Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, November 28, 2013

Melupuskan

Muatan sarat berisi duka ku, tiba lewat malam ni, lihatlah mimpi ku musnah sebagaimana pecahnya pasu itu, kotak  itu, kristal itu yg pernah berisi bahagia berselerak di hujung jari, Aku tidak mau kutip cebisan luka itu biarlah bertimbun di situ. Cermin turut retak membelah hati, mencalar jiwa. Punggahlah setiap derita jiwa ku dan rejamlah ke ruang kesal biar berterabur segenap baki ketawa. Menangis lh mata sepuas puasnya kerana wayang ini entah bila akhirnya.Sesak nafas  pekat membelit dada.Apa khbar nikmat yg ku tinggalkan tanpa rela, sudahkan kau sental bayang ku yg melekat di pintu.Tidakkah kau tahu dinding itu bercalitkan titik peluh ku dan setiap debu yg ditinggalkan adalah sisa kehidupan kelmarin dan di situ kecewa ku berpusara..Semestinya rindu masih menjadi tabir di jendela kamar yg pernah menjadi saksi bagaimana hati ini terubat sewaktu disitu.Payahnya melepaskan cinta di kaki langit yg pernah memayungi  damai
Tuhan,  Perlu kah Kau buktikan kekalahan ku sebegini rupa...
Hanya yg tahu saja memahami situasi ini dan bagaimana buntunya aku untuk menerima kenyataan....Sungguh, di kala ini yg aku perlukan hanyalah sokongan bukan nya menerima hukuman.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...