Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, August 21, 2013

Berjela pinta ku...

Anis baru lepas trial UPSR
Tak lama lagi UPSR sebenar.
Iffah baru start trial SPM
Hujung tahun ni exam lah
Kimi minggu depan exam.
Kalau tak ada aral, tahun depan tamat lah.

Tuhan, entah berapa kali sehari aku meminta minta dari Mu.
Banyak sungguh pinta ku ini
Terlalu banyak.
Berjela jela senarai pinta ku ini
Macam2 jenis permintaan.
mintak belas kasihan
merayu rayu..
Hanya pada Mu tempat aku meminta minta.

Kadang2 terlintas juga dalam kepala,
Kalau sesama  manusia,
mintak tu mintak ni,
Tak habis2 nak mintak itu ini,
sekejap datang ketuk pintu buat muka welfare,
sekejap call nak mintak bantuan,
mau nya di halau saya ni.
acap sangat  isi 'borang minta',
 pasti dalam tong sampah dah borang saya tu...

Tapi Tuhan itu Kaya dan Maha Mendengar...
Allah Hu Akhbar, Allah Hu Akhbar..
Segala nya dengan izin Mu ya Rabbi...
Pinta ku berkali kali...


5 comments:

Anonymous said...

Tak apa.. Dgn Allah kita boleh mintak sebanyak2 permintaan.. Jgn malu, jgn segan.. Lg byk kita mohon, lg Allah suka.. Sbb kita dekatkan diri padaNya.. Insha Allah perancangan Allah adalah yg terbaik dan pasti ada hikmahnya.. Amin...

secangkir madu merah said...

Kita meminta hanya padaNya.. mintalah sebanyak mana dan mintalah apa saja, Allah suka kak.. semoga permintaan dan doa akak dimakbul Illahi..

lady syaliz said...

sekadar mengulang ilmu yang pernah saya dapat, terusla meminta kepada allah, walaupun berulang ulang kali, mungkin sekali dua die tak bagi, sebabnya allah mahukan kita sebagai hambanya mendekatkan diri padanya,
kadang kadang kalau mintak sekali terus bagi ibarat kanak kanak yang diberi gula hanya kerana kita mahukan dia main jauh jauh dari kita dan tidak mengganggu kita lagi.
harapnya perkongsian ini dapat melegakan perasaan puan hani

Anonymous said...

Assalammualaikum Teacher. Saya salah seorang bekas anak murid teacher dulu. Sayu hati saya membaca kisah teacher di sini. Semoga teacher terus tabah menghadapi hari-hari mendatang dan semoga anak teacher cepat sembuh. Aamiin...
Raizuan Ibrahim SKPPG (1992-1997)

Haslina said...

Kak Hani, Raizuan tu pun dah jadi seorang guru jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...