Carpal Tunnel Syndrom.
Dah lama sakit ni tak menyerang.
Tapi sekarang dia datang lagi
Dulu,
Ja lah yang prescribe ubat.
Ja lah yg bising kalau ubat tak luak.
Kerana bosan dgr ja membebel saya makan ubat ikut arahan.
Patuh.
Hasil nya tangan tak kebas dan malam boleh tidor nyenyak.
Pernah doktor nak operate tapi Ja tak bagi.
Dia suruh saya cuba makan ubat dulu.
Saya dengar cakap Ja, dia lebih tau dari saya bab ni.
Malam tadi dan malam semalam tangan saya kebas dan sakit sangat2.
Rasa nak cabut tangan dari badan dan pasang balik esuk pagi.
Waktu tidur sakit nya menjadi jadi
Saya cari ubat kalau2 masih ada.
Ada
Ada tulisan tangan Ja di paket ubat tu.
Tak jadi makan lah.
Sayang nak habiskan baki ubat yg Ja tinggalkan.
Nak simpan ubat tu buat kenangan.
Tangan sakit teramat.
Tapi tak sesakit hati yg rindukan Ja.
Ja, mummy sakit tangan ni....
1 comment:
Ticer Hani, buatlah operation sebelum terlambat... kak rose dah buat last year dan after 3 months dah pulih sepenuhnya...
tp sekarang ni ada frozen shoulder pulak...upper arms sakit bila nak move to the side...esok follow-up ngan specialaist di sdmc.
Post a Comment