Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, August 1, 2013

Ja tunggu kepulangan mereka.


Bila Perantau ku pulang nanti,
hanya kesengsaraan ku yg menyambut dia di tangga.
Pulang lah dan saksikan lah sendiri,
Kita tidak layak untuk merayakan apa apa sebenarnya.
sekadar mensyukuri genapnya puasa
Pulang lah,
Pulang lah anak di hari mulia nanti,
tapi kali ini tiada harum bau rendang di kuali.
tiada juga hilai tawa wajah2 yg di sapa.
Lihat lah balang2 biskut yg masih tersusun di lemari
biarkan ia di situ, sudah ku isi penuh dgn kepingan2 duka.
Maaflah jika hanya kesedihan yg mampu ku hidang.
Hirup lah duka lara ku ini kerana aku ingin sangat untuk berkongsi rasa.
Anak2, kepulangan kamu amat di nanti,
Kita kumpul hati kita yg rapuh di hari mulia itu nanti.
Kita pakat2 kutip cebisan keberkatan jika masih ada.
Insyaallah kitakan beraya dengan dia yg kita sayang.
Sama2 kita tatap wajah lesu itu dan cuba untuk tidak menangis.
Tak baik bersedih di hari mulia,
sembunyikan mata berkaca dari pandangan dia.
Janjilah untuk senyum bila jari dia  digenggam untuk bersalam.
Cubalah untuk tolak gumpalan tangisan ke dlm dada.
Walau dada kita ketat dengan sebak, kita ukir senyum jua.
Dia di beri peluang untuk beraya dengan kita.
Kita beraya lah dengan kesyukuran dalam kepayahan.

Ja, semua orang dah mula balik untuk beraya.
Esuk Iffah balik,
Nanti along pulak balik.
Kita beraya sama2 yer.
Insyaallah.







4 comments:

Anonymous said...

Salam Aunty,

Walaupun kita tidak saling mengenali, tapi saya rasa sangat dekat dgn Aunty bila membaca tulisan Aunty.

Dear Ja, bangunlah Ja. Kuatkan semangat awak. all your loved ones tak sabar nak tengok Ja senyum & ketawa..

Ya Allah, berikanlah RahmatMu & sinar kebahagiaan buat Ja sekeluarga sempena bulan mulia ini Ya Allah..Amin..

-Ika-
Putrajaya

Irfa said...

SY KIRIM DOA DR JAUH

Ros said...

tiada harum bau rendang di kuali...
balang2 biskut yg masih tersusun di lemari...
tiada juga kisah sepatu baru dibeli..

sedihnya rasa tak terperi...

terimakasih kak walau pilu, perkongsian ini amat memberi inspirasi...

moga Allah mempermudahkan segala usrusan dan akak sekeluarga kekal dalam perlindungan dan rahmat Allah SWT.


Pak Man said...

Kuatkan semangat!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...