Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, August 5, 2013

Tak cukup tanah kalau nak sebut nama.


Ramai rupanya orang yg baik hati di dunia ni.
Di keliling saya pun ramai.
Bagi saya mereka adalah kiriman dari Tuhan buat saya.
Mereka ni......
-Kawan kawan Ja yg tak putus2 dtg jengok Ja, menghulurkan bantuan kewangan, bertanya khabar, SMS, Message, Call dan sebagainya.
-Doktor2( yg juga merupakan kawan2 Ja, kawan Papa Ja dan kawan Saya) yg datang on sosial visit tapi beri rawatan percuma buat Ja..
-Kawan2 saya yg bantu saya, permudahkan urusan saya, bersusah payah buat saya dan Ja dan bekalkan saya dgn moral support.
-Semua yg sedekahkan doa buat keluarga saya dan Ja khas nya.Tak putus2 doa buat Ja
-Kenalan yang menyumbang tenaga dan juga kewangan sangat ramai...Alhamdullilah.
-Kaum kerabat yang sentiasa memastikan kami tidak rasa terabai. sentiasa ambil berat.
-Anak2 yg memahami keadaan keluarga dan tidak banyak menimbulkan masaalah.sering membantu meringankan urusan saya.-
-Pengunjung blog saya yang mengikuti perkembangan Ja dalam diam dan yg selalu meninggalkan komen yg positif..Mereka lah yg menjadikan saya gagah di waktu saya terasa amat lemah.
-Kawan kawan lama yg tak lupakan saya walau saya dah tak selalu jumpa mereka .Mereka hadir semula dalam hidup saya bila mereka tahu saya dalam musaqah..Mereka lah kawan waktu susah yg memahami keadaan saya.
Last but not least, thank you God, banyak sungguh pertolongan Tuhan yg tidak saya nafikan. Banyak sungguh payah saya yang di permudahkan Nya, banyak sungguh belas Tuhan buat saya dan keluarga.
Kalau tidak kerana Tuhan yg menjadikan saya dan keluarga dekat di hati mereka semua ni nescaya saya bersendirian melalui hari hari payah ini. 
Terima kasih kerana di hati mereka ada Ja, ada saya juga.
Alhamdullilah...Syukur teramat sangat.

P/S: 1.Tadi waktu nak beli ikan kat pasar, penjual ikan tu bertanya khabar pasal Ja....terkejut saya, mana dia tau cerita? Ja, awak tu dah ngalahkan Artis! 
         2. Walau tahun ni tak buat biskut, tak beli biskut, tak order biskut, Ramai pula yg sedekahkan kami biskut raya..Tq Tq Tq


SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN

12 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT.Walaupun diberi ujian yang berat,tapi kita tidak berseorangan menghadapinya.Didatangkan orang-orang yang kita tidak pernah sangka utk mendoakan kesejahteraan buat ja dan mummy sekeluarga.

Nizam.Ariff said...

Rahmat Tuhan datang dalam pelbagai bentuk, cikgu. Dia duga yang ini, dia permudahkan yang itu pula... Tuhan itu Maha Penyayang.

QASEH said...

Salam Aidilfitri teacher Hani.. :)

Kakcik said...

Salam Aidil Fitri buat Hani sekeluarga ...

sal said...

Salam aidil fitri..moga dipermudahkan urusan...murah rezki

Anonymous said...

Selamat hari raya aidilfitri buat Aunty sekeluarga & maaf zahir batin..

-Ika-
Putrajaya

che mid said...

Senyumlah... walau macamana pun keadaan kita, Allah kata Eidul Fitri adalah hari kemenangan, jadi senyumlah..

pena rozie said...

Selamat hari raya....

mamashikin said...

selamat hari raya buat ja dan aunty...lepas raya nanti sy dan lina akan ziarah ja lagi..

Linda said...

Selamat Hari Raya buat Ja, mummy and family.

Anonymous said...

Salam ramadhan Dan aidilfitri.semoga sentiasa di beri kemudahan Dan di ringankan bebaban buat ja n seluruh keluarga.

Aina said...

Selamat hari raya pija, aunty and family..tak sempat lagi nak visit pija kat rumah..kalau kat icu n w8 hrpz tu bila2 boleh pergi..ja dh keluar hospital ni payah siki sebab asek oncall je..insyaAllah ja will recover soon..insyaAllah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...