Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, August 22, 2013

they r my Strawberry Cupcakes.

Anis dah beli bahan2 nak buat cupcakes untuk jamuan hari raya di sekolah nanti.
Anis tak suka bawa juadah yg di beli dari kedai.
Dia nak buat sendiri.
Saya tabik dgn kesungguhan dia.
Anis anak perempuan ketiga saya dan yang bongsu.
Dia memang suka masak.
Iffah tak suka malah buta kayu bab masak.
Tapi dia tak pernah lapar sebab dia rajin tolong habiskan apa2 yg orang lain masak.
Kakak?
Kak Pija ada stail tersendiri.
Stail kak Pija macam ni,
Bila dia cakap dia nak makan cupcakes,
dia akan ajak saya menggunakan ayat
"Mummy kita buat cupcakes hari ni nak?"
dia beli bahan2, lambak atas meja..
Dia mulakan proses memasak dgn penuh semangat.
Opsss..Siri Adam dan Hawa dah mula di kaca TV.
Dia baring depan TV.
Kadang terlelap terus.
Siapa yg buat cupcakes yg dia beria ia nak buat tu?
Istilah kita bermaksud 'saya'
Saaayaaaaaaaa jugak la.
dah acap dah taktik ni dia guna.
Itu lah,
bila dia sakit macam ni dan Ains nak buat cupcakes,
saya amat rindukan manja dia tu.
dah beranak pun masih manja dgn saya.
nak manja dgn siapa lagi kalau dah nama pun anak dgn mak kannn.
Tapi taknik memasak iffah lagi best,
selamba saja dia suruh2 orang.
"Anis, masak maggi satu"
"Mummy, kita nak kurma for lunch."
kalau boleh suruh Imaad pun dia suruh, janji dia tak payah buat.
kan senang tu, straight forward gitu.

3 anak perempuan dgn 3 perwatakan
mereka adalah 'Strawberry Cupcakes' bagi saya.
Manis, banyak lemak dan boleh buat tekanan darah naik jugak.


6 comments:

KakNi said...

saya suka statement ayat yang terakhir tu: manis dan banyak lemak. Alahai anak-anak, itu lah madu dan racun. gula dan garam.

mokjadeandell said...

3 princesses saya juga punya 3 mcm perwatakan..mcm nak sama dgn GH.Apa pun ...kasih sayang ttp bagi samarata hanya tumpuan lebih sikit pada yang dilanda masaalah...harap mereka mengerti.

Anonymous said...

aunty, saya sekapal dengan iffah lah kalau gitu. hihi.. product of all girls school maybe? ;)

Anonymous said...

U have wonderful daughters. :) tersenyum saya baca entry ni.

Haslina said...

Na mcm Iffah. Haiza mcm Anis kot.. hehe..

makcu B said...

Makcu adala.... sipi2 Ja. Selalu sebut "kita" dengan mek dan K. Mi. Tukang beli bahan tapi K.Mi dan mek yang selesaikan. Apabila sentiasa dengan mek walaupun tak serumah,maka keakraban itu ada dan diri ini, tak boleh tak ada!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...