Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, November 19, 2013

Ja masih begitu

Dah 6 bulan.
Lama.
Sangat lama.
Tak tau nak cakap apa.
My sleeping beauty is still sleeping.
Tak berubah rubah ...Membisu seribu bahasa.
Segala ikhtiar dah usahakan.
Doa tak putus putus
Harapan masih berbaki
Lagi pun apa lagi yg mampu kami buat,
selain dari ini.
Saya tidak ada pilihan,
segalanya sudah tidak memihak kepada saya.
Maka yg terbaik untuk saya di hari ini hanyalah,
menerima dia seadanya..
mengurus kebajikan dia sebaik mungkin
berhenti berharap.
lupakan hari semalam
Delete dari fikiran segala kenangan sewaktu dia sihat dulu.
Kerana terlintas sedikit pun bayangan dia yg dahulu,
sudah boleh buat saya menangis.
Saya sudah kehilangan dia sebenarnya.
Astaqfirullah, payah nya nak terima kenyataan..
Ini dia anak saya, yg begini di saat ini
bukan yg semalam, bukan yg kelmarin.
tenanglah anak di sini, di dalam dakapan sayang mummy.
Selagi Tuhan masih terus mahu kita di uji,
kita hadapi lah saja.
Entah sampai bila, kita terus terusan diduga,
diuji dan dipisahkan dari bahagia
hnaya Dia yg tahu. dan Dia lah yg
menentukan bagaimana sudah nya nasib kita...

9 comments:

makchaq said...

Salam Cikgu
Hanya Allah yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita..
Makchaq doakan semoga Allah berikan yang terbaik untuk Cikgu, Ja dan keluarga.
Cikgu jangan la berputus asa, terusla berdoa, ramai yang turut berdoa untuk Ja, termasuk makchaq

mak encik | SZ said...

salam kak hani,
saya selalu baca coretan kak hani tapi tak mampu nak meninggalkan jejak ... kehilangan kata-kata ...
:(

Granny Hani said...

Salam makchaq,
Terima kasih atas ingatan dan kiriman doa tu..Saya ni dah tak tau nak harapkan apa lagi...yer, putus asa itu kemungkinan besar.

Granny Hani said...

Mak encik, salam kenal dan tq kerana memahami..

Anonymous said...

Salam Hani... teguhkan hati mu tetapkan Iman mu. Doa saya Ja akan bangkit seperti sediakala. Doa Ibu adalah segala2nya. Allah itu mendengar sayang...

DYatie ABakar said...

Saya turut mendoakan yang terbaik buat Ja.

Anonymous said...

So hard aunty.. What you're going through... I just couldn't imagine.. :'( mimi doakan ja segera sembuh seperti sediakala..

Anonymous said...

Assalamualaikum.
Mungkin semua harapan dan ikhtiar dilakukan. Tp tuhan masih ingin menguji dan terus menduga kesabaran kita.
Kemungkinan salah satu cara, yang mukin tlintas di hati puan. Ketepikan semua halangan.
Mungkin juga tdapat bjuta halangan yg menjadi phalang utk melakukan ini.
Ketepikan semua halangan.
Terus terang saya syorkan puan atau kluarga tdekat ke mekah utk menunaikan umrah bserta niat utk menyembuhkan ja. Terus menerus berdoa utk kesembuhan nya.
Setiap kali tawaf mengelilingi kaabah.
Ambil lah satu botol zam zam. Di botol itu ditulis nama ja. Di dlm hati doa utk menyembuhkan ja dan menerima apa apa ketentuan dari nya.
Insyaallah di sana nati dapat petunjuk dari NYA.
Dan terima saja ketentuan dari NYA utk ja.
Itu saja yg blh saya katakan.

Kalah blh bawak ja, lebih bagus. Kalau sebaliknya spt saya katakan tadi. Salah satu cadangan.

Anonymous said...

Mommyyy kene kuat mommy. Untuk Ja. Kami semua rindukan Ja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...