Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, June 25, 2011

Kurang Asam sungguh orang ni..

Tiap tiap bulan dia datang ke kejiranan kami.
menekan loceng hampir setiap rumah dan meminta minta.
Datang dari daerah yg jauh hanya kerana nak minta sedekah.
Senang nya cara dia cari duit.
Macam kerja gomen jugak, cukup bulan pungut gaji.
Dia lebih muda dari saya dan sihat lagi,
kalau tak sihat tak kan dia boleh berjalan dari rumah ke rumah.
Dia tak berminat untuk cari duit guna tulang empat kerat.
Dia lebih suka mengemis dan menagih simpati orang.
Kita pun bukan menggalakkan tapi kadang tu kalau nak suruh dia cepat2 beredar itu saja lah caranya..Hulur duit dan dia akan blah.
Selagi kita tak hulurkan duit, selagi itu lah dia tercegat kat luar dan memicit2 loceng.
Tadi dia dtg waktu saya tak ada di rumah.
Dah anak saya cakap mummy tak ada pun dia nak juga duit.
Bibik hulurkan rm1.00 melalui pagar.
Dia marah2, dia suruh Anis cari rm 10.00.
Dia tipu Anis dgn mengatakan kalau mummy ada, mummy selalu bagi sebanyak tu.
Tak pernah pun saya bagi sebanyak tu.
Penipu!
Sampai hati tipu budak kecik!
Dah lah pemalas, busuk hati pulak.
Maka oleh kerana takut, Anis pun korek tabung, bagi jugak apa yang di minta.
Lurus bendul betul lah Si Anis ni.
Bibik cakap pengemis tu siap ngadu panas kena berdiri lama kat pagar tunggu Anis carikan duit.
Biar betul ni...Awak ugut anak saya?
Jaga awak...
Berani awak tipu anak saya yer.
Bulan depan saya akan tunggu kehadiran awak lagi.
Kalau awak tak tekan loceng pun saya akan sekat awak tepi jalan.
Nak bagi tazkirah free sikit.
Geram sungguh...
Anis punn, tak leh ke cakap tak de duit dan biarkan saja dia kat pagar tu,
Belajar lah menipu sikit..
Aik? Saya mengajar anak saya menipu pulak nih!
Habis tu saya nak buat macam mana lagi ni..

38 comments:

bonda_tie said...

mmg kurang asam sungguh org hitu.
tp anis mmg cute. hhihi.
siap korek tabung pulak tu.

hani@debumelukut said...

Kalau yg betul2 mmerlukan tu kita pun tak berkira mana. Ini mintak sedekah stail Mafia ni yg buat saya geram.

ajumohit said...

alahai siannya anis berkorek tabung nak bagi si penipu tu...sekolahkan budak tu nnti kak, suke2 hati jek dtg umah org mntk duit....

Noraishikin Mohd Salleh said...

salam singgah kembali kak jentayu...wah seronoknya pegi sempadan membeli belah :)

Ibu n Abah said...

cikgu..
memang ramai manusia yang sihat menggunakan 'sedekah' sebagai landasan mencari duit mudah...
memang menyakitkan hati.. niat kita nak bersedekah jadi sesuatu yang membebankan kita pula...

Aku said...

kak, jangan lupa ambik gambar dia masuk blog... supaya orang kenal dan berjaga-jaga....

roha said...

Salam.
Niat Anis tu memang baik, nak bersedekah. Cuma, yang datang tu aje punya niat yang kurang baik. Waspada dan sentiasa alert dengan kehadiran orang asing. Semoga diberkati Allah swt.

Sally said...

Salam,
kejiranan kita ni mmg jd target puak2 tu..dalam bulan Ramadhan nnt lg lah giat aktiviti "kutip zakat utk diri sendiri"..hurmmmm

hani@debumelukut said...

Aju dan nora,
kelemahan bangsa melayu gitu lah

hani@debumelukut said...

ibu dan abah,
tak pasal2 kita yg memberi tak dapat pahala pulak..

hani@debumelukut said...

Aku,
nanti akak tangkap gambar..ke tangkap tuan nya sekali?

hani@debumelukut said...

Roha,
Dia siap menipu lagi tu

hani@debumelukut said...

Sally, betul lah tu, kejiranan kita ni kalau bulan puasa kena kunci pagar, siap datang berkereta lagi..kalau kita tanya beza zakat dgn sedekah pun mereka tak dpt jawap..

Acik Erna said...

assalam hani..ya allah..ada jugak macam tu ye..
disini..anak kata ada jugak.tapi tak datang mintak duit..cuma mintak barang2..banyak kali jugak..masa mak kerja katanya..

apple hijau said...

beri salah, tak beri pun salah. kita beri ikhlas tapi lama2 dipijaknya kepala kita. abih camno?

p/s:baiknya anis... :D

Cikli said...

masalah negara ni.

insan marhaen said...

Bukan peminta sedekah lagi tu. Dah kira si pemeras ugut.

IM sekarang ini tak layan dah peminta sedekah jalanan. Kalau nak bersedekah, IM bagi melalui NGO atau paling tidak kat tabung masjid!

hani@debumelukut said...

Acik erna, kalau begitu tak pelik lah ni..ramai yg macam ni kot.

hani@debumelukut said...

apple hijau, yer, serba salah jadi nya

hani@debumelukut said...

cikli,
kalau kena kat cikli apa cikli buat?

hani@debumelukut said...

IM, saya pun macam tu..sedekah ni bukan boleh paksa2, tak ikhlas dah jadi nya saya kalau berdepan situasi mcm ni..

hani@debumelukut said...

IM, saya pun macam tu..sedekah ni bukan boleh paksa2, tak ikhlas dah jadi nya saya kalau berdepan situasi mcm ni..

hani@debumelukut said...

IM, saya pun macam tu..sedekah ni bukan boleh paksa2, tak ikhlas dah jadi nya saya kalau berdepan situasi mcm ni..

Anonymous said...

boleh repot polis tak? melampaunya datang tiap bulan. lagi paksa mintak lebih. jangan biarka dia terusan buat gitu.

Kamariah Awang said...

0oo camtu sekali.. Jangan dilayan,Hani.. Barkan aje dia berdiri ditengah panas tu...

AZANI said...

asalam kak
ni yg payah...pengemis luar negara dah sampai dpn pintu

pak long said...

salam...
mak aiii macam ni pun ada jugak idup dalam dunia...

Aku said...

tak takut org tu balas dendam ke kalau tangkap?

Panglima Muda said...

tumpang jenguk

MULAN said...

kalo yg duduk kat pagar masa solat jumaat mintak sedekah pon, semua nya muda2 & sihat..

hani@debumelukut said...

anonymous,
tak report pun..nak tgok dulu sejauh mana dia berani..

hani@debumelukut said...

Kamariah,
dia org ni memang degil..serba salah kita di buatnya.

hani@debumelukut said...

Azani, ni yg penduduk tetap ni..stail malas nak kerja.

hani@debumelukut said...

Pak long, mcm2 jenis orang ada..

hani@debumelukut said...

Aku,
tu lah pasal saya malas nak berkeras sgt ni..

hani@debumelukut said...

Panglima muda,
hehehe...jenguk dan singgah lah..pintu sentiasa terbuka..

hani@debumelukut said...

Mulan, sama lah yg duk depan bank dan shopping mall...

Haslina said...

sungguh kurang asam org tu, kak hani.. teringat cerita ibu... ada sorang ni sokmo dtg minta sedekah kat TG.. sampai ibu kenal mesra.. alih2 one day dia buat muka sedih dan kata suami dia meninggal.. ibu pun call hp dia (atau suami dia, na pun dah lupa).. si suami jawab.. tak mati rupanya.. lepas tu maybe dia tau tembelang terbongkar, langsung tak dtg2 dah.. good riddance..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...