam ni tak mimpi bertelur dahhh...
Kroo..Krooo..Ko Kokokooookkkk....

10 comments:

Piasara said...

"hhhaaa..kelakar lah,tapi saya jamin akak mesti cun dlm kostum ayam tu..apapun respect lah akk...cikgu serba boleh ni.."

hani@debumelukut said...

Risau gak Pia, maklum lah bab2 ayam ni bukan reti sgt..tapi kena sporting lah, demi murid2.

Che Mid said...

ha ha tak sabar nak tengok.. kostum dapat dari mana? sponsored by rizman ruzaini ke jovian mandagie ..

wahida said...

tak sabar nak tgk akak dlm kostum ayam tu...nnt update ye!

zul permatang badak said...

Kostum ayam.....teringat masa hari akhir budak2 tadika.....
ingat dapatlah hadiah........buat penat buat kostum je.......

Ibu n Abah said...

cikgu...
buat saya tersedak..
mujur saya tak makan sagun...
'ayam terlebih dedak?'
first time dengar.....
cikgu mmg sporting!!!

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Cikgu,

Bila sebut ayam, teringat masa di ITM dulu, masa orientasi, puas berkokok supaya seniorlady bangun.

munna said...

MESTI COMEL KAK HANI DLM COSTUME AYAM TU NANTI...SPORTINGNYA CIKGU NI...

MULAN said...

happy teachers day... moga sentiasa diberkati Allah...

mana foto kak... cepat cepat nak tengok.. hehehe...

hani@debumelukut said...

Kawan2,
Jap ek, ayam baru balik dari sekolah, nak mandi dulu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...