Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, August 25, 2013

Kemaskan otak juga.

Lepas kemas laci merebak ke kemas bilik.
Lepas kemas bilik rasa nak kemas seluruh rumah.
Nak buangkan segala benda yg di saluti kuman kenangan.
Buang itu buang ini..
Rupa nya segala benda dalam rumah di bersalut dgn kenangan
yang perlu di lupuskan..
Selama ini yang saya simpan bukan nya harta benda,
tapi luka lama.
Segenap penjuru ada saja benda yg mengajak saya
untuk kembali mengulang tayang segenap derita yg pernah saya tanggung.
Rupanya selama hayat ini,
banyak sungguh yang dah saya lalui.
Episod derita yg tak berkesudahan.
Itu pasal lah rumah saya semak,
Simpan dan simpan...Penuh sesak.
Kalau saya buang semua yg pahit,
Tinggal lah lantai dengan dinding saja
Atap nasib baik tinggi, tak sampai nak kait.
Barangkali saya perlu robohkan terus rumah ni
dan bina rumah baru yang bebas dari segala masa silam.
Aduh aduh aduh.....Jiwa ini kacau sungguh!
Apa susah susah,
Rumah 6 kaki dalam dan 6 kaki panjang..
Menanti masa saja untuk didiami.
Sementara tu,
Duk diam diam di sini dan teruskan mengemas.
Mengemas sampai lemas.



3 comments:

Norhaizan hakim said...

Baca tulisan GH pun saya dah rasa sesak nafas. Kuatkan semangat (entah berapa kali saya ulang ayat ni)

Anonymous said...

salam cg Hani,
gundah gulana,riang ria setiap insan berbeza sukatannya atas redha masing2,ada yg berkata tak tertanggung bahu memikul.sekali sekala keluarlh melihat alam d luar mn tahu resah d hati hilang seketika.
kha.

makcu B said...

Buanglah kak kalu semuanya menyesakkan. Jangan buang diri sbb masih ramai yang perlu dan sayang kak Nie.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...