Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, September 30, 2020

Tempat mengadu

 Akhir akhir ni acap hinggap di telinga saya cerita pelik2.

Cerita pasal hubungan sesama manusia yang tak menjadi 

Cerita suami isteri yg makan hati

Adik beradik yang bercakaran.

Mertua menantu yang naik hantu

Perang antara jiran.

Bagi kita yg tadah telinga ni, semua nampak macam ada jalan penyelesaian.

Seperti masaalah tu tak tersimpul pun, boleh di leraikan lagi.

Benda mudah saja.

Sebab nya kita hanya mendengar bukan merasai.

Senang la kita nak post mortem cerita mereka.

Kalau setakat nak ulas dan letak silap di bahu siapa semua orang boleh buat.

Tadi saya menangkap satu cerita yg menarik walau pelik.

Cerita tentang hati yg tak mungkin akan ada penamat yg membahagiakan.

Saya tanya kenapa perlu teruskan bila tau tak ada masa depan.

Kenapa tak noktahkan sekarang sebelum lebih banyak pedih mencakar hati nanti..

Jawapan dia cukup buat saya terganga.

Kata dia..

" Tak tahu nak putuskan macam mana sebab hati masih nak teruskan"

Senang bagi kita cakap alah, stop jer. Get a new life people!

Hati.

Tu penyebab jadi payah nak buat keputusan.

Sekepal anggota dalam badan yg menguasai seluruh jiwa raga.

Soal hati memang merumitkan.

Jadi..panjang2 saya cerita ni saja nak cakap.

KALAU DENGAR MASAALAH ORANG JANGAN CEPAT NAK MENILAI, MENGHUKUM ..

DENGAR SAJA.HULUR BAHU UNTUK MEREKA REBAHKAN DUKA CUKUP LAH.

BERSIMPATI DAN MEMAHAMI.

CUKUP LAH BEGITU.


Tuesday, September 29, 2020

Mata buat hal.

 


Bila ngantuk tak kena masa ni satu masaalah juga.

Punah jadual tidor sejak kebelakangan ni

Tak tau kenapa jadi saya salahkan usia saja lah.

Mata ni buat hal sungguh.

Lepas asar jer mula mengantuk, walhal tu masa paling tak bagus untuk tidor.

Tengok jam dah kul 6, mata berat sungguh.

Niat nak lelap sekejap sahaja, letak kepala di bantal, terus padam...

Sedar2 dah kul 7

7 apa ni..7 pagi ke 7 petang?

Mulalah gelabah tak pasal2, mcm hilang arah pulak.

Puas pikir ni baru nak pagi ke dah senja..konpius wei.. mamai.

Ada ke patut terpikir dah solat subuh ke belum ni, macam dah nak cerah tanah..

Macam orang tak betul, puas fikir pagi ke petang, pagi ke petang...

Lama jugak la nak pulihkan ingatan dan beritau diri sendiri..relax Hani relax..tarik nafasss,hembuss.

Kan dah mendapat, tu pasal la org dulu2 larang tido waktu nak senja.

Bukan sekali wei, acap macam ni..

Kalau orang tengok memang boleh jadi joke of the day.

Agaknya saya sorang ke alami peristiwa begini?

Pernah terbaca satu artikal luar negara.

Seorang pengkaji alam mistik bercerita pasal 'twilight zone'.

Waktu twilight zone ni kita di alam lain, hilang dari alam nyata sekejap dan di pulangkan semula seperti mimpi.

Kerja setan iblis tuh.....Serius takut weh!




Monday, September 28, 2020

Masih ada sisa rindu itu.

Kita bertemu 

Setelah berkurun terpisah

Setelah kita pulangkan hati dan

kuburkan ingatan.

Terasa janggal dan kekok.

Cuba berpura pura bersahaja

Sedangkan gemuruh perasaan melanda jiwa.

Kita bercerita tentang waktu yang tertinggal.

Kau hitung sibuk nya hari mu dan

Aku bilang saratnya tuntutan harian ku.

Sekali sekala kita kongsi jenaka lama.

Kau gelak dan aku tersenyum 

Sempat ku intai redup mata mu,

masih seperti dulu...

Selamat tinggal, aku perlu berundur.

Terima kasih kerana tidak ada benci.

Sewaktu berpisah tadi,

Kita beria ia ....

Cuba menangkap semula

rindu lama yg terbebas tanpa sengaja. 

Sunday, September 27, 2020

Resipi lapar.

 Bila lapar segala pun nampak sedap.

Perpatah cina ada mengatakan yang " lapar adalah sos yg paling enak"

Betul sangat lah..

Cuba makan roti kosong masa dah kenyang.

Nak habiskan semulut pun payah, nak telan pun tekak tak nak terima.

Tapi bila makan sewaktu ada sos 'lapar'...

Roti kosong pun rasa manis bersira, laju jer telan.

Begitu lah kita manusia ni.

Lapar dan selera itu bergandingan.

Kalau dah kenyang selera pun mula menipis.

Tengok makanan dah tak menyelerakan kalau perut dah berisi.

Bagi si lapar cuba masakan apa pun mesti cakap sedap.

Malam tadi saya kelaparan sebab tengah hari tak sempat lunch.

Sibuk dan kalut entah hapa hapa.

Jadi malam nya pesan kat anak suruh belikan chicken chop kat pasar malam.

Bila buka bekas polistrin berisi chicken chop tu terkejut juga.

Apa benda la orang tu jual, tak ada rupa chicken chop langsung!

Padan la murah..

Tapi kerana saya dalam keadaan lapar peringkat gaban, saya telan jer.

Habis juga sebekas walau jauh dari sedap!

Laju saja mulut mengunyah dan tekak menelan.

No complaint.

Dah Kenyang dah....Baru boleh complaint.

Wahai si penjual punnnnn...

Lain kali jangan la ikut sedap jer letak nama chicken chop bagai.

Kesian pembeli.

Dari mana la kamu belajar masak ye..resipi siapa la tu?

Kamu ingat semua orang yg beli tu kelaparan macam aku ke?

Sanggup telan hasil jualan kamu yg begitu?

Kamu ingat bila murah boleh buat apa saja, x sedap pun tak apa?

Lain kali aku tak beli dah kat situ.

Lapar ke kenyang ke memang tak nak beli dah.

Kecuali kamu tukar resipi.

Berniga kena jujur dik.

Hmm...rugi tak snap photo dulu chicken chop malam tadi.

Mana sempat rakam gambar pun, lapar sangat kannn...

Sedap tak sedap masih bersyukur dapat makan dan hapuskan lapar.

Bersyukur tak kebuluran mcm kat negara yg bermasaalah.

Alhamdullilah. 

Saturday, September 26, 2020

Dalam pertimbangan

 Berani kah menanggung risiko?

Sanggup kah?

Benda dah terang terang salah tapi nak buat jugak.

Alasan2 yang hati bina tu hanya untuk menyedapkan rasa.

Memujuk diri supaya setuju dan kurangkan rasa bersalah.

Tak bagus sebenarnya kalau saya teruskan juga.

Sangat besar kemungkinan untuk diaibkan kalau silap langkah.

Reputasi yg selama ini terjaga akan tercalar.

Mana nak letak muka nanti?

Tau.

Takut.

Tapi degil.

Kalau ada ubat boleh saya telan supaya saya ubah fikiran, saya nak telan sekarang jugak.

Macam mana nak pujuk hati supaya berundur dan mengaku kalah?

Kalah itu menang sebenarnya.

Undur itu pencapaian yg membanggakan.

Pastu?

Entahlah....

Takut nak hadapi kemungkinan2 nanti....


DI AKHIR USIA BEGINI DAH TAK NAK DAH DRAMA2 DALAM HIDUP NI. NAK TENANG DAMAI MENUNGGU SAMPAINYA AJAL. TAK LAMA MANA DAH PUN.

Friday, September 25, 2020

Tua itu menyeronokkan


Yang hidup semua ke arah tua..
Pasti tua kecuali pendek usia.
Seronok apa, jadi tua. 
Sempat juga merasa usia separuh abad. 
Sempat merasai kulit mula berkedut dan uban mula meriah di kepala.
Semoga Tuhan sentiasa memudahkan urusan hari tua kita
Semoga Tuhan berikan kesihatan yang baik supaya tak nyusahkan orang lain.
Semoga Tuhan murahkan rezeki agar kita tak perlu meminta minta.
Semoga Tuhan letakkan kita dekat dengan orang2 yg kita sayang dan sayangkan kita.Semoga Tuhan pelihara kita sebagaimana Tuhan telah memelihara kita selama ini, sehingga akhir usia tetap terpelihara dari segala dugaan yang tak mampu kita tanggung..

Hanya pada Tuhan tempat kita menyerahkan nasib dan masa depan.
Aaminn.... Aaminn....Aaminn

Thursday, September 24, 2020

Harap2 sempat jadi yg lebih baik.

 Penat lah kalau selamanya macam ni

Tak boleh jadi ni

Kena ubah, kena berubah.

Cuba berubah.

Dari yg tak bagus agar lebih bagus.

Dari yang jahil semoga hati menerima ilmu.

Siapa tak nak jadi baik kann?

Saya berjanji pada diri sendiri akan lebih berusaha.

Semoga masa masih ada.

Nyawa pun tak dah banyak mana dah.

Harap2 cukup lagi untuk beri peluang untuk perbaiki diri.

InsyaaAllah.


Tuesday, September 22, 2020

Panadol mana?

 Kan dah tak sihat ni...

Sehari dua kebelakangan ni saya terlebih aktif kot.

Ke hulu ke hilir dari pagi tau tau senja.

Memang la bila buzy saya happy, kurang sikit duk dera otak.

Jumpa kekawan semua buat hati terhibur.

Tapi kerana saya ni bukan sihat mana akhir2 ni,

terlebih sibuk ni dah mula buat saya uzur.

Kepala pening

Rasa nak demam

Lesu

Dah tua kannnn, mana boleh terkejar kejar macam orang muda.

Kena cool....take my time ...relax....

So today I am going to stay in bed.

Manjakan diri sendiri, rawat diri sendiri.

Makan ubat,duk diam2 dan rindukan orang yg perlu dirindu saja.

Last sekali tidor.

Monday, September 21, 2020

Tok bali

 


Dulu cantik pantai nya.

Semalam saya singgah terkejut tengokkan suasana.

Kotor tu satu hal.

Ada pembinaan saluran paip besi yang besar gedabak disepanjang pantai.

Ada dua.

Yang satu lagi tu pulak hitam, mcm kabel gitu

Merosakkan pantai yg dahulunya cantik.

Di muara kuala pula ada jentera sedang mengaum dan menyakitkan telinga.

Nampak macam ada kilang ke apa tah di pantai belah sana muara.

Menyesal singgah

Membazir jer beli minuman dan satar

Nak makan pun tak lalu.

Kalau itu lah yg dinamakan pembangunan, sangat2 tak betul.

Tak payah bangunkan apa2 di situ...biarkan alam semula jadi terpelihara.

Orang datang pantai nak hilangkan stress, ni tidak.

Tambah stress ada.




Sunday, September 20, 2020

Budak tecik


 Nama saya Adrian.

Jenmommy panggil saya Ian.

Saya suka main air.

Jenmommy pun suka main air jugak.

Tengok la happy nya saya kalau jumpa air.

Jenmommy tangkap gambar saya tanpa seurat benang di badan.

Seksi tau!

Gi jauh jauh....Saya nak sambung main air nih.

Jenmommy pun sedang main air juga cuma tak tangkap gambar saja.

Jenmommy kata tak boleh tangkap gambar orang tua dengan pakaian basah kuyup.

Finas tak lulus untuk tayangan.

Bukan seksi tapi seksa mata nengok nya.


Saturday, September 19, 2020

Simpan di sini

 


Detik dan waktu

Tidak menunggu kita

Bila usia dah se purba ini

Terasa kematian menggejar hampir sangat dah.



Tapi masaalah nya,

bila jumpa kawan zaman persekolahan mula jadi budak semula.

Teman zaman main pondok2 dan main masak2.

Sahabat di zaman harta yg ada hanya sebatang pencil dan sebuku pemadam.

Hiburan di usia begini adalah bila mengimbau kenangan lama.

Gelak tawa bila cungkil balik kisah cinta pertama 

Kisah tak buat kerja sekolah, kisah kena denda..

Aduhhh.....masa tak kan berulang kembali.

Hari ni kita cipta kenangan baru untuk kita kupas esuk2.

Friends won't let you do stupid things alone, they do it with you.

Friday, September 18, 2020

Dengan apa ku bina istana?



Sudah terbina istana pasir
Walau rapuh, walau menunggu runtuh,
aku terus mengukir lebih banyak tiang harap.
Memasang mimpi di rabung benak.
Memahat, mengukir rasa di setiap jendela.
Istana pasir ku yg kelmarin,
telah ditelan ombak
Yang tinggal hanya
pusara janji berkubur di kaki
Aku sekali lagi memperajakan bodoh ku
Membangunkan semula mahligai mimpi
Diwaktu bintang mengejek sepi sang bulan.
Ketika mentari mencuri cahaya pelangi
Istana angan ku ini
akan mula mengumpul retak
dan hati bagai diramal,
bakal pecah berderai.
Bakal hancur berkecai.

 

Thursday, September 17, 2020

Orang ni cari penyakit nih

Sumpah saya tak kenal siapa ni.
Saya dah tak tau apa yang ada dalam kepala dia

Betul lah nampak dia happy .
Tapi sebenarnya ada ribut perasaan didalam.
Benda mudah saja sebenarnya.
Sepatutnya dia dengar kata saya
Ikut arahan saya
Tapi dia ni degil
Saya dah penat cuba larang dia tapi dia menang dan saya kalah.

Saya hanya doakan dia tidak temui kecewa.
Semoga tidak menanbah luka yang tersimpan sekian lama
Semoga dia baik baik saja.
Asal dia bahagia dengan keputusan nya.
Hidup in Payah nak atur ikut apa yg kita nak

Kita terpaksa berenang untuk tidak tenggelam walau pun kita tak reti nak terapung sekali pun.

Kita terpaksa hadapi kemungkinan untuk terhiris luka bila kita pilih untuk bermain dgn pisau yg tajam.

Kenapa kita siksa diri dengan memilih jalan hidup sebegitu?

Jawapan nya..TAK TAHU KENAPA.

Pesan akhir saya pada perempuan yg tersenyum di dalam foto2 di atas ni.

Bersedialah untuk hadapi segala kemungkinan.

Saya doakan segalanya baik baik sahaja sampai ke akhir usia....


 

Wednesday, September 16, 2020

Sesungguhnya.

 

Pandai lah menipu..

cakap lain, di hati lain pulak.

Saya tumpang seronok dengar awak dah bahagia.

Saya tak nak calarkan kebahagian awak tu

Takper, saya okey jer macam ni.

Betul ke begitu?

Tipu orang lain boleh aja.

Tapi nak menipu diri sendiri tu payah.



Tuesday, September 15, 2020

My mistake.

 Now what have I done?

Common Hani, why the h*** did you do that?

Huhuhuhuuuuu....!

I'm sorry k, so so sorry. 

Thousand apologies.

I just could'nt help it.

I know I should'nt but if I could I avoid it I would.

I make a big mistake, please forgive me.

God knows how bad i am feeling right now.

I hv hurt you, hurt your feelings with my doings.

Please, forgive me and please listen carefully.

Nor, I hv no intention to interfere, to mess things up or to rob your happiness.

No, I wont do that to a friend. Never.

Ok ok..you hv the right to be mad at me.

Please do if it makes you feel better.

I take the blame. Stupid me. Foolish me.

You can hate me too but Nor,

I will always be here for you like always.

I am not your enemy I am your friend.

So sorryyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!




Monday, September 14, 2020

Konon2 nya...



Dah lama sangat tak keluarkan peluh.
Maka satu pagi tu saya ke Tmn Tg Anis.
Niat nak briskwalking lah.
Konon konon nya macam tu.
Sampai sana orang dah ramai.
Maka berjalan lah saya macam itik pulang petang.
Niat nak laju sikit
Tapi niat tinggal niat.
Terasa 'tua' telah merantai langkah.
Tak larat la...
Sakit urat betis la..
Mengah laa
Tak sampai separuh jalan saya cari bangku.
Rupanya....
Jauh sedap duduk2 dari beriadah.
Saya duduk di bangku itu tengok orang.
Kaji orang
Nilai orang
Kerja free tanpa gaji.


Pastu bila nak berpeluh ni?
Takyah lah.
Balik goreng nasi, 
lagi banyak keluar peluh bersilat di dapur.
Jom !


 

Sunday, September 13, 2020

Adrian main pasir


 Lihatlah cucu

Butiran pasir yg lekat di jari mu.

Hanyut bersama masin air di kuala.

Hilang nya tak kan mengurangkan

jutaan  pasir2 lain..

Hanya kerana segenggam pasir 

di telapak tangan mu,

tidak merubah pantai,

Kau baling ke laut,

pantai tidak hirau.

Pantai tetap pantai selagi ombak singgah

Tiba2 sebutir pasir hinggap di mata mu.

Kau menangis, pedih terasa.

Sebutir pasir halus mampu menghalau tawa mu.

Pasir.

Sebutir pasir itu mungkin tidak mengubah pantai

Tapi sehina hina pasir.

Mampu mengganggu tenang mu dengan semudah itu.




Saturday, September 12, 2020

Biarlah rahsia

 Biarkan aku di sini saja

Di penjuru yg paling jauh.

Tumpangkan damai ini

di sudut bahagia mu.

Aku ini sebenarnya

Bukan meminta minta

Sudah cukup puas walau

tanpa apa apa...

Tinggi nya bulan 

Tak tercapai tangan.

Cahaya menitis tiris di celah jari.


Friday, September 11, 2020

Waktu bersama mu

 Marin saya share waktu2 bahagia yg terakam bersama keluarga..

Hari ni masih duk menggali foto2 lama.

Hari ni kongsi senyum bersama kawan2 pulak.

Ada wajah yg telah lama saya tak jumpa, ada yg dah menghilang terus.

Tapi ingatan tetap serupa, ingat sampai bila bila.

Simpan kenangan di sini.











Foto bawah ni tak pernah gagal buat saya tersenyum



Thursday, September 10, 2020

Suka dan duka.

Suka
Simpan sebahagian detik suka gembira di sini.
Tersenyum sorang sorang setiap kali ulang tengok.
Terima kasih Tuhan atas bahagia ini

Suka

Suka

Suka

Suka

Suka

Suka

Suka

Suka

Suka

Suka



Suka

Suka

Suka



Suka

Suka




Foto duka?
Biarlah yang duka ku simpan dalam album kenangan.
Biar hanya ulang siar di dalam fikiran.
Duka itu milik ku.
Hanya aku dan Tuhan saja yg tau.





 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...