Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, August 29, 2013

Berperang bukan bermusuh.

Darah yg mendidih dah sejuk dah.
Saya ni tak reti nak marah lama lama.
Certain things ada lah yg boleh buat saya menggelegak berkurun kurun.
But not everything.Not everytime.
Marah saya cepat sejuk kalau orang mintak maaf.
Cair terus hati.
Itu pasal lah saya tak pernah berdendam.
Orang lukakan hati saya macam mana pun saya boleh maafkan.
Tu lah sebab orang selalu take me for granted.
Saya seringkali dipergunakan kes saya macam ni lah.
Nampak jer macam Singa betina yg beranak kecik
Walhal saya hanya lah kucing kena hujan yg hilang ibu.
Mengiaw ngiaw cari tempat berlindung.
okey enough with my feelings.
Ni nak cerita pasal orang sorang ni.
Tak ngumpat pun, cakap benda baik tak kira ngumpat kan?
Dia seringkali mendoakan kesembuhan buat Ja dan kesejahteraan buat saya.
Terharu saya laa...
Saya pernah marah2 kat dia, pernah perang kecik dan perang besar.
Tapi dia tetap tak lupa sedekahkan doa buat saya.
Budi baik di kenang sampai mati.
Saya pun nak juga doakan dia.
tapi saya tak tau apa perlu saya pohon dari Tuhan buat dia.
Dia dah ada segala gala nya.
Dia orang bertuah tak macam saya.
Dia ada 2 anak lelaki yg berjaya dan menyejukkan hati orang tua.
Rumahtangga nya tak pernah bergoyang
Ada jawatan dan komited pada tugasan yg di beri
Dia dihormati dan di segani oleh kawan2, jiran2 dan staff nya
Duit pun banyak dan tak kedekut.
Jadi apa lagi yg perlu saya doakan buat dia?
Dia tak pernah di duga, betul kata saya.
Hidup senang lenang, semua yg dia nak dia dapat.
Jeles saya tengok kan dia...
Kalau dia baca N3 saya ni saya yakin dia akan tersenyum kerana macam tu lah dia,
murah senyum
Ada lesung pipit lagi.
Dah, gi buat kerja tu...!




4 comments:

Irfa said...

selalu dgr org kata 'Allah uji sbb Dia sayang' so sesekali terfikir jugak,org yang cukup segalanya tu mcm mana?emm....mungkin cara Allah tunjuk kasih sayang pd setiap insan tak sama
betul ke kak?

ieda said...

doakan dia dapat menantu yang baik...heee

Anonymous said...

doakan segala amal solehnya diberkati.

rinkume_zi said...

kak hani, mungkin dia dah pernah diuji, tapi tak cerita pada sesiapa. hanya dia saja yang tahu. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...