Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, March 19, 2024

Mommy Imaad

Hari ini saya tujukan E3 ini khas buat anakanda hany, mama kepada Imaad. Kerana hidup kita ini tidak lah sentiasa diterangi cahaya mentari, sekali sekala hujan ribut dan badai melanda..Hadap sajalah..Think positive..

Hidup ini hany
Sarat dgn ujian
Dan setiap orang merasakan 
Ujian dia lebih berat dari orang lain.
Sebenarnya
Ujian tidak serupa
Tuhan tahu kemampuan kita
Dia uji kita dengan ujian yang
Sesuai dgn kemampuan kita.
Lagikan kasut pun saiz tidak sama
Mana mungkin kita selesa memakai kasut orang
Sebagaimana org lain tak selesa memakai kasut kita.
Kita ini
Kena kuat
Sentiasa kuat
Kalaupun sudah terasa tidak larat
Paksa diri untuk gagah
Langkah sentiasa ke depan
Satu demi satu terus menapak
Dalam payah atau dalam susah.
Redha
Syukur
Tuhan sentiasa ada
Ada.


 

Monday, March 18, 2024

Imaad

Hari ni Imaad daftar diri ke sek men sains Faris Petra.Tingkatan 1. Dah besar ya cucu grandmummy ni. Kalaulah mummy Imaad tgok Imaad hari ni mesti dia bangga. Tak apa lah Imaad, grandmummy cukup bangga dah..Imaad belajar rajin2 tau, nanti jadi anak yg berjaya dunia akhirat. 
Tengok Imaad hari ni entah kenapa rasa sedih sgt hati tua ni...Allah hu Akhbar, Tuhan saja yg tau segalanya.
 

Saturday, March 16, 2024

5th Ramadhan

 Dah 5 hari puasa.

Niat nak khatam quran sempena Ramadhan dlm 10 hari Ramadhan gitu.

Saya baca 3-4 juz sehari. Setiap tahun pun saya khatam quran dlm 10 hari. Harap harap tahun ni Allah bagi kemampuan untuk saya teruskan bacaan hingga ke juz 30 seperti target.

Selalunya slepas khatam sekali di hari ke sepuluh Ramadhan, saya akan mula semula bacaan quran. Tapi kali ni saya tidak ada target, baca dan nikmati bacaan tu secara tenang. Kalau mampu khatam sekali lagi alhamdullilah. Kalau tak mampu tak apa sebab saya dah Khatam dah sekali.. 

Ini cara saya. Saya tak kata cara terbaik tapi kena dgn kehidupan saya, jadual hidup saya..Orang lain mungkin hebat tapi bagi saya yg jahil ni kemampuan untuk khatam sekali dlm bulan Ramadhan dah kira happy sgt dah. Syukur sangat2.

Satu lagi habit saya..hehe..saja jer nak suka suka tak salah kan? Bila saya khatam quran saya akan masak special untuk berbuka puasa. Biasanya saya akan masak nasi arab atau beriani..just to celebrate. Saya sorang yg khatam tapi seisi negeri makan besar. Tahun ni nak masak apa belum fikir sbb belum khatam. Hari ni hari ke 5 puasa dan saya baru di juz 22...Rajin lebih sikit tahun ni. Doakan saya mampu khatam kurang dari 10 hari ya...Rabbi yassir walatuassir.....

Saja nak cerita....Ni stand untuk Quran saya ni buat hal pulak. Dah patah kaki nya. Padan la goyang jer....haduhhhh..nak beli baru pun mahal jugak ni...sekarang terpaksa guna meja lipat kecik utk letak quran..Tak apa lah janji boleh baca dgn kedaan selesa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...