Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, November 26, 2013

Mimpi di siang hari

Dalam mimpi,
saya nak jadi seorang cikgu.
yang dedikasi dan sentiasa komited.
seorang wanita yang bergelar isteri,
yg disayangi dan di hargai.
seorang ibu yang mithali
anak2 yang terpuji akhlak
dan berjaya dunia akhirat
seorang sahabat yg sentiasa
ada di hati kawan2,
sentiasa diperlukan.
seorang anak yg menyejukkan hati
kedua orang tua
seorang manusia yang bahagia
yang mendapat berkat.
Tidak apa lah walau pun tidak kaya raya,
tidak ada duit berjuta.
Cukup bagi ku bumbung yg tidak tiris,
Pakaian yg menyaluti badan seadanya
Selera dan kesihatan yg baik
Persekitaran yg aman,
Hati yg tenang.
Wahhh...Sedap nya bermimpi.
Bukan ada bayaran untuk mimpi begini
Free of charge
Tapi sedia maklum,
Realiti walau pahit,
langkah tetap perlu di teruskan.

2 comments:

Anonymous said...

Adik Hani,
Impian kakak juga sama seperti Hani. Realiti tidak sama seperti Impian. Realiti hidup ku ini amat menyakitkan dik. Tapi apa yang boleh akak buat cuma redza... Ada orang yang lebih derita daripada kita. Syukur adalah jalan yang terbaik dik...

Mat Som said...

Semoga impian Hani akan menjadi kenyataan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...