Semalam kawan2 lama datang.
Mereka kawan zaman sekolah lagi.
kawan zaman kecik.
Betul, zaman tu kami semua kecik, kurus melidi.
Sekarang kami masih berkawan.
kawan zaman besar.
Besar jugak laa, kira size XL dah la ni.
Dah membesar dah semua nya,
saiz mak datin you!
Tapi hati kami tak berubah,
masih macam tu.
yang dulu otak gila2 masih gitu cuma control depan anak cucu.
yang dulu suka melawak, la ni pun macam tu.
dulu terhad lawak tayangan 'U'
la ni segala jenis lawak termasuk lawak yg finas tak lulus pun boleh bersiaran.
Yang kuat makan sekarang masih kuat makan,
cuma hati2 sebab sekarang dah kaya penyakit,
bercupak ubatan.
saya yang tukang gelak ni masih terkekeh kekeh dgn gelagat mereka
cuma sekarang ketawa hanya di mulut, di mata bergelinang air mata...
Tapi yg semestinya kami masih control ayu gitu..
Uwekkk....!
tak sah kalau tak masuk bakul angkat sendiri.
Dah tu awak nak tolong angkat?
larat ke wak?
Kita berlakun cerita 'Bobby' sekali lagi nak? Tapi skirt B'obby' tu saya dah tak muat laaa......
Kita menari lagu tualang tiga sekali lagi nak? Mau nya runtuh stage kerana lebih muatan....
Zaman kita jadi primadona dulu, primadona sekarang tak lahir pun lagi.
Dah berkurun dah wakkkkkkkkkkk....
2 comments:
Boleh bayangkan betapa gamatnya suasana bila primadona 70 an ni berkumpul!
Menurut Sayidina Ali RA, sahabatmu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sisimu (ketika susah dan senang). Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikkanmu, sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu.
Post a Comment