Saya goreng guna 'Tepung Gogi'
Awak tau apa itu tepung Gogi?
Tak tau?
Tak tau maka susah la saya nak bagitau..
Tau?
Kalau dah tau tak payah la saya bagi tau.
Jangan maraaa.....
Pagi2 ni kalau marah2 nanti kena jual.
Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ
Tuesday, April 30, 2013
Monday, April 29, 2013
Tak ada kerja...
Tak ada kerja, pagi2 buta dah posing.
Model zaman purba.
Lama dah tak posing, tu aje....
Merah.
Tak berkaitan dengan apa pun.
Saja lama tak pakai baju ni.
Nasib baik muat lagi.
Orang kata warna merah hanya sesuai untuk orang muda2.
Tak kisah la kan,
baju saya, suka hati saya lah.
Nak tunggu muda kembali baru nak pakai merah, mustahil.
So, be it.
Happy.
That is what matters most.

Sunday, April 28, 2013
Soalan test market.
Nasib baik saya tak masuk calon,
Kalau masuk calon, sah hangus wang pertaruhan.
Tadi saya tanya budak2 dalam kelas tu..
"Cikgu mana yang paling awak suka kat sekolah ni....?"
Ada cakap Cikgu Rafidi.
Ramai yang cakap Cikgu Besar
Mencalonkan Ustazah pun ada.
Cikgu Muzik lagi lah ramai yg sokong.
Sorang pun tak sebut nama saya...
Begini lah nasib diri ku yang malang, Oh Tuhannnnnn....
Cedih ticer tau!
Tu pasal la,
Len kali jangan suka marah marah.
Ni masuk kelas tak der kerja lain, bebel 14 bakul.
Dah la kat rumah mak dia dah bebel berlonggok2
Datang sekolah kita tambah lagi berbakul bakul.
Mau nya nak undi kita.
Saham merudum tul lah hari ni.

Tunggu rezeki,Insyaa Allah.
Dah basuh sarung bantal kecik2...
Dah keluarkan Baby Cot dari stor..
Dah kemas beg untuk ke hospital..
Dah cari ubat ubatan tradisional.
Dah bersusun benda perlu buat dalam kepala.
Hanya satu saja yang belum,
Dia.
Dia belum sakit perut lagi.
Belum ada tanda2 orang baru akan hadir hari ni.
Nak buat camna, tunggu dgn sabar lah..
Bila ni?
Suspen.
Laaa, lambat lagi.
Akhir Mei tarikh due dia.
Semalam dia masih ke hulu kehilir usung labu dia tu.
Saya pulak yg lebih2...
Dulu sendiri preggy pun tak se suspen ini.
La la la la la...Ada orang nak sambut cucu baru...
Seronok nya, hati nenek berbunga bunga..
Lambat nyer.
Tak sabar wehhh...!

Saturday, April 27, 2013
Tokey emas senyum lebar.........
Kenapa harga emas di pasaran jatuh a?Kalut ribut orang lain membeli barang emas.
Saya tak kalut pun.
Banyak tul lah duit kawan2 saya ni..
Bukan sikit2 beli emas tu,
Ribu ribu ribu.
Saya tak beli sebab saya tak ada duit sebanyak dia orang.
Saya tolong tengok dia orang berpesta emas saja.
Murah sangat ke sampai penuh sesak di kedai kedai emas?
Bagi saya kalau untuk pelaburan eluk beli emas dari bank.
Jongkong gitu
Beli yang sebesar kepala lutut.
Itu pasal lah saya tak beli,
sebab nak tunggu beli yg sebesar kepala lutut.
(Ayat alasan yg dipakai guna untuk tidak nampak kalah)
Siapa yang dah beli tu simpan eluk2 k.
Kalau pakai emas banyak2 jgn lupa pakai body guard sekali.
Bahaya tu.
Eh, cer jawap dulu soalan saya tadi...
Kenapa harga emas jatuh?
Saja nak tau, kot ada yg tau.

Thursday, April 25, 2013
Hari ni jalan pun stail Ajis satar/Ali Baba Bujang Lapuk.
Hari gaji adalah hari poket kembali kembung biarpun kembung bermusim.
Senario bila gaji dah masuk sama saja di mana2 pun.
Bagi kami ni, bila masuk gaji ni yg rutin nya..
-Beli barang keperluansendiri dan keluarga
-Bayar hutang bulanan
-Bayar kutu
-Bayar bil
-Bayar loan/yuran/sewa.
-Bayar upah itu ini
-Tabungan berkala
Sebahagian lagi,
-untuk diut belanja anak sekolah
-minyak kereta/Tol
-Klinik
-Kenduri
-Sedekah/derma/tabung masjid
-Baiki kerosakan yg tak di jangka
-Makan besar
-Bersantai dgn keluarga.
Mana bahagian untuk shopping benda2 tak berfaedah?
Tak pernah ada peruntukkan buat tu tapi yg heran nya,
acara ni lah yg sering buat poket kembali kempis.
Saya lah, orang lain saya tak tau.
Buat lah apa saja asal jangan nyusahkan orang lain dan asal bahagia.
Jangan sampai hujung bulan monyok, terperap di tepi dinding..
Hari2 beratur bekang anak, tadah tangan minta duit belanja sekolah dari Boss
Aduhh...Awak pernah?

Wednesday, April 24, 2013
Bukan Mak Ngah sorang yg pakai merah hari ni...
Merah.
Suka warna ni. lambang gagah berani.
Kiri kanan depan belakang merah.
Dah arahan begitu.
Ikut saja lah.
Bukan benda payah pun, setakat nak pakai merah satu hari dlm seminggu tu kacang jer.
Nak pakai hari hari pun boleh.
Esuk kalau di suruh pakai warna kelabu, kelabu lah akan saya gantung di luar almari untuk di gosok.
Akur.
Yes Boss.
Tak baik melawan arahan, lagi pun kenapa nak lawan arus...
Bukan dia suruh panjat Gunung berkaki ayam pun.
Apa bising bising?
Follow the flow.
Kata perpatah orang putih..
You can bring the horse to the river.
But you can never make him drink.
Yang bawak pergi ke sungai tu sapa2 boleh.
Tapi,
Suka hati kuda lah kuda nak minum ke tidak.
Lain lah kalau tuan kuda sanggup cekah mulut kuda, masukkan tiub getah dan pam air ke perut kuda.
Paksarela nama nya tu.
Tak bagus macam tu, samaada kuda kembung perut atau tuan kuda kena terajang dek kuda.
Lagi baik tuan kuda cakap aje..
Minum laaa...Minum laaa....Minum laaa..
Kalau di pujuk2 kuda besi pun cair.
Tak gitu?
Aparaaa...!
Ada ke patut, samakan kuda dgn manusia.
Mulut saya ni belum di insyurankan lagi ni.
Baik hati hati....
Pantun melayu ada berbunyi,
Kerana pulut santan binasa
Kerana mulut badan binasa
Saya org melayu kena ikut pepatah melayu.
Ada paham ka?
Wokehhh, Pahammmmmmmm Pak Encikk...!

Tuesday, April 23, 2013
Yang sewaktu dengan nya saja yg faham.
Maka,
Bila saya tidak ada apa nak di kongsi di blog saya ni,
saya hanya mampu mencermin diri.
Terdetik di hati- Dah tua benar aku nih!
Bila bilang kedut dan uban,
laaagi lah rasa macam artifek sejarah.
Eh, beza amat tua degan muda ni tau.
Bezanya...
Waktu muda, kita laku, banyak kegunaan.
Pakai apa pun nampak terletak jer.
Bagai bunga yg menghiasi taman gitu
Di puja puja, di sayang sayang.
Dah tua2 ni rasa macam dah tak berguna pulak.
Tak laku.
Orang dah tak pandang dah, menyemakkan kawasan.
Seperti daun kering yg jatuh berguguran.
Senyum pun orang nampak masam.
Kalau ghaib tak siapa perasan.
Huhuhuhuuuu...
Hari ni cermin bagai berkata kata..
Kata nya,
" Hani, dah tua tu pandai2 lah bawa diri.Silap hari bulan awak di letakkan di Kedai Barang2 Purba Sadik Segaraga tau..."
Macam tu ka?
Sadik Segaraga pun tak nak kot,
'Return to sender'
Ohh Aloh laaa.......................

Monday, April 22, 2013
Belajar sabar dari mereka
Mereka juga lah yg mengajar saya untuk menerima hakikat yg setiap orang berbeza.Nak kenal mereka?Ok, ni yg pertama ni Faiq nama nya.
Otak bijak tapi playful sangat2.
Meter sabar saya selalu berkelip2 lampu merah kalau berurusan dgn dia.
Tapi dia sgt suka membantu saya.
Sejuk kembali hati saya bila dia selalu nak tolong saya bawa buku dan sebagainya.
kamu besar nanti ticer agak kamu akan menjadi anak yg sgt mengambil berat pasal orang tua kamu.
Tunggu dan lihat
Ni pulak Si Kembar yg pemalu.
Dini Atirah dan Dini Atikah
Cute dan sangat serupa wajah mereka ni.
Sampai hari ni saya masih tak tau yg mana nama apa.
Senang cerita saya panggil mereka Dini saja.
Sah tak salah.
Ini Shariff Dol dari Kg Dusun pun tabek nih.
Taktik menyerang dlm diam dia menjadi.
Sekali sehari mesti nak ganggu orang.
Kalau bela diri memang bijak.
Afiq ni, dah la nama serupa dgn nama anak saya, perangai pun serupa.
Jadi YB boleh kot.
The Handsom Boy
Besar nanti berderet la gadis2 yg minat kat dia ni.
Dah la lawa, senyum tak lekang kat bibir.
Dr Wazir..that is what you will become in time.
Makcik Fatihah ni kuat sungguh membebel.
Ada saja yg nak di komplen.
Wei Makcik, awak kalau jadi Cikgu nanti
Sah macam Ticer Hani...
Ni otak first class ni.
Bagi kerja apa pun dia lah yg paling cepat siap.
Pandai melukis, teliti dan hardworking.
Kalau tak jurutera, arkitek dalam tangan.
Zuraifie, Ticer doakan kamu begitu.
Si cantik manis ni sopan anggun
Kemas jer kerja, tulisan cantik.
Kalau semua murid macam dia aman lah kelas.
Ni sorang lagi bakal doktor.
Jadi menantu Ticer nak?
Arman jaguh bising.
Tapi lirikan mata dia boleh cair hati Ticer.
Mulut lebat, ronda kelas hari2
Nanti jadi polis peronda lah Arman.
Atau jadi askar udara..
Udara lebih Arman nih, asyik buang angin jer..
Abang Cool yang control manco.
sekejap duk depan sekejap kena tukar ke belakang.
.Cikgu selalu pindahkan dia ke kawasan bermasaalah.
Bila dia ada, suasana tenang semula.
Ada gaya jadi Tok hakim mahkamah tinggi ni.
Sorang ni silap tanya sikit berjurai lah si air mata.
Makkk....Saya nak mak saya!
Baby betul lah Shariffudin ni...
Nanti besar awak nak kerja apa?
Ticer rasa awak kerja apa pun, janji duk dgn mak.
Anak mak.
Ini orang koperat in the making.
Pandai buat alasan dan helah sentiasa ada
Ramai kawan, pandai bergaul
Dahi yg lebar tanda fikiran tajam.
Esuk2 kamu jadi Dato' kamu jgn lupa tegur ticer ya.
Ticer dah tua, tentu tak sempat tengok kamu dewasa.
Semoga Nujum Mak Belalang ni betul semua nya.

Terkejut beruk.
Beruk saja yg terkejut,
saya taaakkkk...!
Terkejut tu tidak,
tapi geram tu ada.
Siapa tak geram..
Bangun pagi tengok pintu rumah tak berkunci.
Grill pun hanya di heret rapat sahaja.
Siapa punya angkara ni?
Ada lah tu yang keluar malam2 buta lawat pos.
Tak payah nak keluar jaga pos kalau kubu sendiri terburai.
Esuk malam saya awal2 nak pasang mangga kat pintu.
Nak sorok kunci
Biar yg di luar tak leh masuk,
dan yg di dalam tak leh keluar.
Dah, kalau setakat nak dgr ceramah kat luar tu tak payah k.
Kat sini pun byk lagi ceramah yg nak di sampaikan.
Meh sini mak nenek nak bagi ceramah ni..
Anak dan bapak dengar sini,
Len kali bawak kunci tu.
Tak larat dah saya nak bersengkang mata tunggu kamu balik.
Saya akan kunci pintu dan masuk tidur.
Kalau awak call ke, ketuk ke, hapa ke, saya tak sedar itu masaalah awak.
Kereta byk bawah porch tu, tido aje kat situ.
Tumpang tido rumah bakal YB tak leh ke?
Opsss...
Dah azan subuh dah tu,
Maaf,
Ceramah di tangguhkan kerana Maknenek ni parti 'gerakan'
Nak gerak yg masih tidur tu, subuh dah ni.
Bangunnnnnnnnnnn....!
Pagi ni mulut bergerak lebih awal dari kaki..
Parti gerakan-kalau maknenek ni bergerak baru boleh makan.
Kalau duk diam, tak berasap lah dapor....!

Sunday, April 21, 2013
Puisi buat ingatan untuk diri sendiri...
Musim ni,
Ada yg gaduh laki bini.
Ada menantu cabar pak mertua.
Ada ipar duai bercakaran.
Maklumlah musim ni kuku tajam.
Taring dan tanduk tumbuh hari hari.
Lidah di asah, pedang pun kalah.
Kau kata macam tu
Aku kata begini.
Di kedai kopi,
Di stesyen bas,
Di pasar pun
segala tajuk di bahas.
Ada yang dah jadi Hang Fitnah
Ada juga Hang Batu Api
Hang Kebun yg hanya kenal cangkul pun
dah mula ngaku kenal Menteri .
Masing masing tak nak kalah.
Tapi kan,
Yang jadi tukang cop bendera dan poster,
Tak cukup tangan kerja siang malam.
Cuba tanya berapa dia dapat?
Dia tak perlu tunjuk lagak.
Simpan diam2 siapa 'Hero' pilihan.
Janji duit masuk, poket penuh..
Lepas pilihanraya, dia ke luar negara..
Yang duk bertempik sorak tu,
putus kerongkong, pecah anak tekak pun,
ada siapa nak tolong cari minyak ubat?
Hehehe...Kesian bangsa ku.

Terpaksa
Tak nak ke sekolah.
Telinga masih sakit.
MC bpleh?
Tapi
Apakan daya
Kuli biasa seperti saya
Mana boleh ngada ngada
Tu anak murid kat kelas tu,
Siapa nak urus?
Tu yg tak tau tulis baca tu...
Siapa nak ajar?
Tu kerja yg berlambak atas meja tu..
Siapa nak sudahkan?
Tu GB tercegat kat pagar tu...
Siapa nak bagi senyuman selamat pagi boss,
awal boss hari ni.....
Sebenarnya,
Tu rakyat bawah bumbung saya tu...
Perlu hidup.
Saya pun perlu hidup.
Nak hidup kena ada duit belanja.
Nak duit kena kerja.
Siapa kata duit tak penting?
Bagi saya penting oi...!

Saturday, April 20, 2013
Harap maaf, gangguan teknikal ni sementara sahaja.
Saya sakit telinga.
Berdenggung.
Berdenyut.
Titik ubat sampai melimpah lubang telinga.
Makin tersumbat adalah.
Sakit.
Macam ada jentolak
Kruuk kranggg krukk kranggg
Duk gerudi gegendang telinga.
Nak duk depan ni tak de masaalah.
Menaip tak guna telinga.
Masaalah nya hanya satu.
Bila orang panggil, tak dengar.
Kurang dengar, bunyi mcm sayup2 jer.
SAYA BUKAN PEKAK OK!Sound problem ni hanya sementara.
Dah, tak yah nak cakap saya ni pekak.
SAYA DENGAR AWAK CAKAP GITU TADI!
Sampai hati.....

Friday, April 19, 2013
Tak payah nak lebih lebih..
Saya tengok dia menjaja kueh.
CheMunah namanya.
Dah berapa kali pilihan raya,
dia masih macam tu.
Menang lah parti mana pun,
kueh nya tetap laku.
Tengah hari dia pulang dengan senyuman
bawa sedikit tepung dan santan,
pagi esuk buat kueh lagi,
menjaja lagi,
hari hari.
Mengundi tetap mengundi
Moktar tukang sapu
plastik sampah dan selipar getah
penyapu dan kereta sorong
sentiasa menemani nya.
Poket tak pernah penuh
tapi dia tak pernah meminta minta
Tidak pernah lupa mengundi bila tiba masa
Tapi dia tak kisah siapa yang memerintah,
kerana bagi Moktar,
Kerja dia tetap serupa.
Jiran saya berniaga besar.
Mewah dari dulu
Duit seperti air,
sekejap terbang ke sana,
sekejap ada di sini.
Projek juta juta tetap ada
Dia undi siapa hanya dia yang tau
tapi yg saya tau,
Dia tetap kaya raya.
Saya?
Bangun pagi mulakan rutin yg sama
Kelmarin atau esuk serupa saja
Hantar dan ambik anak dari sekolah,
urus rumahtangga.
Tanggung jawap tetap tanggungjawap.
Dah berapa kali keluar mengundi,tapi saya masih macam ni dan bahagia begini.
Menang ke kalah yg saya pangkah,
saya masih begini.
hari2 saya tetap begini,
tetap menjadi wanita yg tidak sempurna mana.
tetap menangis bila hati terluka
tetap ketawa bila lawak mencuit hati
tetap harapkan yg terbaik buat semua
tetap doakan kebahagiaan untuk kita
Sokong biarlah berpada
Tak sokong pun jangan sampai buat dosa.
Orang jadi wakil rakyat,
Awak jadi apa?
Tak payah nak lebih lebih lah...
Kecuali lah kalau awak ada agenda tersembunyi...
Kwang kwang kwangggg.....

Thursday, April 18, 2013
Hello.....1300 13 1300..
Makanan apa yang paling sedap di dunia?
Western? Chinese Food? Masakan Minang?
Stail kampung atau Stail Italian?
Hanya satu yg paling sedap..
Tak kira makanan apa pun,
Bila lapar,
Semua nya sedap.
Kan?
'Hunger is the best sauce'.
Perpatah orang cina ni.
Saya tengah lapar ni.
Otak tak der fikir lain..
Makan, makan...makan...
(Seksa ni, lapar tapi malas nak masuk dapur dan malas juga nak keluar beli nasi tunjuk. Nak call delivery pun dah jemu dah... Habis camno?)

Wednesday, April 17, 2013
Mood : Tak der Mood untuk apa pun.
Malas lah nak update blog hari ni.
Balik dari sekolah tadi saya tidor sampai matahari nak terbenam.
Otak berserabut sebenarnya.
Bukan pasal PRU 13.
Tak perlu saya senakkan otak pasal PRU,
setakat ikuti perkembangan cukup lah.
Kalau menang pun mereka, bukan saya.
Kalau dapat projek juta2 pun mereka bukan saya.
Siapa menang pun, semak samun kat dlm batu jemala ni tetap serupa.
Berbalik pada keadaan saya tadi, sungguh saya dalam mood 'tak senang hati' ni.
Mood begini buat saya rasa betapa keseorangan nya saya.
Sendiri...Alone.
Maka hari ini saya hanya nak pejam mata dan tutup telinga dan zip mulut.

Tuesday, April 16, 2013
Mujur minda masih boleh menguasai hati.
Sepatutnya saya berani kerana benar.
Sepatutnya saya pergi semuka dengan orang tu.
Sepatutnya saya dah bagi sebijik kat atas dahi dia
Sepatutnya saya canang satu benua pasal mulut longkang dia tu
Sepatutnya saya tunjuk bukti kebenaran saya dan ke'licik'kan dia bermain kata.
Sepatutnya saya paksa dia melutut minta maaf.
Sepatutnya saya kasi ajar sama dia agar dia serik mempergunakan saya.
Tapi kerana saya ni sekadar 'Samseng Kampung Dusun',
penakut
pengecut,
mudah mengalah,
selalu nak jaga air muka orang lain,
sentiasa nak pelihara hubungan sesama manusia,
maka saya hanya luahkan kekesalan saya di blog saya.
Huhuhuhuhuuu...........
Cian saya laaaaaa..................

Monday, April 15, 2013
Romeo ini datang secara berkala.
Di kala langit berpayungkan bendera2
Arca cinta di mana mana..
Romeo ini merayu ku lagi,
Mengejar cinta..Menjaja setia
Mengharapkan setitik kasih
Berjanjikan segala mimpi Mencairkan hati
Setiap ruang yg ku jelajahi,
wajahnya terpampang di sana sini
Senyum nya manis dan baik budi bicara
Baik ada makna tu...
Tidak mengira masa,Sang perindu merayu rayu
warkah2 cinta dan kiriman2 sayang,
silih berganti jatuh di riba
Di ketika ini aku lah segalanya
Pintalah apa saja,
Mau ku bagaimana..
Semua bisa di atur..
Kadang kadang muak juga,
Loya juga kerana aku tahu cinta mu hanya sementara.
Selepas 5hb Mei ini,
Janji hilang entah kemana
Senyuman kurang gula
dan kau pun berlalu begitu sahaja..

Sunday, April 14, 2013
Awak nilai sendiri lah...
Dia jauh lebih tua dari saya.
Mundar mandir.
Berselipar plastik dan berbaju kurung agak lusuh.
Saya tengok dia menyapa beberapa orang yg hadir di ruang itu.
Nampak seperti mereka menjauhkan diri dari dia.
Agaknya sebab dia tak nampak macam 'Mak Datin' maka payah lah dia nak dapat bantuan.
Dia datang duduk dekat dgn saya.
Tapi dia tak kata apa apa, sekadar menung dan resah di wajahnya ketara.
Bila saya lemparkan senyuman ke arah dia, baru lah dia berani bersuara.
"Makcik tak reti nak isi borang dan 'Jaga' yg selalu bantu makcik tak ada.Nak mintak tolong siapa lah ni.."
Owh, itu masaalah dia yer..
"Bak sini saya isikan, bagi saya buku akaun tabung haji tu dan berapa makcik nak ambik.?"
Dia senyum lega dan katanya dia nak ambik rm300 saja.
Saya agak dia terdesak lah ni..Kesiannnn.....
Saya ni jahat jugak, rasa tak tahan nak tengok berapa yg dia ada dalam simpanan.
Saya curi curi tengok...
Mak oiii......!
Rm 23,351........
"Nak buat beli nasi bungkus buat budak2 yg duk pondok ngaji agama.."
Jelas dia tanpa saya perlu tanya.
Rupanya Makcik ni lagi banyak duit dari saya.
dan yg saya kagum ialah dia nak menderma rupanya.
(Kalau saya yg keluarkan rm300 tu, sah sah saya buat beli kasut baru...)
"Mek nak ambik duit jugak?"
Sama macam makcik lah, saya pun nak ambik duit jugak tapi bukan kerana nak di dermakan, sekadar nak buat bayar hutang.
Niat nak jawap macam tu tapi tak jadi, saya hanya angguk.
Ketika ni terasa selipar getah makcik tu lebih selesa dari kasut Scholl di kaki saya.
Malu sungguh kat makcik nih!

Saturday, April 13, 2013
Fed up dah ni...
Macam tu macam ni,
begitu begini.
Kita saja yg betul.
Orang lain semua salah.
Dah penuh telinga dengar pasal keburukan orang.
Keburukan diri sendiri berlambak sebenarnya.
Dah silau mata duk tengok aib orang tu orang ni,
Aib sendiri kalau di pertontonkan jugak macam mana?
Dah loya dengan segala macam permainan musim memangkah.
Dah tak sanggup dah.
Tak boleh ke kita cuba tonjolkan budi.
Cuba senaraikan jasa sahaja?
Cuba ketengahkan bahagian positif, tentu setiap orang ada kelebihan nya.
Ini tidak, letih dah otak kita yg perlu memilih ni duk tapis dan timbang.
Macam macam.
Cepatlah tiba tarikh tu.
Cepatlah kita buat keputusan.
Tak kira lah kita nak pilih siapa,
Hak kita.
Pulihkan lah hubungan antara kita ni.
Kembalikan senyuman pada wajah2 yg mencuka.
Mekarkan kembali bunga bunga kemesraan
Sudah sudah lahhhhhhh......

Thursday, April 11, 2013
Selamat Ulangtahun Kematian
Esuk ulangtahun cinta berpusara.
Ku ziarahi pusara itu tanpa jemu.
Di sini cinta bersemadi bersama segala mimpi.
Segala janji dan segala setia berkubur selamanya.
Kemboja layu berguguran bertaburan di nesan.
Tanah kubur gersang meski pun
ku sirami dgn tangisan yg berulang ulang.
Kakunya waktu bila aku menatap pusara itu.
Rupanya tidak pernah mudah menyembuhkan luka.
Setiap kali di sini berserabut kesal membelit kaki.
merantai jiwa dan aku
masih terluka rupanya.
Aku mahu pulang,
tidak mau terus menjeruk rasa di sini.
Ku lipat kemas kenangan duka,
sepatutnya ku tinggalkan saja sejarah itu di kuburan,
tapi entah mengapa, setiap kali mau beredar
aku tidak pernah lupa untuk mengheretnya pulang bersama.
Telah ku ziarahi pusara cinta ku ini berkali kali..
Di ulangtahun kematian kali ini,,
seperti ulangtahun yg terdahulu,
aku datang lagi,
bertemankan sepi,
dan menatang hati
yg retak beribu kali.

Wednesday, April 10, 2013
Nak tolong Melayu lah ni...
Saya nak cetak nama cucu kat belakang jersy bola.
Member cadangkan kedai ni.
Saya hantar 2 helai semalam,
katanya hari ni boleh ambik.
Hari ni saya pergi nak ambik, tak sabar nak tengok hasil nya.
"Baju mana satu kak?"
Aik, baju seperti yg tercatat kat resip tu lah..
"Saya tak tau kat mana baju tu sebab semalam orang lain yg bekerja, saya cuti..."
Pulak dah...
"Akak datang petang ni lah"
Senang nya dia cakap, minyak kereta, masa dan nak redah jem tu bukan nya main2 dik oi.
Takper, cucu punya pasal, saya akur.
Petang tu sekali lagi saya ke kedai dia.
"Kak,baju ni kecik sangat, tak dapat buat lah..."
Apasal tak cakap masa saya hulurkan baju tu semalam?
Aduhhh...Rasa nak cekik mamat nih.
Malas nak bertekak, saya ambil jersy cucu saya tu dan blah dari kedai dia.
Sepatah maaf pun dia orang tak cakap.
Budak perempuan kat kaunter tu pulak siap pot pet2 entah apa2 lagi.
Kali terakhir saya pijak kedai tu.Sumpah!
Punah niat saya nak tolong sama Melayu..
Serik rasanya.
On the way back, singgah kedai printing lain.
Tauke Cina yg murah senyium tu cakap kalau baju lagi kecik pun boleh print.
No ploblem one...
Lega. Sejuk sikit hati...
"Ms, U nak angkat sikalang a?"
Haah.....Skalang pun boleh siap ka?
Heran pulak saya, cepat benar siap nya.
"Boleh ma...Kasi tunggu satu/dua jiam boleh ka? Kasi letak nombor bawah nama lagi manyak cantik maaa"
TQ TQ TQ....Suka hati tauke lah, asal baju tu siap.
So, what is your verdict?
Bukan tak bagi peluang tapi orang macam mamat tu dah buat duit saya macam tak laku.
Kan kalau orang gelar 'Bangsa Subsidi' tau pulak marah.
Betul, bukan semua macam tu tapi masih ada rupanya yg macam tu.
Cuba lah berubah sikit.

Tuesday, April 9, 2013
Semuanya di tangan Tuhan..
Semalam N3 marah marah.
Biasalah kan, emosional sekali sekala.
Hari ni tak marah marah lagi.
Bahaya marah2 ni, cepat tua nanti.
Sekarang ni kalau tak marah pun dah cukup tua dah.
Kalau duk marah2 lagi la bertambah purba wajah yang tak berapa muda ni.
Pagi pagi begini hati cool.
Alhamdullilahhh...Celik mata terus masuk office.
Dapur lah office tetap dan berpencen saya.
Buat tu buat ni..
Jadual padat.
Subuh jap lagi solat dan gets ready to go to my second work place.
Rutin harian.
Tak de masaalah langsung.
Smooth.
Balik nanti galas kerja rumah pulak.
Dah hafal jadual dah.
Kalau di fikirkan mcam mana lah yer,
Kalau lah satu hari saya di takdirkan tak sihat,
Sakit yg menghalang saya dari melakukan kerja2 harian saya,
Uzur yg panjang...
Siapa nak buat semua ni?
Atau akan bersawangkah segala kerja.
Mungkin berkulat lah rakyat jelata.
Termasuk saya, berkulat jugak.
Haishhh...Camna la nanti yer...

Monday, April 8, 2013
Payahnya bila tak ada sokongan.
Berasap kepala hotak.
Mamat mana punya kerja nih?
Dia ingat kereta saya ni daaaaaatok dia yg beli ke?
Dia ingat Bapak dia ke yg duk bayar instalment setiap bulan.
Wei, ni kereta saya tau.
Lima sen pun saya tak mintak duit awak tau.
Saya mintak duit hubby saya saja tau.
Hubby saya yg bayar instalment.tau
Hubby saya yg bayar road tax.tau
Tak tau?
Sekarang awak tau.
Habis tu,
Awak nape pandai pandai nak berkempen di kereta saya?
Ada awak mintak kebenaran dulu darihubby saya?
Ada awak fikir kemungkinan2 yg bakal saya hadapi dengan tindakan awak tu?
Ei tambi, esuk kalau awak tak bukak balik sticker yg awak tampal kat kereta saya tu,
Kalau awak tak mintak maaf kerana menceroboh hak persendirian,
Kalau awak tampal lagi ......
Jaga awak, saya balik rumah ngadu kat hubby saya...
"Benda kecik macam tu pun awak nak gadoh, biarlah, bukan terjejas apa pun, sana sini orang tampal gitu.."
Alamakkkkkk,
Dia ni pun satu lah, bukan nak sokong
Dari berasap terus terbakar.
Nyala batu jemala patek ni tuanku!
Mamat mana punya kerja nih?
Dia ingat kereta saya ni daaaaaatok dia yg beli ke?
Dia ingat Bapak dia ke yg duk bayar instalment setiap bulan.
Wei, ni kereta saya tau.
Lima sen pun saya tak mintak duit awak tau.
Saya mintak duit hubby saya saja tau.
Hubby saya yg bayar instalment.tau
Hubby saya yg bayar road tax.tau
Tak tau?
Sekarang awak tau.
Habis tu,
Awak nape pandai pandai nak berkempen di kereta saya?
Ada awak mintak kebenaran dulu dari
Ada awak fikir kemungkinan2 yg bakal saya hadapi dengan tindakan awak tu?
Ei tambi, esuk kalau awak tak bukak balik sticker yg awak tampal kat kereta saya tu,
Kalau awak tak mintak maaf kerana menceroboh hak persendirian,
Kalau awak tampal lagi ......
Jaga awak, saya balik rumah ngadu kat hubby saya...
"Benda kecik macam tu pun awak nak gadoh, biarlah, bukan terjejas apa pun, sana sini orang tampal gitu.."
Alamakkkkkk,
Dia ni pun satu lah, bukan nak sokong
Dari berasap terus terbakar.
Nyala batu jemala patek ni tuanku!
Sunday, April 7, 2013
Setiap kali nak pilihanraya saya dapat soalan cepumas.
Saya hanya pemerhati dalam diam.
Tapi hubby saya dari keluarga yang aktif berpolitik.
Tiba musim gini, soalan yg dia tak miss tanya kat saya ialah "Kalau saya masuk calon, awak undi saya tak?"
PRU ke berapa pun, ini lah jawapan skema dari saya.,
'Undi itu rahsia lah awak..."
Dah 30 tahun awak duk tanya soalan bermotifkan angan2 ni.
Tak bosan ke?
Awak tau tak,
Kalau awak masuk calon,
parti mana pun yg akan awak wakili,
saya tak akan undi awak tau!
Sebab nya?
Sebab nya saya ni hanya nak jadi isteri seorang kuli gomen, bukan politician.
Kalau saya nak jadi isteri menteri, dulu2 lagi saya kawin dgn menteri.
Itu pun kalau ada menteri yg nak kawin dgn saya laaa......
Kwang kwang kwang...!
Itu lah, sapa suruh tanya soalan cengitu?
Kan tak pasal2 dapat jawapan yg menghiris kalbu.
Tanya lah lagi kalau brani....
Dia berani
Esuk sah akan dia akan tanya lagi...
Huhuhuhuhuuu...Sungguh laaa., tak leh tgok org cenang lah awak nih.
By the way, saya tanya sikit boleh tak...
"Eh, parti mana yg nak calonkan awak nih, untuk PRU ke berapa? PRU20?..."
Eleh, buat2 tak dengar lah tu...

Saturday, April 6, 2013
Tak kaya dan tak susah hati punnn...
Poket dah semakin kempis.
Maklumlah tengah bulan dah ni.
Keinginan untuk berbelanja bukan nya semakin surut, sekadar KIV dulu.
Benda wajib beli sentiasa ada selagi hidup.
Yang wajib di dahulukan,
yg sunat beli tu nanti nanti lah.
Agaknya orang yang banyak duit pernah ke fikir macam ni?
Nak fikir buat apa dah duit melimpah ruah tak kehabisan kan?
Nak-Beli, nak-beli, nak-beli...
Dan kalau sesenang itu dapat benda yg di kehendaki, adakah benda tu di hargai?
Dah senang dapat, tak hargai sangat pun tak apa, kalau rosak, boleh dapatkan yang baru.
Kita yang kena fikir beratus kali untuk beli sesuatu yg di luar kemampuan tu, kalau dapat beli,
rasa nak simpan dalam peti besi..sayang sangat sangat, nak jaga betul2..
Penghargaan tu tahap 120%.
Macam mana lah rasanya kalau banyak harta yer?
Agak2 senarai 'perlu beli' tak pernah ada sebab tak sempat masuk senarai, terdetik rasa nak, beli terus.
Agak2 pernah tak mereka kira duit yang ada dalam beg tangan seperti yg selalu saya buat?
Agak2 bahagia tak mereka tu?
Saya ni bila dapat duit/gaji pun, bahagi, tolak dan kadang2 saja bab campur
Duit sekadar mencukupi, syukur kerana tak pernah kebuluran.
Tapi saya bahagia jugak.
Bahagia cara orang tak kaya.
Hari tu saya dan kawan2 keluar makan.
Niat kami nak lunch kat hotel tapi kerana hujung bulan kami pergi restoren saja.
Makan bukan main laju, sedap menjilat jari. dan siap gelak ketawa riuh kumpulan kami tu.
Saya rasa itu dah cukup bahagia buat saya.
Sama jugak la waktu keluarga saya pergi bercuti di tempat biasa2 saja.
Kami celebrate hari keluarga.
Ramai, meriah dan seronok sangat.
Terasa yg saya ada keluarga yg besar dan kawan2 yg ramai
Bukan tu bahagia nama nya?
Bahagia lah tu!

Thursday, April 4, 2013
Yanggg.....Ku sebut nama mu dgn ucapan Yanggggg.....
Yanggggg....
Yangg..Ku sebut nama mu begitu.
Oleh kerana dah lama benar mengenali mereka ni,
saya rasa saya boleh bagi tag sorang satu.
N3 ni khas buat kawan2 yang sama2 mencari makan di bawah satu bumbung
Ok ok...
Kita mulakan......
Yang....
Yang bisniz minded..Milah namanya
Yang sentiasa kalut..Yap namanya
Yang pelupa...Mimi namanya
Yang well descipline...Dar nama nya
Yang suka buat lawak..Auni nama nya
Yang lawa..Mah nama nya
Yang Muda jelita..Uya nama nya
Yang paling senior Kak Dah namamya
Yang bising.. Yam namanya
Yang Rajin Inah nama nya
Yang merendah diri..Pah(MakCu) nama nya
Yang sopan tutur kata...KakBah nama nya
Yang lurus...Wan Nor namamya
Yang mudah menangis...SueSu namanya
Yang Anggun..Rozan nama nya
Yang Tabah..Sheila nama nya
Yang suka masak...Ros namanya
Yang diam tak byk cakap..Tini namanya
Yang keibuan Wan Zah namanya
Yang sempoi..Sihah namanya
Yang buat ulasan selari...Zaini namanya
Yang Nampak garang...Zini namanya
Yang badan kecik suara besar...Rahimah namanya
Yang awet muda..Syam namanya
Yang cool sokmo..Wan norma nama nya
Yang kerja skema..Nija namanya
Yang bersabit dgn uji dan menguji..Nik Nor namanya
Yang tempat mengadu..Yah Kaunseling namanya
Yang low profile..Sharipah nama nya
Yang diam ubi..Fadhilah namanya
Yang 'walking encyclopedia'...Zie nama nya
Yang Sleeping beauty..Uz.Na nama nya
Yang sporting..Yeen nama nya
Yang kerja beres..Sah namanya
Yang tenang...Nah nama nya
Yang kumpul data..Ain nama nya
Yang ceria Rashidah nama nya
Yang nak kena ketuk atas dahi...Ticer Hani nama nya.
Ampun.....!
Kawan2 jgn marah yer,
saja jer, tak de pasal, cari pasal.
Wednesday, April 3, 2013
Agak2 menang tanpa bertanding kot.
Nak masuk calon lah.
Best jugak kalau masuk calon.
Fofular gitu tauuuu....
Agak agak kalau saya masuk calun ada tak yg undi saya nih?
Undi lahhh...Undi lahhh...
Calon apa?
Untuk parti mana satu?
Ish, bukan calon PRU 13 lah awakkk...
Calon Blogger Wanita Otai..
Kalau orang tak undi, sendiri sudah sedia maklum,
Memang otai pun...
Ke ada Blogger wanita lain yg lebih otai?
Saya hanya bergelar nenek, ke ada yg dah bergelar moyang?
Ada ke?
Kalau ada, nak tarik diri lah..
X jadi. Kansel!

Tuesday, April 2, 2013
Beza cikgu lama dgn cikgu baru.
Bila saya perhatikan dua orang guru pelatih di bawah bimbingan saya, saya terkenangkan waktu saya di tempat mereka 33 tahun dulu.
Takut.
Gemuruh
Segan
Serba tak kena kalau ada pencerapan/pemantauan.
Tambah2 kalau dapat pembimbing yang tak mesra alam macam saya ni
Gelabah semacam saja...
"Madam, That one girl over there is so out of control..."
Komplen Guru pelatih tu pada saya bila saya tanya kenapa ada murid yg tak buat tugasan yg di beri.
"What do you mean out of control? ".
Jangan risau, they are not out of control, they are being kids thats all.
"But Madam, Najwa always forgets to bring her colour pencils n that is why she is not doing the colouring"
Ok ok..Let me help you with this 'Najwa'
"Najwa, come here..."
Budak nama Najwa ni datang ke depan..Mencuka.
"Najwa, Where are your colur pencils?"
I asked her.
Looking straight in her eyes.
"I forget to bring them, teacher." Said Najwa.
"Najwa, where are your colour pencils?"
"Forget to bring."
"NAJWA, I SAID WHERE ARE YOUR COLOUR PENCILS?"
Najwa tunduk..
"Kat dalam beg..."
"Go and do your work, now!"
Settle.
End of problem.
"Wow Madam, how do you know that Najwa is not telling the truth?"
I smiled and replied...
33 years of experience dear, 33 years!"

Monday, April 1, 2013
Kelas malam sudah bermula...
Malasnya nak keluar hantar anak ke sekolah malam2 begini.
Kelas tambahan.
Adoii....
Bila kita tengok dia beria ia nak belajar,
kesian pulak.
Ni kes mak lebih malas dari anak ni.
Mungkin kerana saya dah seharian kat sekolah,
maka untuk ke sekolah lagi sekali di belah malam amat berat.
Tapi bagaimana pula dengan kawan2 saya yang mengajar kelas tambahan tu?
Tahun berganti tahun mereka duk curahkan bakti tanpa merungut pun
Saya hanya sekadar hantar anak dan ambik anak.
Pun dah bising dah, walhal tahun ni baru anak ada kelas malam.
Kata kawan saya yg saban tahun duk mengajar belah malam ni..."Kami bukan nak komplen pasal kena ngajar, kami memang sukarela tapi yg geram nya, mak bapak datang ambik anak lewat benar. Kami ni perlu pastikan semua murid balik baru kami boleh balik..Kadang tu jadi macam operator, cukup masa kena call baru datang ambik. Dah call pun kalau yg kat kedai kopi tu, mereka habiskan kopi dulu, yg sedang ulas topik2 hangat tu, tunggu tukar tajuk baru nak dtg ambik anak. Yang tertidor pun ada, yg lupa anak kat sekolah tun ada..."
Hehehe...Nak tergelak jugak, ada ke patut macam tu.
Kesian cikgu2 tu kan?
Ok lah, saya nak keluar tunggu anak saya depan sekolah dah ni..
Saya tak nak menyusahkan cikgu2 dia.
Terima Kasih cikgu.

Kadang2 benda2 ni buat kita serba salah.
Nak buang, tak sampai hati sebab di kira cenderahati.
Nak di simpan, dah berlambak lambak dalam kabinet.
Saya kira ada cara yg lebih baik untuk si pemberi dan si penerima.
Saya sebagai penerima seringkali serbasalah kalau yang di terima adalah ;
-Barang kaca seperti gelas hiasan kecik2
-Lilin hisan yg tak nyala2 kalau nak guna pun.
-Bekas/kotak/botol yg berhias cantik tapi tak berfungsi
-Gula gula yg betul2 gula, tak de rasa lain selain gula
-Hiasan entah apa benda yg memang cantik tapi bila dah banyak sangat tak tau letak kat mana dah
-Manik,gelang plastik dan toys
- krim,lotion dan alat make up yg kita tak pernah guna.
Tapi saya cukup suka kalau dapat cenderahati seperti ni,
-Biskut, kek, buah dan makanan ringan
-Tuala kecik2 boleh guna kat dapur
-Yasin, bila terkumpul byk sangat boleh sedekah kat masjid/surau.
-Sabun.
-Anak telekung..ni memang berguna
-Dompet
-Pewangi
-Key chain
-Photo Frame
-Sikat rambut/sepit rambut
-Stokin
-Set jahitan mini
-bekas plastik tak kira la tupperware ke biasa2ware
-Alat tulis
Benda murah pun tak semestinya orang tak hargai
dan
Benda mahal pun kalau dah tak ada kegunan tak dihargai orang jugak.
Pernah saya ke tempat kenduri dan diberi sampul yg cantik.
Kat dalam tu ada ucapan terima kasih dari tuan rumah dan foto pengantin.
Memang la cantik tapi saya nak buat apa dengan foto tu?
Serba salah saya laaa....

Subscribe to:
Posts (Atom)