Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, June 9, 2011

Cabutan nombor bertuah..ke tak bertuah?

Baru balik dari hospital.
Abang ipar saya kena serangan jantung.
First time kena.
Selain dari hubby yg dah lama ada masaalah jantung,
sekarang dia pula dapat sijil sah sakit dari hospital.
Abang ipar saya yg sulung seorang pengidap cancer dan dalam rawatan jugak.
2 abang ipar lain pun ada health problem.
Bukan nak bilang penyakit, tapi saya sedang buat kajian ni.
Betul tak, bila usia menjangkau 50an, ada lah penyakit yg menghampiri.
Jarang orang yang sihat dari muda hingga ke tua.
Mencegah tu lebih kepada melambatkan saja..tapi tetap kan datang masa sakit tu.
Bukan masaalah redha atau tidak.
Maksud saya, kita insan yg lemah ni seperti tunggu giliran.
Seperti ada cabutan nombor bertuah.
Tunggu nombor di panggil untuk di sahkan dapat penyakit apa.
Ada yang dapat sejenis penyakit saja, yg bertuah dapat 3 serangkai sekali gus.
Ni bukan soal mati lagi ni.
Mati lain cerita.
Sewaktu menaip N3 ni saya penat dan sakit kepala due to driving long distance.
Tapi saya tak boleh lelapkan mata untuk rehatkan badan.
Minda saya duk tertanya tanya...
Bila pula nombor saya akan di panggil untuk cabutan bertuah ni?
Hmm..Hanya Tuhan yg maha mengetahui dan
Dia tidak mempercepatkan atau melambatkan barang sesaat pun apa yang dikehendaki terjadi oleh Nya..
Kun Fayakun.

5 comments:

AZANI said...

kak hani
setuju
kita sekadar mam[u berusaha tuhan yang memperkenankan.

hani@debumelukut said...

Azani, masa muda2 dulu tak terfikir sgt pasal gini, dah separuh abad ni mcm2 hadir dlm kepala.

Acik Erna said...

hani..walaupun kita rasa kita menjagi diri..jaga kesihatan..tapi bila penyakit nak datang kita tak mampu menghalang..
alhamdulillah..walaupun pun umur akak dah sampai ke 50'an..masih bertahan dengan penyakit 3 serangkai..mudah2an dilindungi allah dari penyakit merbahatya..

hani@debumelukut said...

Acik erna, Bagi yg dah melangkau 50 dan masih free from major illness tu di kita amat bernasib baik..seronok tgok org tua yg masih boleh kesana sini tanpa bantuan..kalau boleh nak macam tu jugak, tidak menyusahkan orang lain..

munna said...

en abg munna skrg ni ada kolesterol... takut juga nanti membawa ke serangan jantung...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...