Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, October 9, 2024

Sunday, September 29, 2024

Tu jer nak cakap


 

Cendol Abelie

Ni lah satu satunya yg memikat hati saya utk ke pekan rantau panjang.
Tapi akhir2 ni cendol ni dah tak sesedap dulu
Kacangnya tak lembut hancur gitu
Dah rasa biasa biasa, tak istemewa.

 Selain cendol sudah tidak ada apa yg menarik di sini.

Aiskrim Baba pun dah byk dijual berdekatan rumah saya. Tak payah dtg sini kalau hanya untuk makan aiskrim kelapa ni.

Pakaian? Tak murah mana pun..Beli online lagi murah.

Orang? Laaaaagi la saya tak undi. Orang sini yg saya pernah kenal tu tidak sebaik yg saya anggap. Saya pernah diingatkan pasal orang ni yg kuat berpura pura tapi saya tak percaya. Sekarang saya percaya. Dah kena batang hidung sendiri baru percaya. Dia buat2 baik dan mempergunakan kebaikan saya utk kepentingan diri dia. Serik. Tak payah kenal orang pekan ni lah. Sumpah tak payah!

Friday, September 27, 2024

Tak lama dah

Dah hampir siap
Rumah Kimi.
Siap nanti mereka akan pindah duk sini
Hati ibu tumpang bahagia.
Tapi terasa juga sedihnya.
Semenjak arwah suami saya tak ada, dia pindah dtg tinggal bersama saya
Menemani saya
Dah 6 tahun ada dia dalam rumah saya
Ada menantu
Ada cucu
Sekarang saya akan hadapi kekosongan.
Kosong ruang
Kosong hati
Tak apalah demi masa depan mereka saya redha.

 

Rezeki dia

Alhamdullilah happy sangat sangat.
Rezeki buat dia
Semoga perubahan ini akan membahagiakan kami sekeluarga
Bila anak happy, ibunya akan lebih lagi happy.
Tak sabar rasanya nak mulakan hari2 esuk dengan permulaan yang baru.
Semoga Tuhan bahagiakan anak menantu saya di  tempat baru nanti.
Semoga Tuhan juga lapangkan hati saya yang akan menghadapi bilik kosong yg selama ini dia huni.
Tak apalah demi kebahagiaan anak saya mengalah.
Kita akan baik2 sahaja nanti, InsyaAllah.
Share foto senyum.

Dalam hati hanya Tuhan yang tahu.
 

Wednesday, September 25, 2024

Dia sedang berduka


 

Mokcik ini

Mokcik ni suka tulis tulis..
Tulis apa saja
Kongsi cerita
Memori
Mimpi

Mokcik ni suka tulis tulis
Bukan tulis pasal orang lain
Hanya pasal diri sendiri
dan orang2 yg disayangi
Yg dekat di hati
Tulis juga pasal kucing
Semestinya

Mokcik ini suka tulis tulis
Nak baca, bacalah
Tak nak baca, sudah.
Hidup ini mudah.




YB

 Hari ni Yb2 nak datang rumah.

Kata meerka nak ziarah anak saya yg sakit tu.

Silakan lah

Kecil tapak tangan, airport peng chepa saya tadah.

Suka sangat kalau nak ada tamu.

Tapi....

Otak ni mula la pikir...

Nak jamu apa

Nak masak apa

Nak tempah apa

Nak beli apa

Saya ni pantang kalau orang datang nak di hidang teh kosong.

Meja kena bersusun makanan.

Makan ke tidak bukan soalnya.

Hospitality kena ada.

Pesan sokmo kat anak natu, tetamu itu kiriman dari Tuhan.

Datang membawa doa dan rezeki.





Berterima kasihla kalau orang nak dtg bertamu.

Rumah meriah.

Hati berbunga bunga.


Ahlan wasahlan...

Jejaklah di pondok buruhku

Bangsal kediamanku

Walau bukan istana bagi pandanganmu tapi bagiku itulah syurga duniaku.

Saturday, September 21, 2024

Tau pun

Dah tua la awakkkk....


 

Angkara Si dia

Cerdik jugak mereka ni
Bila terkurung di satu ruang, mereka merancang untuk membina terowong utk ke ruang seterusnya.
Ini pintu yg memisahkan ruang dapur basah ke ruang makan.

 
Satu pagi saya tgok byk kesan plastik bwh pintu yg di gigit olih mereka. Nak bina terowong tapi mereka tak tau yang pintu tu aluminium, bahagian plastiknya hanya sebagai lining.
Penat la mereka menggigit semalaman agaknya.
Gagal.
Rosak pintuku.
Wahai cik Si'T'...
Dah la, buat penat jer tu..Tak pasal2 gigi haus..Kalau nak tumpang duduk, duduk diam2..jangan merosakkan..Hadoiiiii!

Wednesday, September 18, 2024

Yg ku panggil 'Che'

Dia yg ku panggil Che.
Cantik
Manis

 
Tidak salah rasanya aku menumpang hadir si sini.

Tuesday, September 17, 2024

Cerita yg terhimpun

Memang dahclama sedar pun. Tau dah tua. Sedar dah nak menuju mati... Tapi sekali sekala otak masuk air lupa diri juga..Haishhhh, apala...

Dua bersaudara ni terbang bercuti ke Kuala Lumpur. Maka tinggallah mummy dgn seribu risau dan resah.
Sotong kurita bakar cicah sos ketumbar. Sedap! Lebih sedap kalau rakyat jelata ada di sini waktu ni. Makan ramai2 tentunya lebih menyelerakan.

 

Puisi pagi ni


 

Friday, September 6, 2024

Cats make me happy


 


Just let go


 

Hello

 Rupanya dah hampir 2 bulan saya tutup pintu dan langsung tidak menjenguk ke dalam...Hmm, rindu nak menulis lagi dan nak kongsi jejak kehidupan di sini semula. Tapi entah larat ke tidak, lebih tepat entah rajin ke tidak....

Apa apa pun pagi ni saya kembali di sini. Setelah sekian jam terkebil kebil mencari lena yang hilang saya buka semula blog..Mata masih gagah menyuluh walau jam dah pukul 4 pagi. 

Gud morning everybody. Ya, saya masih hidup, masih bernyawa..Syukur Tuhan masih berikan masa utk saya terus mengukir kehidupan. Alhdullilah.

Doakan saya ya...semoga sihat dan rajin utk menulis...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...