Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, November 5, 2013

X pakai baju baru pun tak apa.

Saya ada beberapa pasang kain batik, kain sutera dan kain sulam yg masih belum di jadikan baju.
Salah satu dari kain2 tu ialah kain sutera hadiah hari ibu dari Ja.
(Dia hadiahkan kepada saya seminggu sebelum dia sakit)
Menantu saya ada juga berikan saya sepasang kain cotton yg sangat cantik corak nya.
Dua tiga pasang lagi tu pemberian dari kakak, anak saudara dan murid saya.
Semua tu saya dapat sebelum Ja terlantar sakit.
Apa perlu saya buat dgn kain2 tu?
Kain sutera pemberian Ja tu masih dlm kotak hadiah
Usahkan nak jahit dan nak di sarungkan,
nak tengok pun saya tak sanggup.
Ja tau citarasa saya, dia belikan warna pastel kehijauan.
Di waktu itu saya lah orang yg paling gembira bila terima hadiah dari Ja.
Hari ni saya lah orang yg paling sedih...
Bila semangat untuk pakai baju baru dah lenyap,
kain2 lain yg masih belum berjahit turut menjadi beku dalam simpanan.
Menantu saya Farah mesti ternanti nanti untuk tgok saya pakai baju kurung cotton yg dia belikan tu.
Maaf lah Farah, mummy belum bersedia.
Saya kumpul kain2 tu semua.
Saya sumbat dalam kabinet paling atas.
Tinggi kedudukan nya kerana saya hargai kain2 tu.
Tapi terlalu tinggi untuk di capai tangan dan mata pun tidak lah terpandang.
Biarlah, diam lah kain2 tu di situ seketika.
Mungkin kalau ada rezeki saya untuk mendengar panggilan mummy dari Ja,
kain tu akan bertukar menjadi baju.
Sementara tu..biarlah saya saluti badan ini
dengan warna duka..
Rupanya hati yg luka, payah untuk sembuh



3 comments:

DYatie ABakar said...

Semoga Allah memberikan peluang dan kesempatan itu buat akak..

Anonymous said...

Sabar cikgu...jgn kita dikuasai kedukaan yg berterusan....

Anonymous said...

hibaaaa......moga ada kebahagiaan nnti utkmu ticer..amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...