Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, August 20, 2013

Takdir saya.

Saya perlu urus cuti saya.
Sampai bila saya nak cuti separuh gaji? tanpa gaji ni?
Nak tak nak saya kena isi borang bersara awal.
Mula tu saya nak tunggu tgok keadaan Ja dulu.
Tapi dah 3 bulan ja macam ni, saya rasa dah tiba masa nya untuk saya buat keputusan.
Keadaan memerlukan saya bersara, maka saya akan bersara.
Yang penting kebajikan Ja terjaga.
Tak ada gaji tak penting.
Ulat dalam batu pun hidup
( Ulat tak kena bayar loan rumah, tak kena bayar instalmen kerteta...!)
Ikutkan hati memang lah saya masih nak terus rasa masuk  gaji dalam bank setiap hujung bulan  mengajar
Siapa tak nak duit ribu2 kannn?
tapi apa daya saya, macam ni penamat karier saya.
Tamat secara tidak dirancang.
Saya terima sajalah hakikat rezeki saya sebanyak tu saja.
Ada yang bertanya saya, dah bersara tu kalau lah ja sihat semula saya nak buat apa kat rumah?
Buat apa?
Ada seribu perkara saya boleh buat cuma bezanya buat tanpa gaji.
Tak apa lah, bila tak ada gaji, pandai2 lah saya hidup sesuai dgn tittle penggangur.
Kalau setakat nak isi perut dan berteduh dari hujan dan panas tu tak ada masaalah,Insyaallah.
Nak mewah2, nak ngada2 tak boleh lah, kena sedar diri hanya menumpang dan mengharapkan simpati Big Boss.
Hiburan saya hanya lah kesembuhan Ja.
Saya tak perlu hiburan lain. bercuti atau shopping atau aktiviti lain dah tak menghiburkan lagi.
Saya tak kisah dah kalau pun saya tidak di hiraukan oleh orang lain, tidak di hargai ke hapa ke..
Tidak ada benda lain yg mampu mengubati hati saya atau pun tambah melukakan hati saya.
Hanya Ja dan bagaimana Ja esuk.
Ja bertambah baik, hati saya terubat.
Ja tidak bertambah baik, saya redha dan terima dia seadanya.
Kemungkinan lain saya tak nak fikir,..TAK NAK!
Akhir kata, pagi ni nak isi borang pencen.
Ja kita sama2 jadi penggangur k.......

7 comments:

Kakcik said...

Allah ada perancangan untuk kita...

Nizam.Ariff said...

takpe, kak...
nanti ada macam2 yang Tuhan rancangkan dan lebih menarik...

Anonymous said...

salam auntie...
sy pernah mengenali pja suatu masa dahulu walaupun tak pernah berjumpa tetapi internet menghubungkan kami..kami sama2 belaja medic tetapi 2 benua yang berbeza..saya kini bekerja di kementerian kesihatan dan tahu cerita mengenai pja di sini..tp baru arini saya tau, org itu ialah pja..takziah saya ucapkan.sy berasa sedih dgn kejadian ini..sy harap auntie dapat kuatkan diri dan tabah ye..

sal said...

moga dimurahkan rezki,dipermudahkan urusan...amin

Anonymous said...

Saya simpati dgn nasib auntie dan ja. Saya cadangkan auntie tubuhkan satu dana supaya teman2 di sini mampu membantu meringankan beban kewangan auntie sekeluarga sedikit sebanyak. Pasti ramai yg setuju :)

Anonymous said...

Awak betul.....fikirkan yang terbaik.

"YA ALLAH YA TUHANKU, PERMUDAHKAN SETIAP URUSAN HAMBA MU INI, CUKUPLAH CUBAAN YANG KAU BERIKAN PADANYA KERANA AKU BIMBANG TUBUH DAN FIZIKALNYA TIDAK MAMPU LAGI UNTUK MENERIMA CUBAAN DARI MU..... AMIN!

aG.

Anonymous said...

May you be shown your Home in Jannah so that any hardship is made easy for you, amen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...