Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, August 4, 2013

Sleep itu tidor.

Dah pukul 4 pagi,,
kalau pukul 3 boleh nyanyi lagu P Ramlee.
Saya belum tido.
Saya baru selesai ubah balik position Ja.
Ja ni tak suka bila di ubah position,
tambah2 kalau tido mengadap badan ke kiri.
Mula lah dia berpeluh di dahi dan nafas kencang.
Mata pun tak nak tutup, butang sehingga di terlentangkan balik.
Entah kenapa, nak kata sakit,tak jugak...
Tak selesa kot.
Sekarang dia dah tido.
Dah tu apa kerja saya duk menaip pagi2 buta ni?
Tunggu nak gerak penduduk bangun sahur kul 5 nanti.
kalau tido sah terbabas waktu sahur pulak.
lepas sahur tunggu subuh pulak,
lepas subuh tunggu waktu tukar pampers dan feeding.
Lepas tu tunggu nak sponging dlm kul 8.
Lepas kul 9 baru boleh rehat.
nak tido tak leh, urus rumah tangga dulu.
Tengah hari tamu sentiasa ada.
Sebelum asar, selepas feeding kul 4 saya tido jsp.
kadang tido lebih awal kalau tak ada tamu.
Selain tu, saya tido awal setiap malam.
kul 9 bila Ja dah tido, saya tido.
memang lena sungguh, Imaad bising camna pun saya tak sedar.
Perlu tido awal sebab nak bangun lagi jam 11 nanti.
Ni tak pasal2 cerita bab tido ni apa hal?.
Orang lain sedang di buai mimpi belaka jam ni.
Okey la, nak solat dulu dan Quran pun dah memanggil manggil tu.
Bye dan Selamat malammmm ...Ke selamat pagi?
Apa apa lah.



2 comments:

Anonymous said...

Morning, mummy! Saya pon pagi2 dah intai blog mummy kot2 ada cerita baru.
Baru saya tahu Ja boleh buka mata..tapi adakah dia lihat apa yang ada depan dia? Atau sekadar 'buka' saja wahai mummy?
Semoga mummy mendapat cukup rehat.
Nanti saya datang intai lagi blog mummy ni ya :)

indah-chan said...

plannya kami2 nak melawat ja tghari hari ini. hurm.. smoga mummy diberi kekuatan dan kesihatan yang baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...