Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, November 21, 2013

Perlu tanda tangan di mana cik?

Keputusan hati sudah di buat.
Tidak perlu menoleh ke belakang lagi.
Memang ini lah percaturan nya.
Perancangan Tuhan.
Ku lupuskan segala milik,
Ku pulangkan semua bahagia.
Kehilangan yg tidak di terima hati,
tapi minda terpaksa merestui.
Ketar jari dalam keterpaksaan.
menyemak helaian itu,
seperti bilah yg menghiris kalbu.
payah melepaskan bila hati
masih bergayut di situ.
Deras denyutan jantung ini
Mata membaca setiap baris kecewa 
satu persatu.
terang dan nyata.
nama ku di situ,
bertintakan air mata ,
bersaksikan duka.
Tanpa rela tapi perlu redha
segalnya kearah noktah.
Kubur tanpa nisan
hadiah buat ku
di penghujung sebuah kehidupan.

Tuhan telah menetapkan yang di waktu ini, di usia begini dan di kehidupan ini aku kehilangan segalanya sekali gus...
Maaf, jangan lah bertanya lagi kerana segala kehilangan ini adalah terlalu rumit untuk di kongsi...

13 comments:

Anonymous said...

Salam Hani...
Moga kau tabah menghadapi keputusan ini. Akak pernah menghadapi kematian suami ketika anak2 masih kecil. Bangun demi anak2... Percaturan Tuhan dik... Harapan Kakak ada bahagia menunggu adik kelak.. Tidak akan diduga kita ni... Hanya Dia yang tahu kekuatan yang kita ada... Sabar ye Sayang...
dari peminat sepi mu...

Anonymous said...

May Allah SWT give you kebaikan berterusan didunia dan kebaikan diakhirat ... dan diselamatkan dari bencana dunia dan akhirat ... ameen Ya Rabb.

Anonymous said...

Knpa mummy?dokumen apala yg mummy mksudkn yer ...sy hnya doakn yg terbaik...

Anonymous said...

Xkan kak nak lepaskan ja? Saya tahu susah menjaga dan perit melihat anak sendiri kaku begitu saja tapi kak jgn ptus asa dengan keajaiban tuhan. Selagi mana ja boleh bertahan, jaga lah dia. Jgn la lepaskan dia.imaad and iyaad needs their mummy ;(

Granny Hani said...

wahai anonymous,
saya terbitkn komen anonymous ni untuk tatapan semua. Allah ya Rabbi, sampai hati dia berfikiran begitu..Saya ibu nya maka jangan lah buat tanggapan yg sebegitu jika tidak tahu hujung pangkal.Astaqfirullah, sampai hati anonymous menuduh tanpa usul periksa..Terima kasih atas komen walau pun komen sebegini tidak saya perlukan sebenarnya.Kadang2 diam itu lebih baik dari bersuara jika hanya untuk menggores hati orang lain.

Anonymous said...

mohon maaf saya bukn nk gores hati siapa2. memang salah saya cakap begitu tapi mngkin saya emosi kerana saya rapat sgt dengan ja. sekali saya baca smpai menitis ait mata.sampai trfkir yg bukan-bukan. mintak maaf kak andai saya sakitkan hati kak. saya hanya sayangkan ja and brdoa utk kesihatannya ;(

Nizam.Ariff said...

Ooo..akak pencen awal eh...?

Granny Hani said...

Nizam,
yes, akak terpaksa pencen awal kerana akak rasa tempat yg terbaik buat akak sekarang adalah di samping anak yg sakit.
32 tahun di tempat kerja tentunya buakan keputusan yg mudah tapi demi anak, akak korbankan segalanya.

Anonymous said...

Wlau mcm mne rapat pn kte dgn ja, msti la rapat lg mummy dgn ja..wlau mcm mne sedih pn hati kte bile bce tulisan mummy, sdey lg mummy bce komen2 kte yg x mmbina..mummy menulis bkn semata2 nk bkongsi tp lbih pd nk luahkan prasaan tertekan dan sdeynye..andai x dpt sme2 tggung derita sekurang2 nye jd la pndengar setia yg senantiasa bersedia buat mummy lupakn sbntar mslhnye..hmm..take care mummy..u r a superwoman..u can hndle evrythg in shaa Allah..

Anonymous said...

dah agak dah,,,,

Anonymous said...

ketentuan

Anonymous said...

Salam Hani...
Keputusan yang baik untuk pencen awal tahniah..
Moga boleh tumpukan lebih masa untuk Ja dan seluruh keluarga. Akak doakan Hani bahagia dengan keputusan yang telah dibuat.
Allah itu Maha mengetahui dik..

Anonymous said...

Salam ticer...
setiap pertemuan ada perpisahan..walaupun jodoh ticer dengan karier perguruan sampai sini saja, tapi saya pasti di hati anak-anak murid ticer, ticer tetap guru forever...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...