Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, November 7, 2012

Maaf Cik, saya bukan Chef.

Kenapa saya tak jadi Chef?
Sebab saya tak pandai masak.
Saya suka masak. Tak nafi tu.
Selalu masak untuk keluarga dan kawan kawan.
Pantang terlintas di hati nak makan apa, saya masak.
Pantang dengar orang cerita pasal makanan, saya masak.
Pantang ada org nak makan, saya sukarela masak.
Hobby.
Terapi minda.
Ternak body.
Tapi saya ni jauh langit dari bumi kalau nak jadi Chef.
Sebab nya........
Saya ni, sebut jer nak masak untuk orang lain,mula lah tak menjadi masakan tuh.
Tambah2 kalau makanan yg orang tempah, sah tak sesedap yg selalu saya buat.
Kalau nak masak untuk acara apa apa,
saya lah yg paling gelabah..
Time tu lah masakan saya jadi tak sempurna.
Masin lah, manis lah, tawar lah, lembik sangat lah, keras sangat lah..ada jer yg tak kena.
Kalau kerja Chef alamat kena buang kerja lah saya.
Malukan kompeni saja.
Jadinya, kalau nak makan masakan saya kena tunggu saya sukarela buat,
kalau kerana di suruh buat, atau di bayar untuk buat...
alamat tak merasa enak di tekak lah...
Itu pasal lah saya jadi cikgu tak jadi chef.
Cukup lah Chef di hati anak anak, sanak saudara dan kawan2 saja.
Huhuhuhuhuuuu.....
N3 ni sebenarnya menjawap soalan Si Dia yg bertanyakan saya kenapa saya tak buat tempahan/catering.
Maaf Cik, saya bukan Chef.

6 comments:

Unknown said...

Rasa nak gelak bila dapat tahu adik saya yg waktu sekolah dulu sangat anti pada subjek math, sekarang dok mengajar subjek tu...

eLL said...

saya pandai masak. tapi lauk simple je.

kadang2 kalo masak tak yakin sedap, tetiba orang cakap sedap. bahahahaha

azieazah said...

Kita sama! Tak pandai tapi suka masak. Masak benda yang sama jer. hehehe

azi said...

Cikgu...
samalah macam saya, kalau masak untuk tetamu, mesti masakan saya tak menjadi....:)

Ibu n Abah said...

Cikgu..
maybe cikgu macam saya jugak..
tak suka kerja 'dalam tekanan'
katakan kena masak katering... terpikir orang mesti nak perfect...
masa itulah tersalah resepi..
sukatan air pun lari...

Anonymous said...

salam k'hani,

ur entry reminds me 2 Rachael Ray n Martha Stewart incident not long ago. (both of them hv their own TV cooking shows). Once MS critized that RY's recipes were nonsense...n RY responded it's bcoz she's only a COOK not a CHEF.. she didn't go 2 formal/professional cooking school. Yet, RY is a very well known n popular "cook". btw also does MS..

everybody should google 4 RY or MS then :D

ryaha
FoCo, CO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...