Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, November 4, 2013

Iffah

Esuk Iffah akan menduduki SPM.
Dia bersekolah di Seri Puteri,cyberjaya, jauh dari saya.
Saya tak dapat pun pergi jumpa dia di asrama.
Tak apa lah, dia seorang anak yg matang.
memahami keadaan payah ayah bonda.
Walau macam mana pun,
kami di sini mendoakan yg terbaik buat dia.
Dia anak ke4 saya.
Seorang anak yg cekal hati,
berdikari
dan
diantara 5 orang cahayamata,
dia yg paling acap buat darah saya mendidih.
sebabnya dia seorang yg suka buat apa yg dia rasa betul,
walau kita tak setuju dia ada alasan nya sendiri.
dan dia ni byk cakap.
satu patah dari kita, sepuluh patah dari dia.
itu pasal lah dia di kenali dgn keramahan nya.
Hari ni saya amat berharap dia akan lalui SPM dgn
langkah kanan dan tenang fikiran.
Cubalah sehabis baik anak,
Berikanlah sedikit berita gembira buat mummy.
Berusahalah,
kejayaaan bukan nya mudah,
I believe in you.
Good luck n may God bless you dear.
Buktikan yg Iffah juga boleh.

3 comments:

mokjadeandell said...

selamat menduduki SPM,Iffah.Semoga memberi ibu keputusan yang buat dia gembira dan bangga.Seri Puteri dekat dihati sbb anak kedua juga belajar kat sini masa masih diJln Kolam Air.Banyak kenangan kami lalui dan harungi.
Semoga berjaya Iffah.Buat yang terbaik.

makcu B said...

Anak2 K. Nie semuanya cerdik tidak terkecuali Iffah. Paling makcu tabik spring, semuanya reti hormat orang tua. Mummy tak perlu kenyet mata atau buat bahasa isyarat, anak-anak mummy yang perempuan tahu berjabat tangan seraya menguntum senyuman. Paling manis...... senyuman Ja. Yang lelaki menundukkan kepala dan membongkokkan badan. Payah nak lekat peel ini kat anak2 makcu...

DYatie said...

Semoga Semoga dipermudahkan semuanya urusan Iffah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...