Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, August 29, 2013

Raja lawak cari awak tu...

Ramai yg ada bakat untuk bergelar raja lawak ni.
memang tergelak sakan saya bila dengar lawak bodoh mereka tu.
Aduhhh...kesian perut saya, sakit ketawa begitu.
Apa tak lawak nya, bayangkan....
Ada yang cakap saya berdosa kerana tidak redha dengan dugaan dari Tuhan.
Ada yg cakap saya macam tidak bersyukur, suruh saya bersyukur, ajar saya bersyukur.
Setakat suruh saya bersabar tu biasa lah, saya terima dgn hati terbuka.
Memang dah jadi kebiasaan kan, kalau kawan ditimpa musibah kita suruh bersabar.
terima kasih yg doakan saya dan memahami keadaan saya.
Bab yg cakap saya kena belajar untuk redha ni yg kelakar nya.
Hahahahaa....mana dia tau saya tak redha?
Dia nujum Pak belalang ke?
Redha tu perlu tampal sticker kat dahi ke?
Saya redha dengan cara saya sendiri.
Kalau lah saya tak redha, saya tak kan berada di sini sekarang ni.
Mungkin saya dah tak jadi manusia normal dah..
Entah2 dah pakai 'straight jacket' kat wad jiwa.
Kerana saya menerima dugaan Tuhan lah saya masih mampu beertahan.
Kerana redha lah, saya meluahkan rasa hati sebagai manusia normal bukan nya
meracau racau di tepi jalan.
Kerana redha lah, saya masih boleh urus keluarga saya dan kehidupan saya.
Kerana redha lah saya masih boleh urus Ja sebaik mungkin.
Kerana redha jugak lah, saya mampu mengadap Dia dan memohon Dia
beri saya lebih kesabaran untuk menghadapi dugaan yg hebat ini.
Betul kata mak saya,
"Pedulikan apa orang nak kata.
kita doakan saja semoga dia tak di duga seberat dugaan yg kita terima.
Kerana dia belum tentu dapat menerima nya sebagaimana kita.
Itu pasal lah Tuhan tidak menduga dia dgn dugaan yg hebat."
Setakat cakap saja siapa pun boleh....
Mood geram, marah dan kurang sabar pagi ni.
Astaqfirullah, Semoga mood ini tidak merosakkan hari saya.


5 comments:

Kakcik Seroja said...

Mereka tidak di tempat Hani...

DYatie ABakar said...

Dalam dunia ni begitu ramai orang yang begini kak. Mudah melemparkan kata-kata yang menambah dukacita dalam diri kita. Allah tak uji mereka sama seperti Allah uji kita. Mereka juga tak pernah sekali cuba mahu muhasabah diri dan meletakkan diri dalam kasut orang lain. Kak Hani, andai ada 10 orang yang berkata tak baik saya yakin ada ribuan orang yang mendoakan yang terbaik buat akak.

liya said...

assalamualaikum...

saya silent reader...terbuka blog akak secara kebetulan(br 3bulan kot) n sejak tu mmg hari2 msk opis klau x bz sgt2..mesti cr blog akak utk bc..
sy doakan akak dan famili dipermudahkan segala urusan dan diberi apa yang terbaik dan diberi ketabahan untuk segala urusan...
bak kata pepatah..berat mata yang memandang..berat lagi bahu yang memikul....

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Adik hani,
saya pengikut tetap blog adik, setiap hari saya akan mengikuti perkembangan Ja..
Allah mengasihinya.. & adik.. Dia menduga adik kerana tahu adik kuat untuk melaluinya. Saya doakan Ja akan sembuh seperti biasa. Jangan pedulikan apa orang nak kata dik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...