Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, May 5, 2011

Bukan Astro saja yang boleh 'Ulang siaran'.

Membelek N3 lama saya di blog ini.
Membaca kembali hasil tulisan saya yang terdahulu.
Rupanya hari ini saya masih seperti saya di pagi itu..
Hari ini gaya hidup masih tidak berubah cuma usia yang bertambah.
Ok, saya 'ulang siaran' puisi saya tu..

LUPA MEMBILANG USIA

Pagi ni hari ke berapa aku bangkit dari tidur?
Mahu memburu siang
hingga lupa membilang usia yang di tinggalkan.
Tidur itu satu kebiasaan.
Bangkit pagi ini satu kemestian.
Esuk bagaimana?
Rakus menyedut udara segar.
Lupa memanjatkan syukur kepada Tuhan
yang telah meminjamkan nyawa
dan kesihatan.
Kelam kabut mengurus diri,
terburu buru membersih diri.
Ringkas nya solat subuh tadi.
Doa pendek mana sempat,
terkejar kejar ke pejabat .
Tergesa gesa siapkan kerja,
terisi masa hingga ke senja.
Dalam lelah dan kesesakan,
tiba tiba terlintas di kepala..
Akan berulangkah rutin ini
di hari esuk nya... .
Lupa pula membilang usia
Entah bila tamat tempoh nya.


4 comments:

ybs said...

ada orang kata, sejarah itu berulang.....

hani@debumelukut said...

ybs,
yer ke? Tak nak lah hadapi apa yang dah di hadapi..serik!

sahida said...

Cikgu Hani, ingatan yg sgt berguna untk kita semua.;)

hani@debumelukut said...

sahida,
sama2 lah ingat mengingati...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...