Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, August 6, 2013

Tamu Saya.

Ramai yg datang ziarah Ja.
Yang duk jauh di perantauan ambil kesempatan pulang beraya untuk jengok Ja
Walau belum raya, sehari dua ni rumah saya dah macam raya.
Tetamu datang dan pergi...
Seronok sungguh, kalau Ja tau, dia lagi suka.
Depan rumah, kereta bersusun macam ada majlis.
Hmm..Ingatkan kami ni tak beraya tahun ni,
rupanya beraya lebih awal dari orang lain.
Bila tamu ramai, rumah yg suram kembali ceria.
Terubat hati tuan rumah.
Alhamdullilah.
Mereka yg datang ni,
semua duk cakap yg ja nampak jauh lebih sihat dari dulu.
yer ke? Sungguh gitu?
Mereka cakap tindak balas ja lebih baik.
Yer ke? betul?
Mereka cakap sekarang dah nampak wajah Ja yg sebenar.
Yer ke? dulu lain yer?
Mereka cakap Ja bertuah ada mummy yg masih kuat untuk jaga Ja.
Yer ke kuat?
Saya pura pura kuat jer, mereka mana tau.
mereka cakap macam tu sbb tak baca blog saya,
kalau baca, mesti tau macam mana rapuh nya hati saya kan?
Rasa hati di dalam hanya blog yg tau,
blog yg tadah setiap tangisan yg tumpah.
Tak apa lah, saya suka bila org kata saya strong.
I am trying to be one.
InsyaAllah.

 


10 comments:

Abil Fikri Ahmad said...

Saya tahu betapa kuatnya n tabahnya puan menjaga Ja..Waalaupun ada masa kekuatan tu tergugat dan datangnya perasaan putus asa datang menggangu..Tapi cuba tgk diri, masih sebelah Ja kan, masih menjaga Ja dgn penuh kasih sayang kan...Tu la Kekuatan!!

ma yusoff said...

Insya-Allah

shaliza said...

InsyaAllah...tapi ticer hani mmg kuat:-)ticer kena kuat untuk anakanda ja & yang lain:-)
Jeles lah saya, sb ticer raya awal dari orang lain:-)
Selamat Hari Raya:-)
Doa kami (reader) takkan pernah sunyi untuk ticer..insyaAllah:-)

Haslina said...

In sha Allah you are.

Kakcik said...

Hani memang kuat. InsyaAllah.

Anonymous said...

May Allah bless u auntie. Pja is so lucky to have u as her mummy.

D Yatie said...

InsyaAllah puan...

pena rozie said...

Insyaallah.....

Anonymous said...

Ya Allah,berikan kesihatan yg baik kpd Ja n family...hilangkan kedukaan mereka ya Allah..Kau kurniakan mereka sekeping hati yg tabah dlm mengharungi dugaan di atas muka bumi Mu ini ya Allah...sejahterakan hidup mummy Ja....Kau sihatkanlah sahabatku...hanya padamu hambamu ini memohon..amiin

the life of cikgu sue said...

Menangislah jika itu boleh membuatkan kak Hani tenang.Jangan biarkan resah bersarang di hati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...