Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, August 26, 2013

Statistik

Mengumpul Data.
Berapa kali dah saya dengar ayat2 ni..
-Setiap dugaan itu ada hikmah nya - 2 juta kali.
-Tuhan duga makhluknya sesuai dgn kemampuan makhluk itu-3 juta kali
-Redha lah dengan perancangan Tuhan-4 juta kali
-Sabar dan tabah lah-5 juta kali
-Berdoalah, doa ibu tidak ada hijab- 6 juta kali
-Dugaan ni penghapus dosa dan pahala berganda ganda-7 juta kali
-orang yg selalu di duga itu tanda Tuhan sayang-8 juta kali
-Dia akan sembuh, jangan berhenti berharap dan berikhtiar-10 juta kali.

Ada tak orang cakap..
Dugaan ini amat berat.
Terima lah kenyataan yang hidup saya dan Ja dah musnah.
Nasib Ja dan nasib saya amat malang.
Ada tak orang cakap macam tu?.
Ada-berjuta juta kali
Cuma bezanya,
Tak ada orang cakap di depan saya,
tapi di belakang saya berpuluh juta kali orang duk cakap gitu.
Mereka nak jaga hati saya maka mereka tak cakap depan saya
dan terus lah berikan saya sokongan dan harapan,
Moral support..
Saya tau tu dan saya faham yg mereka cuba jaga hati saya..
Kalau saya di tempat mereka pun saya akan jadi macam tu.
Terima kasih kerana cuba ubati hati saya.
Tapi,
Itu lah kenyataan yang saya perlu terima sebenarnya.
Saya dah lama terima kenyataan tu tapi dalam pada itu saya masih berharap pada simpati dari Tuhan..
Apa lagi yg boleh kami lakukan kecuali pohon simpati agar meringankan beban yg di tanggung oleh kami.
Berdoa dan berikhtiar tidak semestinya kerana kami tak dapat terima kenyataan.
Amat berharap pada sedikit perubahan.
Terima kasih pada yang masih bersama saya memohon limpah kurnia dari Nya
Allah jua yang menentukannya.


3 comments:

Nizam.Ariff said...

kita pandang pula jalan yang ada di depan...
kalau berlopak, kita elak. Kalau belok-belok, jangan bawak laju2. Kalau ada banyak duri rotan, kita cantas satu persatu.
Daripada asyik mengenang nasib diri, adakalanya elok kita lihat realiti jalan ke hadapan agar kita dapat rancang dan pilih jalan yang sesuai, kan kak?

Mamanour Nour said...

...memberi pandangan Dari sudut positif adalah lebih baik untuk membina semangat yang kian luntur dari berbicara soal hati yg kian patah dan kecewa kerana ia tidak boleh membina situasi yang lebih memberansangkan....

KakNi said...

Assalamualaikum Kak Hani. Nak buat macam mana Kak Hani, yang kita ada cuma usaha, doa dan harapan. Semoga tabah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...