Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, November 27, 2013

Entah2 Minah mati dulu...

Ajal maut di tangan Tuhan.
Yang sihat tak semena mena meninggal dunia pun ada.
yang sakit tu tak pelik lah.
Kalau lah saya yang di pilih untuk mengadap Si Pencipta terlebih dahulu,
apa kuasa saya untuk menolak nya?
Kematian tidak tertangguh walau sesaat dan tidak lewat walau sesaat dari
perancangan Tuhan.
Yang mati tu mati lah, yang hidup bagaimana?
Siapa nak urus?
siapa nak jaga?
Sebenarnya tak perlu bimbang kerana Dia ada.
Tapi sebagai manusia biasa terlintas juga di kepala,
kesian mereka yg ditinggalkan
Nak sedapkan hati, kita fikir begini saja lah,
Entah yg di tinggalkan lagi suka kita tak ada dari ada.
Tanpa kita segalanya akan lebih baik,
mungkin kerana kita lah segala kekusutan tersimpul mati.
Mungkin juga...
Kalau dah mati tu, saya rasalah,
kita terlalu sibuk dgn timbangan dosa pahala kita di sana,
tak sempat fikir dah apa yg terjadi kat sini.
Di sini buat hal di sini,
Di sana buat hal di sana.
Senang cerita .
Habis cerita.



1 comment:

Unknown said...

ye kak hany..mak sedara sy dah bertahun2 sakit..sekarang terbaring dh tk kenal org dah..tapi bapa saudara yg sihat segar bugar meninggal mengejut..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...