Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, November 13, 2013

saja nak cerita.

Seminggu sebelum Ja sakit, dia meletakkan satu dompet kecik dlm beg tangan saya.Dompet itu berisi sejumlah wang.Saya bertanya kepada Ja kenapa dia bagi saya wang sebanyak itu.... Rupanya seperti dia tau, itu lah pemberian dia yg terakhir buat saya.Dompet itu masih ada dalam begtangan saya sampai sekarang.saya masih bawa dompet itu kemana saja saya pergi.Biarlah dompet itu tidak mungkin berisi lagi, saya bawa sesana kemari untuk ingatkan saya bahwa dia anak yg bertanggung jawap, dia tidak lupakan makbapak, dia sentiasa berusaha utk membahagiakan saya.... Sekarang dia masih di sini, di sisi saya.Setiapkali memandang wajah nya saya menjadi amat rindu.Terdengar dengar janji dia sewaktu dia di tawarkan untuk melanjutkan pelajaran di bidang kedoktoran dulu.. "Nanti Ja ada gaji sendiri, kita shopping tapi mummy x payah bayar, biar Ja bayar..." Sebenarnya, saya menolak setiap kali dia nak bayarkan kalau pun kami shopping bersama kerana saya x mau membebankan dia..tapi dia ada caranya yg tersendiri untuk hulurkan juga sedikit sumbangan buat saya. Dalam diam2 dia isi beg duit saya sewaktu beg duit tu pancit..tersenyum sorang2 bila saya terngatkan pasal ni Dia yg agak cermat kalau bab spending tidak berkira kalau dgn saya atau adik2.Kalau pun saya menolak bila dia hulur duit, dia akan belikan saya itu ini setiap kali terima gaji..Paling tidak, dia belikan saya makanan kegemaran saya.... Sekarang segalanya hanya kenangan.Saya belum kehilangan dia tapi terasa seperti sudah kehilangan. segalanya mengenai dia masih segar dlm ingatan...Duit pemberian terakhir dari gaji dia tak saya usik tapi saya simpan kemas.Dia telah tunaikan janji nya dan dia laksanakan tanggungjawapnya sebagai anak yg baik.Alhamdullilah, tidak ada parut di hati saya kerana dia.Dia bebas dari dosa kepada orang tua, dia telah saya halalkan segalanya.....Dia lah bidadari syurga saya...Sebenarnya saya cerita ni sebab saya terpandang sampul duit yg di hulurkan oleh seorang kawan buat saya, pemberian ikhlas dari seorang kawan, katanya khas untuk saya beli keperluan menguruskan Ja..entah kenapa setiap kali di hulur wang sumbangan saya serba salah. Mungkin kerana saya tak mau Ja sedih. Ja tentu sedih kalau tau orang lain yg bantu saya sedangkan dia yg beria ia nak bantu saya. Tak apa lah Ja, mummy tau Ja anak yg baik. Tuhan tahu Ja begitu dan kerana sayangkan Ja Tuhan bersihkan diri Ja dan tenang lah hati mummy kalau Ja dijanjikan syurga nanti....Bertuah lah mummy kerana Tuhan memilih anak mummy untuk dijanjikan syurga, lnsyaa Allah. Mummy tak apa apa, Mummy tak apa apa...... Ja, dah lewat malam ni, pejamkanlah mata dan tidurlah buah hati mummy..

4 comments:

Abil Fikri Ahmad said...

Selamat malam Ja..n assalammualaikum.

Kakcik Seroja said...

Ja memang anak yang baik dan kerana itu Allah bagi dia berehat....

Anonymous said...

So proud of u Jaa....u re selected person

sitinaminah02 said...

Ja anak yang baik.. Walaupun sy kenal Ja setakat baca blog ni, tapi sy tau dia anak yang baik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...