Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, April 30, 2018

Rasa macam budak kecik yg khatam pertama kali pulak.

Mengambil kesempatan ketika usia mak masih ada...
Mengambil kesempatan ketika usia saya masih berbaki...
Memang dah lama simpan niat.
Dah lama berazam nak khatam quran dgn mak sendiri.
Yang lepas2 khatam dgn tok guru ngaji, dgn ustaz, dgn ustazah..
Entah kenapa tiba2 terdetik dlm hati nak khatam dgn mak.
Bila saya suarakan kehendak saya, mak setuju.
Maka bulan rejab baru ni saya singgah ngaji di rumah mak bila ada kelapangan.
Cukup 20 kali ulang alik saya habiskan 30 juzuk.
Alhamdullilah.
Hari ni mak pakai cantik2..
Siap bentang sejadah dan duduk berhadap membaca ayat2 lazim seperti kebiasaan khatam quran.
Dah khatam mak doa panjang2, Aminnnnn.
Sekarang kalau saya mati dah boleh tutup mata rapat.
Dah khatam quran bergurukan mak.
Dah tertunai apa yg saya nak dgn izin Tuhan.
Tq mak.

Alhamdullilah

Hari ni khatam quran.
Seronok.
Tak kira lah khatam berapa kali pun tetap rasa seronok.
Rasa macam pertama kali khatam pulak.
Kami pakat nak pakai jubah hitam,
Nak pakai tudung warna cream.
Nak makan makan..
A celebration.
Kemenangan.
Sebenarnya seronok sbb capai target.
1 juz sebulan.
Alhamdullilah dalam sibuk2 Tuhan lapangkan masa buat saya mengaji.
Mengaji sorang2 kat rumah tu tak macam ngaji ramai ramai.
Ramai ramai lagi best
Saling membaiki kesilapan tajwid, saling menegur.
Ni nak keluar ke pasar,
Nak masak sikit utk jamuan ringan.
Alah, sama kita ni makan apa pun sedap.
Syukran syukran syukran.
Nisfu Syaaban ini meraikan kemenangan kita.
Allahummarhamni bilquraan....

Sunday, April 29, 2018

2 ketoi

2 ketoi dari beberapa ketoi.
Kecik tapi power.
Ais di kutub selatan pun boleh cair.
Matahari boleh beku.
Kalau siapa kata tsunami itu ganas, belum tengok aksi 2 ketoi ni lagi.
Wei budak 2 ketoi...
Hati nenek ni dah sohor seentaro alam degil dan keras.
Tapi bila berurusan dgn 2 ketoi ni..
Kalah.
Tabik laaaar.
Cer tgok aksi dia org.
Punya la payah nak posing ...
Ok lah cucu, suka hati lah nak posing macam mana pun.
Asal kamu bahagia....
Sungguh ku pinta pada Mu Tuhan,
Bahagiakan lah hati mereka.....

Change of plan.

Kerana 3 ni...
Saya rela batalkan perancangan saya untuk hari ni
Apa yg saya nak buat untuk diri sendiri boleh saja ditangguh.
Dahulukan kebajikan mereka.
Maka....
Hari ni sepatutnya saya pergi kenduri 3 tempat
Sepatutnya jumpa org yg dah lama saya tak jumpa
Enjoy myself once in a blue moon kata orang.
Plan dah berminggu, baju dah siap gosok.
Dalam kepala duk bilang detik jam.
Tapi kita hanya merancang,
Tuhan menentukan yg lebih baik.
Redha. Tak kesal pun.
Hari ni budak 3 ni ada bersama saya.
Masa saya sentiasa ada untuk mereka.
Tidak apa lah terpaksa lupakan niat nak buat benda lain pun.
Janji kehendak mereka bertiga ni dapat saya turuti.
Janji anak happy
Janji cucu happy.
Maka nenek pun happy.
Life is not only about what makes you happy,
Making others happy counts.
Thank God, its a blessing knowing that I can still make someone happy.
Alhamdullilah.


Friday, April 27, 2018

Saya ok jer...

Hai la belalanggg....
Nasib kau la belalanggg....

Kadang kadang saya rasa tak nak jumpa sesiapa.
Tak nak ada yg kenal saya.
Kehidupan saya tak serupa dgn orang lain.
Tak normal.
Ye ke tak normal?
Mana nak normal nya,
Saya byk tugas dan tanggung jawap.
Tugas wajib. Tugas yg terpaksa saya pikul.
Cuba hadapi segala dugaan dgn sebaik mungkin.
Segala perkara di bahu saya, takper saya redha.
Hari hari sibuk dgn urusan anak negeri saya.
Orang lain ada juga masa untuk santai santai di luar.
Saya ni keluar hanya bila perlu.
Untuk kes2 sunat memang saya tak beri keutamaan.
Kawan2 pun tau saya payah nak diajak join aktiviti apa sekali pun.
Maka mereka pun dah mula tak include kan saya dlm program apa2.
Saya tak kecik hati pun kerana saya tau life saya tak serupa orang.
Mereka dah faham dgn liku hidup saya begini.
Yang faham tu faham lah, yg tak faham tu saya tak kuasa nak fahamkan mereka.
Itu pasal lah dari saya bersusah payah nak jaga hati orang lain,
Lebih baik saya menyendiri.
Hati saya pun tidak terluka dgn ayat2 power org lain.
Paling2 saya bertemankan kucing, rabbit dan burung.
Yer lah, hidup ini tak semua orang bernasib baik.
Orang yg sentiasa senang lenang tak tau apa yg kita rasa.
Biarkan lah mereka bahagia dgn cara mereka..
Kita dgn cara kita cuba juga utk bahagia.
Sabar lah Hani....sabar selagi boleh sabar.


Thursday, April 26, 2018

Tak de kerja lain

Si Pattah ni betul la..
Cari penyakit.
Suka benar memanjat.
Tu bukan apa tu, nak tangkap burung la kononnya.
Burung kat dalam dia kat luar.
Beria ia cuba.
Pasal playful, pasal cari nahas Pattah la johan.
Atas bumbung,
Dalam saluran air hujan
Dalam ceiling
Sebut jer kat mana Pattah tak terperangkap.
Semua dah kena dan tak serik2.
Abg bomba pun dah tak kuasa nak dtg bantu.
Baru ni ada org gitau, kalau kita mandulkan dia kurang sikit aktif.
Maka saya dah mandulkan Si Pattah ni..
Tapi sama gak.
Masih buas, masih tak reti duk dlm kandang.
Saya risau kot nanti dia kena langgar kereta jer.
Maklum la depan rumah kereta laju dan agak sibuk jalan tu.
Kurung Pattah sekejap dia keluar, pandai bukak pintu kandang.
Nak kena beli kunci besar betis nih..
Besar betis Pattah sah tak jadi.
Besar betis saya kot.
Pattah, walau kamu kucing kampung yg dipunggut, kucing yg org dah buang...
Aku tetap sayang ko tau tak?
Cuma tolong laaaa
Jgn buat aku sakit kepala fikit pasal ko tu.
Bila ko manjat, aku pun kena manjat gak nak selamatkan ko.
Sakit habis urat dawai ku ini Pattah wei.
Pattahhhh, Please laaaaaar

Wednesday, April 25, 2018

Cuba gitau cara mudah utk selesaikan masaalah ni

Tak tau lah saya nak buat macam mana lagi.
Gastro tube yg di pasang di badan anak saya tu dah teruk benar.
Berkali kali dah tanya hospital bila mau ganti
Lepas seminggu, seminggu tunda.
Kalau saya pandai saya dah ganti sendiri.
Tak payah susahkan doktor pun.
Saya dah tanya doktor2 di klinik2 swasta,
semua cakap mereka tak boleh buat kat rumah,
Kena masuk bilik bedah jugak,
Kena tempat sterile, under good observation.
Hospital la jawap nya.
Marin hospital cakap peg tube yg di order tak sampai lagi.
Ada ke macam tu?
Otak bodoh saya tak leh terima.
Minggu lepas cakap doktor yg terbabit bercuti di luar negara.
Entah apa lagi alasan mereka.
Nak kata sebab alat tu mahal, mustahil.
Bukan hospital yg tanggung, saya bayar sendiri.
Kalau mereka nak saya bayar khidmat mereka pun saya sanggup.
Asal buat jer...
Ni la org kata cakap salah tak cakap salah!

Monday, April 23, 2018

Kakma

Kakma
Kawan saya
Lebih dari kawan, saya anggap kakak.
Kakma dah lama pencen.
Dah jadi surirumah sepenuh masa.
Anak2 dah besar panjang, semua dah kahwin.
Cucu dah ramai.
Suami kakma pun pencen.
Mereka duk berdua saja.
Anak menantu cucu datang berkala.
Suka tengok kehidupan kakma.
Sederhana.
Biasa biasa sahaja.
Sebenarnya kakma ni hebat
Anak semua berjaya.
Ada doktor, ada cikgu...
Tapi kakma tak sombong.
Low profile.
Dari dulu sampai la ni saya selesa berkawan dgn kakma.
Bahu dia sentiasa ada untuk saya sandarkan kepala.
Teman menangis dan ketawa.
Dia faham apa yg saya lalui dan sentiasa
bekalkan saya semangat..
Kalau semua orang macam kakma kan best?
Kakma,
Nie doakan kakma sentiasa dirahmati Allah,
Di murahkan rezeki,
Dipermudahkan urusan,
Diberkati...
(Kakma ni tak pandai nak buka blog saya, dia baru mula nak berjinak jinak dgn media sosial.
Dia dah ada akaun fbook tapi masih terkial kial...heheheheee
Ig pun ada rasanya, anak2 yg bantu tu.)



Sunday, April 22, 2018

Tokey tali rafia

Siapa yg paling untung sehari dua ni?
Tokey tali rafia.
Betul la awakkk..
Cer perati...
Nak gantung bendera kena guna tali rafia.
Tak kira la bendera parti mana.
Agak2 berapa gulung tali yg diperlukan?
Mesti berlori kannn...
Rugi tul saya tak pikir dari dulu..
Sepatutnya saya jual tali rafia utk tambat bendera musim ni.
Dapat la kumpul duit lebih utk persediaan raya.
Dah terlambat dah, dia orang dah beli semua tali rafia yg ada di pasaran.
Tak sempat la saya nak jadi tokey tali rafia.
Tokey buluh buleh?
Nak jual buluh kena tebang dulu, saya mana larat.
Cancel lah!
Rasa nak tau pulak la, lepas ni dia org buang gitu saja ke tali2 tu?
Membazir nya...
Buluh boleh buat pagar.
Bendera boleh buat mcm2.
(Macam2 tu termasuk buat lapik sangkar kucing beranak.)
Ok lah, selamat jual tali rafia lah wahai tokey tali rafia.
Saya bising ni sbb tadi saya gi kedai,
nak beli tali rafia nak buat junjung pokok kacang saya.
Tokey kedai tu cakap tali dah habis.
What?
Dont tell me they bought all the tali rafias?
Ni marah ni......



Itik gembo gembo

I am itik.
Mummy named me itik for a reason.
Look at my paws...
See? All spread out just like itik.
So itik it will be.
Itikkkkk.....


Saturday, April 21, 2018

Musim

PRU 14
Yes yes yes yes......
Musim ni datang lagi.
Musim orang dewasa jadi budak semula
Musim meriah main pondok2 di tepi jalan.
Musim panjat memanjat segala jenis tiang.
Musim pacak bendera
Musim keluar jumpa member dan berjaga malam
Seronok kan?
Meriah?
Macam nak raya la.
Cuma satu....
Jangan lah jadikan musim seronok ni musim perang.
Tak perlu perang, tak perlu kelahi dgn jiran.
Tak perlu maki memaki di kedai kopi.
Tak perlu buka aib orang..
Sokong lah siapa saja...
Pangkah jer.
Janji jgn silap pangkah mcm cerita Ali baba bujang lapuk.
Terpangkah jamban, tangan bau taik!


Friday, April 20, 2018

Saya bukan makcik bawang

Hari ni nak mengumpat sikit.
Terpanggil untuk mengulas kes nenek tu.
Tuuuu, nenek yg nama apa tah, pengkritik fesyen tu.
Kecik hati saya bila dia sebut pasal berat badan berlebihan.
Hati2 semua orang yg berat lebih 60kg tersentuh.
Jangan la macam tu nenek...

Nenek.
Tu panggilan yg sesuai
Dia sebaya saya
Saya nenek, dia pun nenek lah.
Hebat dia ni
Tak seperti saya yg sebaya dia.
Tengok cara dia berpakaian....hebat!
Tengok gaya hidup dia.....ada kelas gitu!
Tengok siapa dalam circle dia....upper crust u.
Dengar khabar dia disegani ramai kerana ilmu berfesyen dia tu.

Tak kisah la siapa dia..
Saya ngumpat ni sebab terkilan dgn kata2 dia jer.
Tak jeles pun dgn cara hidup dia..
Hentam saja la, dia cara dia, saya cara saya..
Dosa pahala dia saya tak tau dan tak nak tau.

Satu jer saya nak cakap...
Dengar sini nenek,
Saya kesiankan awak.
Sebab mulut badan jadi viral.
Dari org tak kenal jadi kenal.
Lain kali...
Cuba biarkan orang muda2 dgn dunia org muda2
Kita?
Kita jadi lah org tua sesuai dgn usia.
Jom nenek, kita gi beli tudung.
Opss...dah jadi makcik bawang pulak saya ni.
Salah tu, bukan makcik bawang, nenek bawang!


Thursday, April 19, 2018

Dia pun tak nak berakhir begitu...

Tadi baca kisah seorang wanita terjun jambatan pulau pinang.
Allah hu akhbar.
Kita tak ada hak untuk buat ulasan.
Kita tidak berada dlm kehidupan dia.
Usah pandai2 menghukum dia.
Tuhan lebih mengetahui.
Cuma kita perlu sama2 berdoa
Semoga dia atau pun kita diberi kesabaran
Untuk terus hidup dan redha dgn kehidupan kita.
Semoga Tuhan tetapkan iman.
Jgn kalah pada bisikan syaitan.

Dia atau pun kita
Sama2 insan yg lemah
Semoga Tuhan ampuni kita..
Dosa kita banyak.
Semoga Tuhan menutup aib kita.
Aib kita pun banyak.

Kepada wanita itu...ini ikhlas dari hati saya buat dia.
Dik, bila semua manusia meninggalkan kita..
Kita tidak bersaorangan kerana Tuhan ada.
Sentiasa ada.
Akak bukan nak suruh kamu sabar,
Kau dah byk sabar dah tu...
Tak nak ajar kau redha juga kerana
Kau lebih tau apa itu redha,
Kau tau redha itu lebih senang utk diucapkan tapi
Payah utk didik hati menerima segala payah itu.
Dik,
Mati itu bukan penyelesaian masaalah.
Teruslah berjuang,berdoa dan berharap.
InsyaAllah dik, insyaAllah.
Kita sama2 berdoa ye dik.

Tuesday, April 17, 2018

Kakak suka orkid

Gubahan bunga orkid buat kanda.
Semoga kanda ku suka.
Kanda tempat ku mengadu
Kanda yg  ku sayangi.
Kak, kalau rasa x cantik, kita gubah lagi sekali .

Dah rasa semua ni

Tau kah kamu apa perasaan yg paling meruntun hati?
Rasa tak selamat.
Rasa tak dihargai.
Rasa tak disayangi
Rasa tidak diambil peduli
Rasa byk kekurangan
Rasa tidak ada harga diri
Rasa  tidak diperlukan
Rasa berseorangan.
Rasa gagal
Rasa kecewa
Rasa nak mati.


Monday, April 16, 2018

Always

Yes.
I am stupid.

Gud nite

Nak tido.
Kalau boleh tak nak bangun lagi.

Layan hati

Tertekan.
Sangat2 tertekan.
Ngadu pada Tuhan.
Bercerita di blog.
Manusia x tau.

Rapuh

Tidak apa lah kalau pun aku tidak ada bahu untuk bersandar duka..
Cukuplah bila aku masih ada bumi untuk ku bersujud
dan 
luasnya langit buat ku tadah telapak tangan memohon doa belas ihsan
 dari Mu Tuhan.
Ya Allah Ya Rabbi
Bantu lah aku melalui dugaan Mu dengan redha.

Sunday, April 15, 2018

Dont read.

It will always b my fault.
The blame is always on me.
Yup.
Always.
Why?
Let me tell u why...
Becoz I am stupid thats why.
I let people used me.
They expect me to b perfect.
No flaws.
They never try to accept me as I am.
Always judging my steps and ways.
I am far from perfect, I know that.
I am trying to make the best out of everything.
But the only medal that I got is this
Good for nothing me!
Well, listen,
Please dont expect too much.
I am sick of trying to please everybody.
I am tired.
Worn.
I crumbled inside everytime people treat me like rubbish.
Mayb I should stop letting people do this to me.
I am sick of it!
So so sick of it!
God please, let me have the courage to end all this nonsense.
I am too old for dramas,
I just want to b happy.
Is that too much to ask?

Saturday, April 14, 2018

Tak tau

Tak tau la esuk2 macam mana nasib saya.
Entah saya akan terus diizinkan berada si daerah ini
Atau
Saya tercampak kembali ke daerah lama
Entah kehadiran saya masih di perlukan
Atau
Pandangan jemu itu perlu saya fahami
Pandai pandai lah undur menarik diri.
Tak tau la esuk2 kalau panjang umur,
Entah saya hingga ke akhirnya bertemankan duka
Atau
 saya akan bertapa sendirian di ceruk sepi.
Membungkus rasa utk tidak dikongsi
Selama ini pun tidak pernah berkongsi.
Entah saya seperti sampah terbuang
Tua bersendirian sedangkan dalam mimpi,
Alangkah manis nya jika tua berteman.
Atau
Dari menadah simpati, meminta perhatian
Saya lebih rela menjunjung harga diri
Kerana saya bukan pengemis cinta.
Masa depan saya hanya Tuhan yg tahu.
Jalan yang saya lalui masih kelam
Bersimpang siul entah mana tujuan.
Semakin hari hati semakin berkudis
Seperti pesalah yg menunggu hukuman mati
Saya membilang nasib menghitung peduli.
Kalaulah esuk2 diri tercampak di mana sekali pun,
Saya redha dan cukup sedar diri.
Apa sangat la bakti dan budi saya selama ini.
Hanya sebesar debu di telapak kaki.
Saya tidak pinta penghargaan
Tidak perlu pingat darjah kebesaran.
Berkorban segala hanya kerana sudah begitu nasib saya.
Saya manusia yg sentiasa tidak sempurna
 tidak pernah sempurna
Dan tidak akan jadi sempurna
Tidak berhak untuk meminta minta
Sedar diri.
Akur pada ketentuan.
Tidak apalah manusia tidak pandang,
Cukuplah dgn perhatian dari Mu Tuhan.

Friday, April 13, 2018

Anis

Anis turns 17
Cepat sungguh masa berlalu.
Sudah menjadi anak remaja Si Bongsu saya ni.
Maaf la anak,
Kesibukan rutin harian mummy menghadkan masa mummy utk mu.
Terima kasih kerana memahami situasi kita
Tuhan berkati mu anak...
Semoga kamu sentiasa dalam rahmat Tuhan.

Thursday, April 12, 2018

Lukisan nenek.

Cucu saya minat katun 'my little pony'.
Dia nak kaftan my little pony.
Mana nak cari....
Maka saya pun lukis sendiri watak tu.
Bawak ke kilang buat batik untuk sudahkan.
Siap jahit kaftan.
Settle problem.
Cucu suka.
Nenek suka.
Ambik tempahan ke?
Taklah, hanya untuk cucu saja.


Wednesday, April 11, 2018

Peel macam budak kecik!

Frust sungguh!
Saya suka makan Takoyaki.
Suka yg lembut atau yg macam tak masak kat tgah tu.
Suka bonita flakes
Suka cuka jepun tu
Suka buh byk mayo.
Dalam negeri saya ramai yg jual takoyaki
Tapi hanya satu tu jer yg menepati selera saya.
Sanggup saya tunggu kalau ramai beratur pun.
Seminggu sekali dia datang berniaga takoyaki dekat dgn rumah saya.
Memang saya x miss tercegat tunggu dan hidu bau takoyaki dia tu.
The problem now....
Tiba2 rasa nak buat sendiri
Bukan payah mana pun.
Beli dapur, beli bahan...
Adun ikut selera sendiri.
Best kan?
Huhuhuhuhuuuuu!
Ni nak nangis nih!
Mana nak beli bahan2 takoyaki tu?
Kat tempat saya x ada dijual benda2 tu.
Dah cari merata....tak ada.
Sedih la....
Kalau boleh nak masak takoyaki sekarang jugak.
Ni rasa nak tiok guling guling ni...
Tolong saya...tolong saya....
Apa nak buat?
Saya ni perangai dari kecik macam ni
Kalau nak sesuatu tu, nak jugak, nak jugak, nak jugak!
Tua2 pun masih begitu...
Maka malam ni saya akan tidor dgn rasa frust.
Dan mimpikan bonito flakes dan kicap jepun tu..
Saya rasa laa....
Sehari dua ni kalau nak bagi saya hadiah,
Dari bagi emas permata, baik bagi peralatan memasak takoyaki.
Betul awakkkk....tak tenang duduk selagi tak dpt cara utk dapatkan benda2 tu.
Uwaaaaaaaaaa..........

Tuesday, April 10, 2018

Dia datangg.....

Dia ni...
Pagi2 dah memanggil manggil
Bising.
Tercegat di muka pintu dapur
Nak mintak belas kasihan la tuh.
Kamu anak siapa?
Tak reti nak balik ke?
Bukan aku tak kesian,
Aku dah ramai sgt kucing.
Rasa x mampu dah nak bela kamu
Setakat makan lebihan makanan aku boleh la
Kalau nak lebih dari itu sorry la.
Kamu ni kurus
Kalau ada orang jaga mesti cantik.
Cik Miow, aku doakan murah rezeki kamu utk mempunyai tuan baru.
Adalah tu orang akan pungut kamu nanti.
Sementara tu,
Kau makan lah...
Tido lah dlm stor aku tu
Jangan kencing berak merata dah.
Jgn kotorkan rumah aku ni.
Duk baik baik.
Aku x larang pun kau kongsi rezeki aku
Asal jgn menyusahkan aku saja.
Kau tau tak, kau bukan sekor yg tadah mulut di pintu dapur ku.
Ada lagi dua tiga ekor kucing lain.
Doakan aku cepat kaya ok.
Kalau aku kaya boleh la kau orang makan sedap2 sikit.
Hehehe...
Doakan aku  dpt apa yg aku mimpikan jugak.
Boleh?
Aku tolong kau, kau tolong aku.
Win win
InsyaAllah.
Binatang kesayangan nabi ni.
Hati belas tengok mereka yg tak bertuan.
Tolong lah,
Ambik la budak2 kaki 4 ni...
Dapat pahala tau!
Sapa nak?.

Monday, April 9, 2018

Serabut wehhh!

Pantang duduk.
Duduk jer, berkerumun lah rakyat kaki 4 nih.
Kalut.
Entah nak apa
Bukan lapar pun,
Saja nak mintak perhatian
Dah, gi main jauh jauh



Sunday, April 8, 2018

Dah acap macam ni.

Nurse bertugas tiba2 cuti
Tanpa beritau lebih awal.
Aisey.....
Segala yg perlu di buat hari ni tergendala
KIV segala kerja.
Kalau gitau awal2 takper
Sempat la kita adjust senarai kerja kita.
Sakit kepala wei...
Dah nak buat macam mana
Terpaksa ikut saja rentak dia
Sebab kita perlukan dia.
Kalau kita terlalu nak kawal, nak kontrol
Kang dia berhenti kita jugak yg seksa.
Maka mengalah saja lah.
Semoga Tuhan tidak memayahkan.

Saturday, April 7, 2018

Azan

Posting waktu magrib.
Haishhhh...!
Jom solat dulu lah.

Friday, April 6, 2018

Bubar

Esok parliment bubar.
Tak lama lagi pilihanraya.
Semoga negara kita aman damai
Jangan ada keganasan
Jangan ada yg nak cari pasal
Parti mana sekali pun
Tak kira
Kalau tak aman semua susah.
Ambik iktibar bila tgok negara orang yg bertelagah sama sendiri
Kesian rakyat jelata
Kesian anak2..
Nak berkempen berkempen lah
Nak pasang bendera pasang lah
Nak tampal poster sila lah..
Tapi letak dalam hati,
Kalah menang terima dgn hati terbuka
Yang penyokong pun satu hal..
Jgn over sangat.
Bercakap di kedai kopi macam nak bertikam
Dengan jiran pun dah renggang kes sokong parti berlainan .
Hadoiiii...pokcik, mokcik,
Mereka menang undi jadi menteri,
Awak tu dia orang tak kenal pun.
Bawak2 la mengucap...
Kita jalankan tanggung jawap kita,
Keluar mengundi...tu yg penting.
Minum kopi tu pakcik,
Dah dah la berucap bergegar tiang warung tu.
Kopi tu bayar sendiri ke org sponsor?
Sedap, manis berkrim
kopi sponsor 5 tahun sekali.


Thursday, April 5, 2018

Di sini kita bertemu

Assalamualaikum.
Hello
Apa khabar
Terima kasih
Sudi singgah
Walau
X ada apa nak tulis hari ni
Terharu la saya
Sebab masih ada yg singgah
I labi U.
(Tak jawap salam dosa tau...)

Wednesday, April 4, 2018

Kan dah segan nak ngaku.....

Kita hanya merancang, Tuhan menentukan.
Caya lah...memang macam tu kehidupan kita.
Dari kelmarin saya set dalam hati,
Hari ni nak baca quran hingga tamat surah yusuf.
Hari ni sedang baca surah hud, ada tamu pulak.
Tutup quran.
1 muka surat saja lagi nak ke surah yusuf.
Bukan byk pun.
Tapi itulah...
Begitu lah kehendak Tuhan.
Tuhan hantar tamu.
Tuhan ingatkan saya,
perancangan saya tak berhasil.
 Ketentuan Tuhan tak serupa.
Allah hu Akhbar.
Sedar silap saya,
Sebenarnya saya siap menipu roomate lagi tadi
Saya tanya roomate sebelum dia gi kerja,
dia dah baca sampai surah mana...
Saya dah siap gitau (tipu sunat?) saya dah baca surah yusuf dah..
Hahaha..segan dah nak gitau baru surah Hud
Ingat sempat baca rupanya tak.
Tu laaa, nak berebut khatam sangat.
Berebut nak khatam sebelum nisfu syaaban.
Astaqfirrulahilazim.
Allah marah sebab niat saya tak betul.
Nak soho ko suami jer..
Saya nak saya menang, khatam lebih dahulu...riak.
Saya confident jer cakap sbb selalu nya
lepas roomate gi kerja saya ngadap/ ngaji quran.
Marin dah surah yunus dan 2 pipi surah Hud.
Jadinya saya andaikan hari ni sah sempat baca dan habiskan surah Hud dan mulakan surah yusuf.
Habiskan surah yusuf jugak.
Rupanya itu hanya rancangan kita.
Tu lah, saya nak menang saya saja.
Sentiasa macam tu.
Baca quran pun nak berebut khatam dahulu.
Degil tak habis2 sampai tua.
Teringat kuliah ustaz azhar idrus...
Katanya ...
Siapa yg isterinya degil tu jgn risau,
Isteri dia pun degil jugak.
Padan muka kita katanya.
Hahahahahahaaaaaaa!

Tuesday, April 3, 2018

Sorang lagi mana?

Tak lengkap.
Memang tak akan lengkap.
Sampai hembusan terakhir nafas ku, tidak akan ada lagi bilangan lima.
Hanya empat.
Hati masih rapuh
Bila lihat mereka berempat
Hati makin rapuh
Sudut hati yg tersimpan buat dia sentiasa ada
Diam lah anak dalam hati bonda,
Tenang lah.
Biarpun kamu membisu seribu bahasa
Kamu tetap si hati kami 
Kami merindui mu sentiasa.
Sesungguhnya
Segalanya hanya lah pinjaman sementara.
Akur dengan perancangan Ilahi.
Akan ku pulangkan kembali bila tiba waktunya nanti
Pesan hati supaya redha, sentiasa redha
Dan beritau minda bahawa
Segala yg berlaku,
Ada nikmah nya.
Allah hu



Monday, April 2, 2018

Dah pertengahan Rejab.

45 hari lagi nak Ramadhan.
Cepatnya masa berlalu.
Tukang jahit ada yg dah tak nak terima tempahan baju raya.
Dasyat kan?
Nak raya yg lebih, puasa entah kemana.
Harap2 anak cucu kita tidak begitu.
Bulan Ramadhan adalah bulan yg di nanti.
Bulan keberkatan.
Rasa tak sabar dah nak lalui Ramadhan sekali lagi.
Sempat kah??
Masih ada ke sisa usia ku ini?
Kalau panjang umur insyaAllah bertemu lah bulan mulia tu nanti.
Entah2 nafas hanya setakat hari ni, mana tau.
Semuanya hanya Allah yg menentukan.

Sunday, April 1, 2018

Happy birthday Adlina.



Mak
Kakak
Anak saudara
Cucu saudara
Worih waroh
Kalau berkumpul mesti makan makan..
Kalau makan makan mesti berkumpul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...