Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, May 15, 2011

Jawapan bagi yang bertanya kemana saya sehari dua tak de kat blog ni..

Dah dua tiga hari saya berada di sini. Siaran di blog tergendala sebentar....Untuk singgah dan tinggalkan jejak di blog orang lain pun tak sempat. Mujur pagi ni ada sedikit kelapangan boleh lah saya berN3 sekejap.

Di sini, ini yang saya nampak kalau saya berdiri. Pemandangan luas hingga hujung dunia. Daerah saya. Di sebelah bangunan tinggi tu(Kota Mutiara/Billion) itu lah Baiti Jannati..Tapi sementara waktu ni di sini Baiti Jannati saya walau pun ada juga payah nya. Payah kerana tak ada Wifi,terpaksa bergilir tandas, bilik solat kena tunggu giliran, wad stuffy/panas dan agak ramai pesakit. My hubby tak di benarkan ke wad staff/wad berbayar atas alasan jantung bermaalah kena duk dekat dengan medical team..yer ke gitu?Tapi semua tu small matter kerana dah terbiasa.

Kalau saya duduk saya dapat saksi kan bandar baru yang meriah ni. Semalam ada pasar mlm di hujung sana..Kalau saya boleh terbang saya terbang hinggap dan beli Kuey tiaw goreng sebungkus. Sebenarnya di sini saya mewah makanan.Ahli keluarga tak putus2 hantar 'Bekalan'..Kalau lama lagi di sini lebih bulat lah saya nanti.Selain dari makan, di sini murah senyuman..Nurses dan jiran ramah dan senyum sokmo,..Majoriti pesakit di sini orang kampung yg biasa2 tapi byk yang saya belajar dari mereka. Mereka cepat mesra walau kadang tu mereka buat saya rasa macam sentiasa di perhatikan..Don't ask about privacy here.

Bila saya baring ini pemandangan saya.Pemandangan yang menginsafkan saya. Lantai ini katil saya, tikar plastik ini cadar saya..Setiap kali suami saya mengalami komplikasi jantung, saya berada di sini bersama dia..Menukar tilam Dreamland ribu2 dengan tikar yang beharga rm12.50.
Ketenangan adalah 'Priceless' Di sini walau serba payah saya temui kedamaian jiwa. Pelik kan? Betul. setiap kali saya bermalam di tepi katil hospital yg sarat wayar itu ini saya rasa lebih di ambil peduli..Di sini kalau dia nak buang air pun dia terpaksa beritau saya...Hehehe..I'm not ignored here..In another words, walau pun saya tau saya bukan lah isteri yang terbaik di dunia ini tapi sekurang kurang nya saya di beri peluang untuk berbakti pada suami.Ini saja lah yang dapat saya lakukan dan saya seronok dan rela menghabiskan masa bersama dia di Wad 7 Selatan ini....
Tengok ni..Waktu malam yang sangat cantik.Berdiri di balkoni wad dan mentafsir erti kehidupan yang sementara ini..

Doktor, Bila boleh balik ni....?
(Ayat power yang hubby saya hari hari cakap kat doktor)

10 comments:

azieazah said...

Salam Kak HANI.
Beruntung dan bertuah sekali diberi jiwa yang kuat dan kesihatan yang baik untuk berada di samping suami di kala susah senang.

Berbakti itu kecil, berkorban itu sebenarnya lebih besar maknanya.

Moga segera sembuh dan kembali ke rumah dengan kehidupan yang lebih selesa. Aminnn..

Najwa.H said...

oo..uncle ada heart problem eh?

get well soon~

Sally said...

Moga my x-boss segera segar bugar semula ya..send my warmest regard ya Pn Hani..

And do take care of urself too..

makcu B said...

Dulu, kini perkhidmatan yang sama diberi.... semoga dirahmati Allah, pahala berganda2.

roshanilawatey said...

Salam sejahtera Kak Hani,

Semoga Hj. Din cepat sembuh. Baru tengah hari tadi saya "melewati" album LADAP SMK St Thomas, Kuantan yang telah melawat SIC pertengahan April lepas... Nampak ceria sekali bekas Boss saya itu ketika menerima kunjungan warga St. Thomas...!

Semoga Kak Hani terus kuat dengan ujian ini, yang pasti ada hikmat di sebaliknya.

Ann Huda (Ate) said...

Cantik tiang pink spital tu. Tapi lebih cantik dan indah perasaan saya saat membaca entry cikgu ini. Terasa penuh kasih sayang, penuh cinta, tanggung jawab dan setia seorang istri dalam menemani dan 'merawat' suami tercinta.

Che Mid said...

selamat berbakti!!

Anonymous said...

Assalamualaikum Cikgu Hani

Semoga suami Cikgu cepat semboh.

Saya juga ingin mengucapkan selamat hari guru kepada Cikgu semoga terus tabah dalam menjalankan tugas.

Granny Hani said...

Wahai tamu yg sudi berkunjung di waktu saya tidak ada...,
Terima kasih yg amat sangat atas kesudian meninggalkan jejak.
Alhamdullilah berkat doa semua, hubby saya dah dapat balik berehat di rumah.
Terima kasih sekali lagi.

Ibu n Abah said...

Cikgu hani...
semuga suami cikgu cepat sembuh...
saya pulak selalu jadi patient instead of menjaga suami saya.... patient boleh manja2... minta apapun dapat....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...