Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, August 24, 2013

Laci beracun perlu di kemaskan.

Tiba2 terpandang benda ni dalam laci meja
Bekas pencil pink yg dah rosak zip nya.
Bekas pencil yg pernah saya heret ke sekolah hari hari.
Banyak peralatan yg dulu nya menjadi nadi saya.
Sekarang semua tu beku dalam laci.
Tengok stapler...
Rasa nak stapel kat dahi.
Tengok pen highlighter pelbagai warna,
Rasa nak conteng muka
Tengok kertas memo (ingatan untuk tolong ganti kelas cikgu yg bercuti.0
Rasa nak koyak dan sumbat ke mulut.
Tengok dakwat whiteboard marker ada separuh botol,
Rasa nak minum biar jadi penawar hati yg berkecamuk.
Hari ni nak kumpul semua bahan bukti yg saya ni pernah jadi ticer.
Nak bakar api.Nak buang jauh jauh....
Tak nak ingat lagi masa bahagia saya yg sementara tu.
Saya nak hadapi hari ini.
Biar susah. biar perit pun saya harus lalui juga.
Entah mengapa hati ini,
kadang kadang jadi marah pada diri sendiri.
Memberontak pada keadaan
Sedangkan setiap saat otak berpesan,
Redha lah pada ketentuan Tuhan.
Sabar lah mengharungi dugaan.
Mungkin kerana,
saya manusia yg byk kekurangan.
maka sekali sekala meraung habis suara,
nangis berguling tak cukup tanah itu biasa lah.
Lepas perasaan dan luah yg terpendam.
lepas tu...
Taufan berhenti dan bayu berbisik tenang..
Kepada Tuhan lah saya menyerah diri.
Ampuni aku ya Allah..... ,
aku lah insan yg sering mempersoalkan perancangan Mu,
sedangkan aku tahu, yang terbaik hanya dari Mu
Mungkin ada hikmah yg menanti dalam diam.
Berikan lah aku lebih banyak kesabaran ya Tuhan
dan
sekali sekala, izinknlah aku jadi manusia biasa yg tidak sempurna....


6 comments:

a.f_azie said...

Ticer Granny.....
Keralatan perasaan yg membungkam x akan membawa ticer granny ke mana mana....

Kenapa hendak di bakar semua itu?
Kenangan itu membunuh.....

Tapi....
Itulah kenangan Ticer Granny yg paling mahal...

Lupakah.....
X semua org dianugerahkan utk menjadi guru....

Stapler.... highlighter... dakwat marker... pencil case..... itulah kehidupan ticer granny dulu... yg x mungkin ticer dapat sekarang....

Jadikan itu kenangan... kenangan yg memberi kekuatan....

Unknown said...

Hmm.,kenapa nak dibunuh kenangan yg tak bersalah tu. Biarlah dia tersemat kukuh dlm lipatan memori.

Anonymous said...

Aunty..semakin besar dugaan bermakna semakin Allah dekat gn kita..Allah bila rindukan hamba2Nya Allah kirimkan hadiah berupa ujian..Allah nak dgr rintihan hambaNya..mungkin x nampak skrg..mungkin diakhirat tatkala manusia mndambakan syurga..insyaAllah hikmah sabar ujian ini aunty n keluarga mndptkannya dgn senang sekali..ujian ini sungguh besar,bukan semua mampu menanggungnya..jika Allah turunkan brmaksud kita sebenarnya sgt kuat utk mengatasinya..mungkin kalau org laen, dah lama gugur dek ujian ini..Kasih Allah x bertepi.Dia lebih dekat dari urat nadi ini..dunia ini x seberapa ..yg kekal akhirat sana..setiap kesedihan.kepedihan.kelukaan.kedukaan pasti ada ganjaranNya disisi Allah :)..berbahagialah

makcu B said...

Itukan perjalanan hidup.... ada ranjau, ada duri. Ranjau itu dulunya tempat kita menguji kekuatan dan duri itu tempat kita sangkut cabaran.

Dalam bekas pensel itu.... ada besi, ada plastik, ada kayu, ada getah dan paling penting ada warna-warna masa depan yang kita corakkan namun tiada siapa tahu bagaimana kesudahannya. Hanya Allah jua yang Maha Tahu. Tunggu sekejap.....

Anonymous said...

Walau mummy terlalu sedih skrg..yakinla mummy yg kebahagiaan menanti mummy n ja sekga nnti..yakinla yg Allah xkan msia2kn hidup mummy dan ja.yakinlah dn yakinla yg ja akan sembuh..amin.walau sy xpnh kenal mummy n ja in person tpi sy selalu hadiahkn surah yasin utk ja..moga ia sdikit sbyk mbantu meringankan sakit ja dan seterusnya ja sembuh spti sedia kala..insyaAllah.amin.(nr)

('',)pzAEdy~ said...

Assalam supermommy..setelah beberapa bulan mnjadi follower setia blog ini. Akhirnya tertitip jua komen utk supermommy. Salam kenal dr sy. Hnya gelaran supermommy yg layak utk diberikan kpd aunty. Stp kali bca entry supermommy, mesti speechless dan hnya terpk berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Teruskanlah utk meluahkan segala yg supermommy rasakan disini. Agar ianya tidak terpendam mnjd bara dihati supermommy. Salam syg dr sy yg jauh dijohor.hanya doa yg mampu sy kirimkan. Sy pasti Allah ada bersama dan yakinlah pd setiap ketentuanNYA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...