Ini mak saya dan mertua saya.
Sesekali berjumpa banyak yang nak di kongsi.
Tengok senyuman dia..Ikhlas dan bersahaja.
Tak macam senyuman mengoda artis di dada majalah.
Tidak semanis senyuman ratu dunia.
Tapi senyuman ini penawar duka.
Senyuman ini ada lah ketenangan bagi mata yang memandang.
Senyuman dari hati.
Suci dan tidak ada agenda tersembunyi.
Dua ibu tua ini menghabiskan hari tua bersendiri.
Ibu ku di sini dan mertua ku di situ.
Di rumah besar penuh jeriji.
Penuh kenangan membesarkan anak anak.
Bersendiri kini tanpa kami di sisi.
Gagah melangkah meniti hari.
Namun
Kedua nya ada sepi di hati
Menaruh harapan pada kunjungan2 yang singkat.
Kepulangan yg sementara.
Kadang2 sepi itu berkaca di mata.
Masih mampu tersenyum menyambut kami walau hati menangis.
Setiap kali deruan enjin kereta memasuki laman
tidak ada orang lain yang mereka harapkan pulang.
Rindu orang tua berselindung di antara butir bicara.
Kita anak anak sentiasa tahu erti bebel yang berjela.
sebenarnya itulah bahasa ibunda, bahasa yang maknanya...
"Anak2, walau berapa usia mu, ibu ini masih mengambil berat".
Dan kita?
Sejauh mana kita mengambil tahu kebajikan dia, orang tua kita?
Selamat Hari Ibu, Mak..
Tersekat sekat ucapan itu kerana di kerongkong tersumbat rasa bersalah,
Murahnya air mata bila menatap wajah tua kesayangan kita.
Tahun depan masih boleh bersalaman kah kita dengan mereka?
Atau menyambut hari ibu di pusara yg bisu dan
tidak ada lagi senyuman itu?
26 comments:
Assalamualaikum.
Selamat hari ibu.
Waalaikum mussalam DrSam..tq
semoga dipanjangkan umur.. diberi kesihatan yang baik..selamat hari ibu..
tq Khalis..selamat hari ibu buat isteri khalis jugak.
Salam.
Semoga mereka dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yg baik utk membanyakkan amalan di usia emas ini.
Berbuat baiklah kpd mereka sementara mereka masih ada ni.
psst - kita tak tahu samada mereka atau kita yg akan pergi dulu.
Assalam hani
salam hari ibu buat hani dan ibu ibu hani
semoga dipanjangkan usia dan dihiasi keceriaan
Sallam cikgu,
Selamat Hari Ibu yee,
Saya dah tak ada ibu,
tapi anak dan menantu saya juga ibu.
YB,
Kata org buah kelapa bukan yg tua aje yg luruh,yg baru berputik pun luruh, bunga pun luruh..samalah mcm manusia, ajal maut tak mengira usia..
Azani,
Tq. sedih akak baca cerita Ibu yg jadi mangsa kebakaran tu..Yatim dah anak2 arwah..
Lipislady,
Ada. Ibu tetap ada. cuma bezanya sekarang ibu tak ada di dunia yg sama..tapi dia tetap di hati kan?
Selamat menyambut Hari Ibu Kak HANI. Semoga terus berbahagia bersama orang-orang tersayang.
Selamat hari ibu juga buat Aziezah..celebrate kat mana tadi?
selamat hari ibu kak..semoga dipanjangkan umur..
mentua pun sama dengan mak, tak batal air sembahyang sampai bila-bila.
selamat hari ibu untuk mereka.
touching jugak...dapat sms wish hari ibu dari mak...hehehe
selamat hari ibu... sesunguuhnyer kau sungguh istimewa :)
selamat hari ibu utk akak dan para ibu di seluruh Malaysia...
syahdunye... huhu
selamat hari ibu...^^
alangkah beruntungnya ibumu...
diberi besan semulia itu....
betapa bertuahnya mertuamu...
dianugerah besan setulus itu...
apakah yang lebih baik untukmu?
hargai mereka...hargai moment tanpa ulangan itu...
Faiz,
tq and wishing the same to your mum too
Cikli, mak dengan mertua tak ada bezanya..Akak pun dah bergelar mak dan juga bergelar mertua.
Zakiyah zainon,
mak wish u happy mothers day? kita pun sama macm mak kita kan...dah jadi mak dan tau hati mak mcm mana..
eb ezrin,
Dia lah permulaan kita..
wahida,
tq dear.
Shamsuddin Amin,
sesyahdu kasih mu ibu
Queenie,
moment tidak akan berulang..kekal sebagai kenangan
Post a Comment