Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, May 31, 2024

Khas buat kamu

 Kamu

Yang bernama Pelangi

Kamu tidak jahat

Cuma aku yg bodoh.

Sekian terima kasih.

( Orang jahat yang memang terang2 nampak jahat tidak lah sejahat orang jahat yang semua orang puji dia baik, nampak baik dan berlakun baik)


Sunday, May 26, 2024

Cousins

Pertalian darah yg paling hampir selepas adik beradik adalah sepupu.
Kecik kecik dulu sepupulah teman bermain.
Walau jumpa hanya bila cuti sekolah, kami seronok luang masa bersama sama.
Sekarang masing2 sibuk dgn hal masing2.
Nak bertemu mata pun dah payah.
Nice to see u again Ju and Ola.
Panjang umur jumpa lagi.

 

Tetamu oyen



 

Friday, May 24, 2024

Selamat jalan Maklong

Semalam Maklong meninggalkan kita
Setelah sekian lama uzur terbaring sakit tua, maklong kembali ke ribaan Pencipta .
Maklong adalah kakak sulung mak saya.
Ini kali terakhir mak saya menziarahi maklong
Sempat lagi berbicara dan bersalaman mesra.
(Mak saya tak boleh duduk bersimpuh, terpaksa duduk di kerusi.)

Adik dan kakak
Sama2 dah tua dan uzur

Berpisah dunialah kamu berdua kini
Sayang itu tetap di hati
Hanya kiriman doa buat maklong
Tenang damailah di sana
Innalillahiwainnailaihirojiun

 

Monday, May 20, 2024

Tak pasal pasal


 Panjang cerita...haduhhhhh! Macam mana la boleh beg tangan maduk dlm mesin basuh..Dah la tak zip..bersembur keluar isi perut. Yang rosak, rosak laa..yang masih boleh di jemur tu kira Alhamdullilah.

Untuk pendekkan cerita begini lah bila dah tua..lupa, x peka, tak nakpak, gesa gesa dan mcm2 sbb. Redha jer la....

Friday, May 17, 2024

Jahatkah dia?

Tak pasal pasal serabut kepala otak duk fikir benda sama.
Sampai hati dia.
Ingatkan dia seorang kawan,
Rupanya dia hanya ambil kesempatan.
Dia tahu saya mudah untuk dipergunakan
Dia jahat kah?
Tidak, dia tidak jahat.
Hanya saya yg bodoh.
Saya berbuat baik pada orang yang salah.
Pengajaran.
Tuhan jauhi dia dari saya supaya saya tidak terus dimakan kawan.
Terima kasih Tuhan.

 

Selamat hari guru






 

Wednesday, May 15, 2024

Taraaaa.....!

Taraaa.....!
Taman mini saya dah siap susun atur nya
Penat susun itu ini
Letih
Sakit urat dawai tulang besiku.
Hang kebun pun nak juga posing.
Ada sapa2 nak pakai Hang kebun tua?
Bayaran agak mahal dan makan mesti ikut selera Hang kebun.
Sanggup?

Monday, May 13, 2024

Hari ibu

Marin hari ibu yg disambut oleh kaum lain selain dari yg beragama islam.
Bagi saya, hari ibu adalah tiap2 hari.
Apa maksud ibu dan siapa yg berhak guna tittle ibu?
Siapa yg patut dpt penghargaan sebagai ibu?
Ibu bukan hanya mengandung dan beranak saja.
Membesarkan dgn penuh kasih sayang itu baru sejati ibu.
Ada yg tidak melahirkan tapi dia membesarkan.
Ada yang melahirkan tapi dia buang anak.
Ada yg tidak punya anak tapi sanggup jaga anak angkat dgn baik
Ada yang punya anak tapi dera anak2 mereka
Ibu
Mak
Bonda
Mama
Mummy
Apa saja gelaran mereka 
Mereka tetap insan terpilih.
Awak rasa awak berhak dpt penghargaan tu?
Berhak tak?

 Ini kucing saya. Namanya Datin. Beranak 4 ekor, mati dua. Dia sayang anak dia. Kucing pun tau marah kalau kita usik anak dia.ini lah sebenar2 ibu. Malula kalau kita manusia takleh nak jaga anak sendiri melainkan ada sebab2 yg tak dpt dielakkan...

Selamat hari ibu Datin.

Sunday, May 12, 2024

Saturday, May 11, 2024

Friends

Kawan
Teman
Sahabat
Panggillah apa saja
Yang pentingnya keikhlasan
Lama atau baru kenal
Tak kira.
Janji kamceng
Sekepala

Kawan menangis dan ketawa
Jangan kawan makan kawan dah.

Kawan yang faham jiwa
Kawan yang tidak meninggalkan kita di waktu kita susah

Maaf jika wajah kamu tidak terakam di sini
Bukan lupa kamu tapi foto2 bersama kamu tidak ada dalam simpanan..
Kalau ada pun kena cari gali dulu..
Tu kes lama tak jumpa la tu..
Terima kasih kerana menerima saya seadanya. 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...