Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, August 5, 2013

Main tembak tembak

Preeennngggg....
Prreeennngggggggggggggg.......!
Imaad dah sepuluh kali tembak mummy.
Tembak kat pipi.
Tembak kat lengan.
tembak kat kaki.
Mummy diam.
Imaad seronok mummy diam macam tu.
Imaad kata dia menang.
suka hati awak lah Mad.
Mentang mentang lah mummy tak leh tembak balik.
Imaad acu senapang kat saya.
"Tembak grandmummy!"
Saya pura pura pengsan.
Dia datang dekat.
saya acukan jari saya macam pistol, tembak dia balik.
Imaad gelak.
hati seorang kanak2 cepat terubat.
Seronok layan kerenah dia.
Imaad suka soal macam macam.
Dalam dunia ni hanya ada satu soalan dari Imaad yg saya tak dapat jawap.
"GenMummy, bila mummy nak banun?"
Huhuhuuuu..Jangan tanya macam tu lah wahai cucu.
Imaad menembak hati saya dgn soalan tu. Berkecai jadinya.
Grandmummy pun tak tau bila mummy awak nak bangun..
Tapi saya tak lah jawap macam tu.
Bila dia tanya,"Genmummy, bila Mummy nak banun?"
Ni jawapan standard saya, "Imaad, Imaad dah makan ke belum? meh Genmummy suap nasi nak?"
Imaad, hanya Tuhan yg tahu, hanya Tuhan....
Jom kita main tembak tembak...

2 comments:

Anonymous said...

Comelnya Imaad. Untung auntie dpt cucu yang cerdik dan comel mcm ni. Pja pun untung juga dpt anak2 yang soleh insyaallah. Allahu akbar,family auntie org2 yang terpilih. Semoga sentiasa dibawah rahmat Allah dan diberi ganjaran di jannah nanti insyaallah. Lots of loves and doas.

D Yatie said...

GenMummy. Mummy muda mcm sy msh lg bertatih mnjalani khidupn sbg sorg mummy. But I feel the pain too, indeed. Sdgkn Arissa dmm sy rs luluh hati, apatah llg bila berada d tmpt GenMummy Imaad. Sy doakn semoga dengan kebesaran Allah, kasih sayangNya - Mummy Imaad sembuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...