Kamu bukan berasal dari buluh betung,
bukan dari rimba yang gelap.
Tidak pernah haiwan belantara mendodoikan tidur mu,
Kokok siamang tidak pernah kau kenal.
Kerana kamu yg bercambah di rahim ku,
Membentuk menjadi manusia dengan doa.
Hadir mu bersambut azan.
Kesyukuran menyelimuti tubuh mu.
Anugerah Tuhan yg membahagiakan.
Air Zam Zam membelah mulut mu
Kemanisan kurma Ajwa menyentuh deria rasa
Dan darah yg mengalir di tubuh mu ada aku.
Setiap titik susu yg mengeyangkan mu itu,
dari redha ku..
Dari langkah pertama mu hingga kini,
bersulam resah dan tawa ku.
Setiap pagi hingga ke malam aku
panjatkan doa sejahtera buat mu .
Anak,
Adakan aku terlalu meminta minta?
Jika yg ku mahu hanya lah,
supaya kamu,
jadi lah anak yang tidak melukakan
hati ku.
4 comments:
Salam Sejahtera Hani,
Ibu diuji dengan anak yg sebegitu dan anak itu juga diuji tidak tahu menilai kasih ibu.
Mohon doa pada Allah agar kebahagian dan tenang jadi pakaian kita.
Sebagai ibu juga, saya faham.
Tapi saya sentiasa cuba untuk cepat melupakan. Kerana kasih sayang yang tidak bertepi...
ya..anak-anak adalah ujian...
naluri ibu memang mempersona...
amat perasa namun luarbiasa...
keupayaan DELETE dan memaafkan...
buat anak sentiasa dalam keredhaan..
ya..syurga dibawah tapak kaki ibu bukan rekaan...
moga Allah terus memberi perlindungan dan rahmatnya kepada kita..
sebak baca puisi ni kak, harap sangat anak2 baik2 saja
Post a Comment