Ada siapa2 nak buang masa dgn saya tak.?
Boleh temankan saya keluar jalan2?
Makan2?
Borak2?
Gelak2?
Menangis bersama,
Atau paling tidah tolong hulurkan tisu.
Ada ke tidak ni?
Jom lah kita tunggu mentari surut di kaki langit.
Kita jejaki langkah semalam
Kita ketawa, kita lakarkan warna bahagia.
Tak ada ya?.
Padan lah sunyi saja, alam sepi.
Tak apa lah,
Lagi pun saya hanya bayangkan keindahan
kelmarin bersama mu,
Sebenarnya saya hanya ingin bersendiri di sini.
Sekali sekala rindu memaksa saya,
Mengintai intai bayangan itu
2 comments:
Kak, intai bayang-bayang tatkala mentari petang, kita akan nampak betapa condong dan panjangnya harapan kita berbanding reality kak...
Nizam, begitu lah sesungguhnya..realiti tak seindah mimpi..
Post a Comment