Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, September 30, 2013

Awak bila nak mati?

3 soalan yg paling tak patut untuk kita tanya.
Kita Si penanya tak pernah ke fikir perasaan orang yg di tanya.
Malah lupa kah kita bahawa soalan ni tak sepatutnya kita tanya pun.
Mana lah ada jawapan bagi soalan2 ni, jadi kenapa tanya?
1. Bila nak kawin?
2. Bila nak dapat anak?
3.Soalan ketiga ni memang tak ada siapa yg tanya, BILA NAK MATI?
Haaa...Betul lah tu, hanya Tuhan yg tau bila nak mati.
Sama lah dgn soalan no1 dan no2 tu..
Hanya Tuhan yg tahu jawapan nya.
Saya cukup kesian bila seseorang di asak dgn pertanyaan bila nak kawin, bila nak beranak...
macam lah kuasa di tangan kita untuk putuskan bila.
Jodoh dan rezeki tu kan Dia yg tetapkan.
Mangsa soalan begini biasanya mereka yg dah berusia tapi belum kawin dan yg dahkawin lama tapi belum ada cahayamata.
Rasa nk ajar orang yg ditanya begitu supaya jawap balik soalan Si penanya tu, tanya balik,
"Awak bila nak mati?
Baru padan muka dia, suka sangat nak tanya soalan yg hanya Tuhan ada jawapan nya! 
Buat kawan saya yg bernama dot dot dot dan xxxxxx,
Saya faham kenapa muka awak merah bila ditanya begini depan ramai.
Sabar lah dengan orang2 yg mulut tak ada zip.
Senyummmm...tak perlu kata apa2 sebenarnya.

Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan, hanya Dia yg tentukannya

Berserah diri pada Dia.

Subuh ini adakah lebih baik dari Subuh sebelum nya..
Adakah Dhuha akan menemui ku sekejap lagi?
Suam kah mentari pagi nanti atau
berselindung malu di balik jerebu?
Sekiranya ajal ku mengetuk ngetuk di pintu.
Ku persilakan ia bertamu,
Kerana janji Tuhan,
tidak akan lewat sedetik pun nafas ini akan di pulangkan.
Tidak juga di percepatkan.
Cukuplah kehidupan ini,
tidak ku pinta di heret lebih panjang.
Pahala dan amal kebajikan,
ku harapkan sudah terkumpul
Sudah tersediakah hamparan tidur baldu di ruang terindah itu..
atau pun sebaliknya tidak siapa yang tahu,.
Jika lah hanya dosa ku yg bertimbun,
menyambut kepulangan itu nanti,
aku lah di antara orang yg rugi.
Kehidupan di sini tidak ku manafaakant.
Dosa tebal yg tidak terhakis mengheret ku,
ke tempat yg tidak sanggup ku huni
Bekal pahala yg sedikit mungkin tidak melayakkan aku
menghampiri Jannah mu...
SubhanAllah....
Tuhan sekelian alam,

Sejadah itu masih panas dengan haba simpuh ku.
Wuduk masih membasahi rambut.
Sementara menunggu untuk sujud yg seterusnya,
aku amat berharap,
Ajal itu belum sampai di tangga.
Aku perlu terus berada di sini,
menadah tanggan memohon simpati Mu,
,Kerana aku sedar diri ini hanya lah
seorang insan pendosa.

.

Sunday, September 29, 2013

Nampak lain macam benar lah...

Saya tak sedap hati.
Kalau saya luah pun tak ada orang yg akan faham.
Tak apa lah, saya nak lihat dulu.
Semoga anggapan saya salah.
Semoga segalanya tak seperti yg saya rasa.
kadang kadang,
Diam itu lebih baik dari berkata kata.
Ok, zip mulut dan buka mata.
Tua2 ni dah kaya pengalaman hidup,
Terkilas ikan di air, sudah saya tau ikan tu ikan pesen mana.
Kalau ikan buntal sah lah beracun....

Kita tunggu saja keputusan dari Tuhan

Setiap pagi saya akan tengok kalau2 ada perubahan baru bagi dia.
sudah boleh pandang saya ke..
Sudah boleh bersuara ke..
Sudah boleh gerakkan anggota badan ke...
Saya pandang dia, tatap wajah dia lama lama.
Apa agaknya yang dia rasa sekarang...
Sakit ke,
lenguh sana sini ke..
ke dia di alam yg berbeza di mana dia amat tenang di sana..
Saya tertanya tanya,

Dia nak ke kembali seperti sedia kala?
Atau mingkin kah,
dia mahukan yg sebalik nya..
Apa sajalah perancangan Tuhan.
Saya terima.
Asal anak saya tenang dan bahgia,
di mana jua tempat nya,
saya redha.
Pagi ni selepas subuh saya tengok dia tidak tidor.
Mata berkelip2 seakan sedang berfikir..
Ja, tak payah fikir apa apa,
Kita dah berusaha,
kita serahkan saja segalanya pada Dia.
Dia yg menentukan segalanya.

Saturday, September 28, 2013

Dia perlukan saya sebenarnya

Dah acap kali Anis duk ajak saya keluar.
yer lah, dulu2 saya lah yg memenuhi segala keperluan dia.
Semenjak kehidupan ini berubah, dia lebih banyak urus sendiri segalanya.
Seboleh bolehnya dia tidak mau menyusahkan saya.
Tapi agaknya hati seorang kanak2, macam tu lah.
Saya faham, dia membesar dengan kesepian.
Saya terpaksa focus pada masaalah semasa
dan dia hanya di layan bila saya ada masa luang
Apa daya saya?
Tapi hari ni saya dah janji pada Anis.
Kami akan keluar biar pun sekejap.
Jom Anis, kita tawaf shopping komplex,
Kita makan2 dan kita cuba ubat hati.
Biarlah, saya tahu hati saya payah untuk diubati,
memadai lah hati anak bongsu saya ni terubat.
Maaf lah Anis,
Mummy bukanlah mummy yg terbaik dikehidupan Anis ini,
tapi anak2 mummy adalah anak2 terbaik buat mummy.
Mummy cuba hari ni ok....

Friday, September 27, 2013

Manis itu sedap!

Kalau di lahirkan semula saya tak nak dah jadi saya,
Saya nak jadi semut.
Makan gula tapi tak kencing manis.
Saya ni suka kueh tradisional yg manis manis.
Suka pastry, puddings, cakes, cookies,chocolates and ice creams.
Suka semua makanan manis.
Sekarang ni dah berusia mcam ni, takut nak makan byk sangat.
Tskut di hinggapi penyakit kencing manis nanti.
Hati nak makan yg manis2 saja, mulut nak juga tapi minda larang.
Kadang2 orang sebelah larang, nyampah betul!
Tak best la asyik kena saman jer kalau termakan manis lebih dari kuota.
Nak makan pun kena sorok2...
Agaknya mereka yg dah ada kencing manis tu jeles kot,
tu pasal lah duk tegah saya dari duk telan gula lebih.
Best kan jadi semut,
boleh makan manis banyak mana pun.
Nak jadi semut hitam, tak nak jadi semut merah yg menggigit tu.
Satu lagi sebab nak jadi semut.
Ramping!
Hehehehee...

Tepuk dada tanya minda...

Kadang kadang ada benda yg saya tak berapa setuju.
Tak suka.
Tapi saya payah untuk say 'No'.
Tak reti.
Terpaksa angguk walau rasa nak geleng.
Ini lah masaalah saya.
Bila macam ni mula lah saya memendam rasa.
Kadang kadang ada orang yang saya tak berapa 'ngam'
Tak suka
Tapi saya susah untuk benci orang.
Tak reti
Terpaksa lah senyum walau rasa geram
Ini lah masaalah saya
Bila macam ni mula lah saya rasa tak selesa
Kadang kadang saya ada rasa berkecil hati
Tak di hargai
Tapi saya pendam diam menangis di dalam
Tak daya.
Terpaksa terima segalanya seadanya
Ini lah masaalah saya.
Bila macam ni mula lah saya rasa tak nak jadi saya
Kadang kadang ada juga cebisan bahagia
Tak pernah lupa,
Tuhan sentiasa ada buat saya..
InsyaAllah dalam susah ada senang
Inna Maal Usriyusra,
Wainna maal usriyusra..
Ini lah penawar hati saya.
Bila macam ni mula lah saya rasa kerdil nya saya di sisi Nya,

.

Thursday, September 26, 2013

makan rajin, cuci malas.

Yang kat bawah tu puding roti yg masih berbaki sikit lagi.
Hari ni puding berasaskan roti jugak.
Selagi tak habis roti ni, selagi tu lah kena masak masakan berasakan roti.
bezanya hari ni tak bakar dan guna agar2.
Sejukkan tekak bila makan.
Cuma nak ingatkan satu jer.
Siapa makan last, tolong keluarkan bekas kosong dan masukkan ke dlm sink.
Tengok saja lah puding roti semalam tu..
Semua orang takut nak habiskan,
takut kena cucui bekas lah tu..
Tau, taktik lama tu..bukan tak biasa,taktik basi.
Tak makan bebel suruh makan.
Bila makan pot pet pot pe jugak.
Macam mak nenek lah.
Memang mak nenek punnnnnnnnnnnnnn...!

Rasa nak kena stapler mulut bergincu tu...


Ja masih macam tu,
in facts now limbs dia getting stiffer.
rather worried about that but what to do?
The fisio team is here trying their best.
But after 4 months of limited movement,
that is how she is right now.
Tayar kereta pun jam kalau tak gerak kannn..
Now I noticed that she sweats a lot.
Kalau malam dia berpeluh peluh.
Nafas pun keras dan nampak restless masa tu.
usually semua tu subsides bila dia mula tidor.
Stiffness pun kurang time tidor.
She sleeps like a princess.
One more thing,
Do you know that she is aware of a simple touch?
sentuh sikit, dia dapat rasa.
her sense of hearing pun improving.
Tak leh ngumpat depan dia lah, dia dpt dengar.
Ja, yesterday ada tamu cakap depan2 Ja,
cakap Ja will forever jadi vegetable.
Ja will not improve at all...
Dia siap cakap yg dia tak sanggup kalau berada di tempat mummy.
Di gelarnya mummy 'org paling malang yg pernah dia jumpa'
Nasib baik Ja sabar kan,
Nasib baik mummy pun sabar.
(Dlm hati rasa nak halau dia balik jer)
Ja diam jer...
Mummy tau Ja tunggu masa nak ketuk orang tu.
Go ahead, ketuk lah,
I will be the happiest mum if you were to clench your fist
and Dush! Dush!
bagi sebijik!
Apa susah, kalau Ja stay this way pun bukan dia yg urus Ja.
Mummy don't mind at all so why bother?
Mummy geram nak cakap
" Eh bab mati ni, awak yg sihat tu mungkin mati lebih dahulu dari dia pun mana tau"
Sedap mulut jer nak kira tarikh mati orang!


Wednesday, September 25, 2013

Elakkan dari membazir

Roti satu paket tak luak.
tak nak membazir,saya buat 'Puding Roti Bodo'

 
Pun tak luak jugak.
laaaagi banyak benda yg membazir,
bukan setakat roti jer,
Telur
Susu
gula hangus
vanilla
Fruit Cocktail
kismis
Bazir tenaga tak kira lagi.
bazir gas, bazir air dan bazir yg paling ketara,
Bazir suara lah.
Kan pagi2 dah membebel
Betul awak,
Budak2 ni kalau kueh yg bodo2 bukan di pandang pun,
Dah la penat masak,
mummy penat pulak nak habiskan nya nanti.
Huhuhuhuhuuu.......!.


Ikan Siakap free terakhir buat saya.

-Nie nak ikan siakap fresh dari laut?
-Nak.
 AbeWi gi mancing lagi ke?
-A'ah..dapat banyak ekor semalam.
-Kak Pah tak marah awak buang masa mancing?
-Tak pun.Janji bawa balik ikan hebat2..
-Slalu lah dapat ikan?
-Tak jugak, kalau tak dapat, saya beli jer kat Pasar Tok Bali,.Kak Pah mana tau.
-Pandai lah awak yer....

Heran sungguh.
Kaki pancing ni buat apa saja asal jgn di larang kuar memancing.
Panas ke, malam gelap gulita ke, tak jadi masaalah.
Berjam jam..Sabar...Tekun...
Kak Pah, meh sini nak cakap,
lain kali kalau Abe Wi balik bawa ikan, cer tanya dia berapa sekilo?
Dia beli tu....
Dan Abe Wi,
Thanks for the fresh fish.
Sory, mulut bocor, dah pecah rahsia pun....
Nak tanya sikit, dah terpecah rahsia tu, ada lagi tak ikan fresh buat saya esuk2?
Tangan yg memberi tu lebih baik dari tangan yg menerima...
Tangan terima jer AbeWi, mulut tak leh simpan rahsia nak buat cam na kannnn....

Tuesday, September 24, 2013

Hujan

Semalam langit tiris.
Hujan melemaskan rumput di laman.
selipar getah hanyut ke longkang,
katak berpesta lopak air.
Kemana hilangnya payung ku?
Aku kebasahan.
Hari ni tidak ada payung pun tidak mengapa.
kalau pun hujan,
cukuplah aku berlindung di rimbun kasih Mu.
kalau basah pun aku rela
kerana itulah nikmat hujan yg sebenarnya.
karam sekalipun aku tidak akan tenggelam.
kerana yang menjadikan hujan adalah Kamu
dan yg mengeringkan jiwa yg lenjun,
juga Kamu..
Syukur Ya Allah..Ya Rabb...
Kau lindungi ku dari lemas dek setitik hujan.


.

Monday, September 23, 2013

Sesungguhnya

Sekarang dah pandai edit foto sendiri, tak payah bising2 suruh anak2 buatkan..
TQ anak2 yg tolong ajarkan mummy buat benda ni..
Dapat lah kerja baru isi masa lapang...

Bukti

Gud mornin Uols...............
Haaaa, ni dia bukti saya masih in one piece.
One BIG piece.
Care to share my coffee?
Yer, betul awak, ni foto baru ni.
Panas2 lagi, baru kuar dari oven.
Pagi2 ni nak buktikan yang saya tak apa apa.
This is the living prove that life goes on no matter what..
That broken heart heals.
That no matter how hard life bites,
a simple smile can make a big difference..
I am smiling right?
Kan saya senyum tu..
Pulak dah, ada yg kata senyum dah kurang manis.
Tua2 memang la tak manis tapi kopi tu manis tau!
So, puas hati?
Saya dah buktikan yang saya ok jer.
Tengok lah, badan pun dah naik berkilo2..
Eh, abaikan saiz badan saya, cer tgok Mug yg saya pegang tu..
Besar sungguh. Awak ada?
Semoga pagi ni suria memancarkan keceriaan yg berpanjangan.
InsyaAllah.

Sunday, September 22, 2013

Bukan macam tu..




Pulak dahhhhhhh.....
Adoiii...tergelak sakan lah saya tadi.
Maaf lah, jangan lah anggap saya sampai ke tahap tu.
Well, for your information,
Walau macam mana mendung pun langit tu,
ada kala mentari tetap bersinar.
Saya masih waras la awak....
Meluahkan rasa hanya untuk legakan apa yg tersirat saja,
lepas diluahkan, otak kembali tenang.
Kepada Dia jugalah tempat berserah untung nasib.
Allah hu Akhbar..
Jangan risau,
I am alright.
Saya masih tau hukum hakam.
Bukan sekali ni saja saya di duga dgn ujian yg berat.
Acap sgt dah,
 Alhamdullilah, saya masih boleh bangun selepas rebah.
ada kala saya rasa nak meronta ronta tak cukup tanah gitu.
Ada kala saya tenang dan think positive.
Biasa lah kan...ikut mood.
But don't worry,
I am fine.
Saya ni seorang yg periang sebenarnya.
Tanyalah orang yg kenal siapa saya.
Dapatkan pengesahan dari ahli keluarga saya pun tak per.
Walau seberat mana pun ujian Tuhan,
InsyaAllah saya tak apa apa,
payah atau mudah saya lalui juga.
Terima kasih lah,
Bila awak risaukan saya,
itu tandanya ada lagi orang yg sayangkan saya.
Suka nyerrrrrrrrrrrrrrrrrr......

Semerbak...

Terapi bau untuk Ja
Pagi2 Kak Yah rajin bawak bunga untuk Ja.
Melur.
Mawar
Kenanga
Cempaka
dan macam2 jenis bunga2 kampung.
Harum bau bilik Ja
Harum bunga tak seperti harum 'Room freshner'
Bau halus dan soothing..
Saya memang suka bau bunga bungaan begini.
Tenang sikit otak yg berserabut bila duk dalam bilik yg berbau bungaan ni.
Ada orang takut bau bunga kalau malam2 buta.
Tambah2 kalau bau bunga 'harum Sundal malam'
teringat pontianak pulak..
Tak payah pontianak lah,
Sehari dua ni saya sendiri pun dah rasa nak makan orang.
Tak payah tunggu pontianak.
Haduhhh....time2 otak tersumbat jangan cari pasal dgn saya tau!
Tunggu mangsa saja ni..
OK pi main jauh2, kang tak pasal2 saya telan hidup2...
Bunga oh bunga...
Hati sudah lama tak bermunga munga....

Saturday, September 21, 2013

Cucu

Video ni Anis yg buatkan.
Semoga dua cucu saya tabah.
Tak apa lah Imaad dan Iyaad,
kamu berdua mewah kasih sayang.
Tak kurang setitik pun perhatian.
Syukur.
Alhamdullilah.
We are always here for you guys.
Promised.

Hati seorang sahabat.

Maaf?
Untuk apa?
Atas dasar apa?
Kau tidak salah kerana membenci ku
Atau kerana pura pura ambil peduli
Manis bahasa dusta tidak pernah berdaki di hati
Dosa antara sahabat larut bersama waktu
Tidak berbekas langsung di hati ku
Kau buat lah apa saja,
asal kau bahagia.
Aku ini teman,
tidak pernah memusuhi mu.
Jangan terkilan
Aku di sini sudah lama melupakan.
Tidak ada dendam
Tidak perlu begitu.
Malah aku yg harus berterima kasih,
kerana pernah ketawa bersama mu.
Tuhan jadikan manusia banyak kekurangan.
Kebetulan yg serba kekurangan itu adalah aku.
Sepatutnya aku lah yg memohon maaf
kerana
Aku ini sebenarnya,
tidak cukup sempurna untuk menjadi sahabat mu.
Simpan lah 'maaf' mu itu.
Amat tidak perlu.
Dulu kini dan selamanya,
kau tetap sahabat baik ku.



Friday, September 20, 2013

Dia mengerti.

Kakak saya cakap..
"Siapa yg lebih sakit nih, Hani ke Ja?"
Wahai kakak ku yg di sayangi,
Kalau lah hati ini macam Screen TV.
Ngalahkan Astro siaran nya.
Pelbagai Channel keudara 24 jam.


Seorang kakak rupanya,
walau datang sekejap sekejap,
dapat membaca riak wajah,
dapat mentafsir duka.
Apa daya ku kakak,
Sudah begini nasib ku.
Kau lah yg tahu segala apa yg pernah aku lalui
segala luka yg bersarang di hati
Petang tadi ,
walau aku ketawa dan riuh bercerita,
kau menangkap bahasa duka ku yg tersembunyi.
Kakak,
Terima kasih,
Sewaktu kau memeluk ku,
segala duka lara yg mencengkam
luruh bertaburan..



N3 ke2 di pagi Jumaat

Suka hati saya lah kalau saya nak buat N3 sejam sekali pun.
Blog saya so I am the boss.
Tadi pasal 'Jiwa Kacau'
Ni masih kacau tapi fed up dah nak tulis pasal tu.
Go to hell with my feelings!
Ni nak tulis pasal nasib.
Nasib saya lah..
Dah la hari ni Jiwa Kacau.
Baru kejap saya balik dari kedai.
benda yg nak saya beli semua tak ada.
Nak beli laksa, Makcik tu cakap kul 11 baru ready
Terus ke kedai Nasi Ayam, tak bukak pulak hari ni.
Singgah kat mamak roti canai nampak dari jauh mamak tu senyum.
"Dah habis cikgu..."
Kepala dah mula nak berasap nih.
Terus ke Pasar Tani, tak ada parking pulak.
Aiya ya ya ya....memang hari ni langkah kiri saja.
Saya lapar ni...
Jap lagi buat N3 pasal lapar pulak.
Sepatutnya kalau lapar, masuk dapur dan masak, ni terconggok depan laptop ni bukan mengenyangkan pun...
Kan dah cakap, suka hati saya lah.....


Bila 'jiwa kacau' bersuara.

Bertimbun ubat dan supliment yg biasa saya makan, terbiar dalam kabinet.
Lotion, mosturiser dan cream what not, kering dan habis tempuh tanpa perlu di ganti.
Tak hingin saya teruskan walau semua tu dah sepanjang hayat saya duk telan.
Apa yg saya gemari tidak lagi menyenangkan hati saya..
Semua perkara menyesakkan hati.
Malas.
Biaq pi!
Tak perlu dah jaga diri semacam itu.
Tak kisah lah kalau penampilan saya dah jadi macam hantu.
Tak apa lah kalau rutin lama tak di teruskan,
hidup sekadar kerana masih bernafas.
Yer, saya dah terlalu putus asa bila memikirkan masa depan saya.
Saya dah hilang segala sebab untuk think positif.
Asyik duk think positif saja, keadaan negetif cam tu jugak.
Tak perlu.
Bosan dah berharap.
Punah segala reason to live.
Get lost segala mimpi..Nyah dari tidor ku!
Dalam usia sebegini,
Apa yg bakal mengubat hati?
Nothing!
Too late.
Kematian sudah menghampiri,
Tunggu saat mati saja,
Hidup sudah sia sia..
Makin hari makin pahit realiti kehidupan yg terpaksa di telan.
Makin tajam mencucuk kerongkong udara yg di hela
Kata lah awak nak kata apa pun..
Jatuhkan lah hukuman keatas saya.
Label lah dgn label jenama macam mana pun saya tak kisah dah.
Saya terima.
Letih dah saya cuba untuk tunjuk yg saya tak apa apa.
Saya apa apa sebenarnya.
Salah ke kalau saya jadi macam ni?
Perlu stay kuat,strong, tabah, redha ke?
For what?
May I ask you for what?
Penat sangat2 dah...
Please la,
Bagi saya ruang untuk saya lurut segala stress dari diri ini.
Bagi saya peluang untuk lontarkan negatif feelings ke laut...
Just let me be free to cry my heart out.
God, being alone and no one to talk to is not easy..
Kenapalah saya rasa macam ni lately.
Dah sewel agaknya saya ni.


Thursday, September 19, 2013

kalau

Kalau saya mati, macam mana dengan Ja?
Siapa yang boleh urus Ja?
Bila rasa tak sihat biarpun hanya sakit kepala yg sedikit,
tidak ada lain yg terlintas di minda.
Takut untuk uzur.
Takut untuk tak sihat.
Tuhan dah ada jawapan bagi soalan bodoh saya tu.
Kerana hanya Tuhan saja yg tahu lah saya jadi risau.
Saya tak tau dan kalau setakat yg saya tau,
tidak ada siapa pun yg boleh luangkan masa sepenuhnya untuk jaga Ja.
Saya ni,
tak layak untuk sakit sedikit pun.
kalau boleh tidak boleh rasa sakit langsung.
kena sentiasa sihat dan gagah.
tapi saya ni manusia biasa,
masa sakit saya akan tiba juga..
Duk fikir pasal sakit pun dah buat saya sakit kepala.
Fikir dan cari penyakit.
Aduhhhhhhhh...Tuhan, berdenyutnya kepala saya!

Tertekan

Saat saat hidup terasa sukar,
Apa yang lebih menenangkan selain dari mengetahui
Dia ada.
Dia tak lupa.
Sewaktu diri terasa seperti debu yg berselerak,
menghuni sudut2 terbiar
dan tidak diambil peduli.
Dia memerhati.
Dia mengerti.
Di kala nafas seakan berhenti,
dan luka bertambah dalam.
alam sekeliling adalah duri dan api
Mimpi meracun diri
Realiti menggigit tanpa sudah nya,.
Aku menyerah diri pada Nya, pada Dia..
Aku hamparkan duka ku ini di kaki Mu Tuhan,
bersujud di ribaan Mu,
memohon Simpati Mu...
Tapi Maafkan aku Tuhan,
Ampunkan aku...
makin ku cuba untuk berlapang dada,
makin sesak rasanya.
Allah, akulah yg rapuh iman dan
jahil hati..
tapi aku tidak reti berpura pura
itu lah yang aku rasa sebenarnya.
Sebagai manusia biasa aku acap rebah
Aku kalah.
Tuhan,
kadang kadang aku menjadi terlalu rindu untuk kembali kepada Mu.

Aku tidak apa apa jika aku tidak dihargai,tidak disayangi dan tidak diambil peduli oleh insan lain nya, tapi aku cukup tertekan bila merasakan aku tidak mendapat perhatian dari Tuhan ku..


Wednesday, September 18, 2013

Lagi cerita zaman porba saya

Saya bukan lah baik sangat pun zaman kecik2 dulu.
Sekarang pun bukan baik sangat..hehheee
Kakak saya comfirm baik.
Bila arwah ayah tak benarkan kami keluar dari kawasan rumah,
tak benarkan bercampur dgn budak2 kampung.
kakak akur.
Saya tidak.
Diam diam saya bolos jugak.
Sempatlah saya masuk geng budak kampung.
Curik2 keluar masa arwah ayah terlalu sibuk untuk perasan ketiadaan saya.
Tak per, kalau kena marah pun Nanny saya yg kena, dia yg cuai jaga saya,
saya setakat kena warning' lain kali ayah tak bawak gi jalan2'
Saya memang ramai kawan dari dulu sampai sekarang.
Geng saya ramai gak, siap ada gelaran.
Kamil Juling-Sekarang dah bergelar peguam di mahkamah tinggi.
(Masih juling lagi tapi dah pakai spek tu tak ketara sgt dah)
Mona Itek-sekarang isteri Dato Nik S****
(Gaya jalan mcm itik tu lah yg buat dia boleh jadi Datin dah sekarang ni..)
Mie Doktor-Tok guru quran yg bagi gelaran ni,apa kes ntah!
(Dia berjubah, bersarban sekarang, tak jadi doktor pun)
Muli lidi- Sekarang kerja kat HUSM kubang kerian.
(Bukan lidi kelapa lagi dah, batang kelapa pun bukan..Bolat!)
Zahar Spring- Orang politik yg di segani di kawasan saya.
(Rambut dia tu..kerinting mcm spring, kerinting sampai dalam kulit kepala agak nya) .
Mekma, Cho, Inni, Bukhori, Semoh...ramai lagi lah.
Semua ada gelaran tapi dah lupa lah..
Tak baik tau panggil orang dgn nama gelaran..
Tapi dah tua macam ni tak baik kalau tak panggil ikut gelaran..
Pulak.
Tan Sri, Datuk, Datin, Tuan Haji, YB, Dr, Boss....
Kalau terbaca, sory ek.
Saya terkenang masa dolu dolu saja ni bukan nak buaka aib.
By the way, baru ni saya jumpa 'Stopa basikal Unta'.
Masih berbasikal dia tu, tapi basikal harga ribu2.
Seronok tgok kawan2 jadi 'orang', jadi 'manusia'..
Semua berjaya dan bahagia...........
Saya?
Huhuhuhhhuhuhuhuhuuuu........!

Tuesday, September 17, 2013

Jalan Raja Dewa

Jalan Raja dewa,
sewaktu melewati kejiranan itu,
masa berputar dan kenangan lama bermain di mata.
Di situ lah saya pernah mengukir sejarah zaman kanak2.
Taman permainan itu, gelongsor dan buai.
saksi gelak tawa saya, seorang kanak2 perempuan yg kurus melidi.
Kami takluk taman permainan itu, saya dan geng saya .
Kalau ada yang bukan sekutu kami alamat nahas lah kalau cuba nak join..
Jongkang jongket itu saksi yg hanya diam bila saya di tolak oleh seorang budak laki laki.
Saya kenal dia, hitam dan selalu pakai selipar lebih saiz.
"Keling Botol' itu gelaran saya pada dia.
Kerana mulut saya lah maka dia tolak saya hingga jatuh.
Saya menangis bukan kerana sakit lutut berdarah,
tapi kerana geram bila dia ulang2 sakitkan hati saya dgn pantun ni:.
"Kling kling basikal dalam rok, mu kata ko aku keling, mu cina tak basuh berak"
Yer, dia gelarkan saya cina sebab keturunan saya, dia hina saya.
Maka hari tu perang dunia ketiga berlangsung.
Kami bergusti tak ingat dunia.
Koyak selipar besar dia.
Saya tumbuk belakang dia.
Dia cuba lari tapi saya terkam lagi, saya gigit tangan dia.
Saya tak ingat samaada dia tumbuk saya balik ke tidak,
rasanya tidak.
Saya takut nak balik rumah sebab keluar bermain pun curi2.
(Arwah ayah memang tak pernah bagi saya keluar dari pagar rumah)
Baju gaun merah saya kotor, terpaksa mak kawan saya tolog bersihkan mana yg boleh.
Mak kawan saya pun risaukan keadaan saya, maklum lah 'anak orang dalam pagar'
Tadi sewaktu tengok ada budak2 sedang berayun di buaian itu, saya tersenyum sendiri.
Indah nya zaman saya tak tau erti derita,
zaman hati tak di lukai...
Kali terakhir saya jumpa masa saya darjah 6, menduduki ujian ke MRSM, dia pun ada sama.
Saya sempat jeling dan jelir lidah tanda senjatan senjata, belum berdamai lagi.
Dia sempat tulis atas kertas besar dan layangkan depan muka saya..
'CINA'
Jahat sungguh dia tu.
Hmm..Masa merubah segalanya.
Dia bercucu kah dia sekarang?
Kenal lagi kah saya kalau kami terserempak?
Pernah jumpa mak dia 30 tahun dulu di kenduri kawin salah seorang 'geng' saya.
"Hasnan kat hospital Melaka sekarang, kawin dgn mualaf, sama2 doktor"
Tuhan kaya..tu lah suka usik saya,kan dapat pun yg serupa dgn saya.
Hahahaahhaaaa....
Wei 'keling Raja Dewa' awak ingat lagi tak 'Cina Telipot'?
Aduhhhhhhhhh...Indah nya zaman kanak2.






Nak ketuk kepala sendiri.

Saya Failed!
Hidup saya memang failed.
Sepanjang hidup saya, saya banyak kali gagal.
Macam macam jenis kegagalan dah saya rasa.
Dari bayi sampai lah sekarang, hanya kegagalan yg terhidang buat saya.
Bukan tidak bersyukur, saya tak nafikan nikmat Tuhan buat saya.
(itu pasal lah saya cakap banyak kali failed, bukan sentiasa failed.).
Tapi hari ni saya nak focus pasal perasaan saya yg terkini.
Hari ni saya rasa kecewa dengan hidup saya.
Rasa down.
Rasa tertekan.
Rasa stressful
Rasa nak mati..Betul, macam tu lah yg saya rasa.
(tau lah mati itu tidak menyelesaikan masaalah tapi macam tu lah yg saya rasa sekarang)
Cukup lah segala luka yg dah sedia ada,
Kalau segala payah ini ibarat air , saya dah lemas tenggelam.
Kalau derita ini ibarat api, saya dah hangus terbakar dah.
Rasa seperti nak jerit kuat kuat..
"Cukup cukup lah segala derita ini!'
Tapi siapa lah saya untuk menolak takdir saya,
siapa lah saya?
Siapa lah saya?
Siapa lah saya?
Siapa lah saya?
Hanya lah makhluk Tuhan yg kerdil, yg sudah kering air matanya, yang sudah lelah berharap dan yang masih bersujud kepada Nya dan memohon simpati Dia.


Monday, September 16, 2013

Tak nak dengar sudah...

Semenjak tak kerja, cuti ke tidak, tak ku tahu.
Hanya berpandukan anak yg bersekolah.
Hari ni dia tak ke sekolah, so cuti lah maksud nya..
Cuti apa Anis? Satu Msia.
Saya nak cuti jugak lah.
Cuti dari buat semua perkara rutin boleh ke tidak?
Cuti dari ngemas,
cuti dari masak
cuti dari mendobi
cuti dari gi pasar
Cuti dari jadi drebar
Cuti dari jadi Misi
Cuti dari jadi jadi manusia yg hidup?
Sedap lah mulut dia yg tak ada insyuran tu,
ada ke patut dia suruh saya cuti dari membebel...
Hambik! Sebijik atas dahi saya yg kurang licin nih.
Oppa, membebel tu kerja tetap dan berpencen,
mana boleh cuti.............
Ja, Ja nak kapas buat sumbat telinga tak...?
Ksian Ja, mau tak mau kena tahan telinga jugak.
Cer tutup telinga tu Ja.
Mau nya pengsan mummy kalau Ja buat macam tu sekarang.

Sunday, September 15, 2013

Tanpa kerelaan hati tau!

Lepas hantar anak ke sekolah, singgah beli kueh di gerai.
4 keping 2 hinggit jer.
Raba dalam hbag, tak ada pulak duit 2 ringgit,syiling pun tak cukup.
Panik dah ni, nak bayar dgn duit rm50 hinggit kang mengamuk pulak makcik kueh tu.
Makin di cari gali dlm beg tu makin tak jumpa.
Gelabah gak, nak letak balik kueh rasa segan.
Nak tak nak saya suruh makcik tu bungkus nasi dagang lah, 3 bungkus cukup.
So now,tak terasa sangat lah kalau bayar dgn duit besar pun.
3 bungkus nasi dagang sedangkan saya hanya berdua kat rumah tu.
Pembantu saya tu sebungkus pun tak boleh habiskan..
Jadi nya siapa yang akan habiskan 2 bungkus lagi ?
Siapa lagi...
Akuuuuuu jugak laaaa......!
Tu pasal lah, kalau saya cakap saya makan kerana terpaksa awak tak percaya.
Awak ingat saya sengaja nak put on weight.
Sengaja nak ternak body.
Sebenarnya kes terpaksa makan lah saya jadi gemuk ni.
Semalam terpaksa habiskan lauk2 berbaki dari lunch tu.
Tak kan nak makan lauk aje, kena letak nasi juga.
Tak kan nak makan sikit, bazir nasi dlm periuk nanti..
Payah juga kalau ada lebihan makanan ni,
kebetulan saya pulak tak suka membazir.
Tak baik membazir..
Jadi cakap lah awak nak cakap apa pun,
saya yakin saya bukan nak makan banyak,
saya hanya selesaikan masaalah jer...
Tengahari nanti saya nak goreng mee pedas.
Hanya saya yang suka mee goreng pedas.
Tapi saya akan goreng satu paket mee jugak.
Mana boleh goreng separuh, membazir tau!
Kalau ada lebih, saya makan ulang ulang..
Dah terpaksa habiskan, nak buat camna kannnn......

Saturday, September 14, 2013

Gurindam Jiwa

Tuai padi antara masak
esuk jangan layu layuan
Intai mummy antara nampak
esuk2 mummy gi ngajar, Ja duk sorang.
Huhuhuhuhhuuuuu.......!

Saya harus kuat.
Harus cuba fikir jalan terbaik.
Tak perlu lah saya keluh kesah, tak membantu pun.
lagi baik saya terima payah itu dan cuba buat ia lebih mudah.
Takper, tarik nafas, think positive..
kalau GB kata kena ngajar semula, ngajar semula lah saya.
Dah perancangan kita tidak di restui Tuhan,
kita redha dgn perancangan Tuhan.
Saya yakin Tuhan dah ada plan yg terbaik buat saya.
May be,
By going to school again,
tekanan perasaan saya akan berkurangan.
May be that familiar surroundings boleh mengubati sedikit duka.
Apart from that, I will get to spend some time with my friends,
gather strength from them, 
Yes, busy tu memang lah akan bertambah buzy,
responsibilities pun berganda,
but that does not matter, Insyaallah.I will survive.
Ja kat rumah akan saya cari kan Nurse.
A good and certified nurse.
Kena pejam mata lah bab bayaran tuh.
( Bibik + 2 org nurse)
Saya sanggup berhabis asal dia dapat penjagaan rapi.
As long as she is in save hands.
Masa feeding dan medication Ja akan saya adjust semula
Saya akan make sure Ja tak apa apa.
Tuhan ada, serahkan pada Tuhan.
Ikutkan nak buat alasan,
byk alasan boleh saya cipta untuk tidak kembali ke sekolah.
Hati memang berat untuk tinggal Ja tapi
saya cuba untuk tidak fikir yg bukan bukan.
Tuhan ada, Tuhan ada..
Saya pesan pada hati supaya find ways and means to makes things easier.
not to find excuses and reasons to make things worst.
Ja, sebulan lagi mummy kena tinggalkan Ja kat rumah.
Please behave yourself and be a good girl.
You need some space too, dah berbulan duk dgr mummy membebel every second,
now you can have some peace of mind..
( mayb Ja lagi suka mummy gi skolah, kurang sikit sound pollution)
Please God, take good care of her
Tuhan, tolong lah mudahkan urusan saya.
Berikan saya kekuatan untuk terus memikul tanggung jawap yg di amanahkan.

Agak2 la, kalau awak di tempat saya, apa yg akan awak lakukan?



Friday, September 13, 2013

MIL

Ibu mertua saya bukan stail ibu mertua Kassim Selamat.
My MIL is the best.

Hari ni Ma datang dari kampung naik teksi.
Susah payah Ma bawak nasi kerabu.
(selain nasi kerabu ma tak lupa bawa tajuk2 tazkirah yg biasa dia bawak, ulang siaran gitu)
Dia tau saya sibuk dan dia tau saya suka nasi kerabu yg dia masak.
Thank you Ma, Ma lah MIL yg faham jiwa menantu.
Jiwa Pemalas menantu.
Tapi tak best nya Ma ni kalau datang rumah saya,
mula lah nangis bila tengok Ja.
Dia cium cium pipi Ja sambil panggil Ja
"Ja, tengok Ma ni... jawap Ma panggil ni...."
Ja cucu perempuan sulung dia.
Ma sgt sayangkan cucu2 dia.
Tu pasal lah air mata Ma luruh setiap kali usap kepala Ja.
"Bak po laa cucu Ma jadi macam ni..., Oyak ko Ma Ja sakit di mana.."
Mula lah Ma  layan perasaan dia, hati dia, seorang nenek yg merindui cucu nya..
"Ma ni dah tua Ja, sempat ke Ma dengar suara Ja sekali lagi sebelum Ma mati?"
Ma jangan lah cakap macam tu.
Empangan air mata saya tak pasal2 Ma kasi pecah.
Tu lah Ma, lain kali cuba cakap macam ni..
"Ja, bangun makan Nasi Kerabu, kalau Ja tak bangun, mummy Ja makan tak berbaki nanti....."
Ma, jangan menangis lagi, dah laa...
Kita cuba, boleh tu..
Saya pun jarang dah menangis sekarang, dah boleh menerima hakikat.
Kecuali bila Ma datang bawak nasi Kerabu dan lecture pasal over weight.
Bab ni memang buat saya menangis.
Uwaaaaaa.....Nak tambah nasi pun terbantut!
Apa lah Ma nih.

Bila sibuk otak kurang sikit ulang tayang cerita lama.

Hari sibuk datang lagi.
Jumaat merupakan hari sibuk saya.
jadi baik saya update blog sebelum mula sibuk.
Pagi jumaat di mulakan dengan masukkan pakaian kotor dlm mesin
dan sediakan breakfast.
Beli ke masak sendiri is an option.
Having to do that is not an option.
Lepas tu feeding Ja.
Friday is grooming day for Ja.
hair treatment, manicure and pedicure
by 10am siaplah urusan Ja.
off to the market now.
Balik jer terus sarung apron.
Belum masak lagi, preparation untuk masak berjam jam jugak.
By this time tetamu dah mula singgah, tu pasal lah apron kejap pakai kejap bukak.
Time solat jumaat tu tak de tamu.
time ni lah saya bersilat di dapur
Sambil tu jengok2 Ja, tukar position Ja dan isi perut saya.
masa ni baru boleh breakfast, org dah nak lunch...huhuhuhuuu...!
Lunch hour meaning lunch for the family and regular feeding for Ja.
Me? baru boleh jemur kain 2nd batch, angkat kain yg dah di jemur subuh tadi
Lepas tu kemas dapur dan bila penduduk negeri senyap sunyi kes tido petang,
saya mula kemas rumah sambil temankan Ja,urus Ja all the way.
kalau tamu ramai, saya raikan tamu ,
kalau tamu hanya saudara rapat, mereka bersama Ja dan saya boleh lah solat, mandi dan
suap cucu atau layan cucu.
Malam adalah masa saya rehat.
Rehat bermaksud urus Ja sahaja.
ni tak pasal pasal duk bilang kerja rutin ni entah kenapa.
Tak de modal nak di jadikan N3 hari ni sebenarnya.
OK, Selamat berJumaat dan hidup perlu diteruskan.
Up up and away......

Thursday, September 12, 2013

Ngalahkan orang mengidam.

Semalam makan satu bekas coklat yg berintikan walnut.
Lepas satu, satu masuk mulut..Wash down dgn cold milk.
Sedapppppppppppppppppppp...
Puas hati.
Thank you Dr Fatin.
Thank you for the 'Sata Ikan' jugak.
Dah lama nak makan coklat tapi tak ada orang tolong belikan.
Macam mana orang nak belikan kalau saya tak beritau apa saya nak makan.
Saya ni pemalu sebenarnya..kik kik kikkkk....
Nak ngada ngada request itu ini segan laa...
Dah la tak kerja, nak beli apa pun harapkan duit orang.
Saya tak biasa duk macam ni, tak ada pendapatan gini.
Kalau sepanjang hidup saya, saya harapkan orang hulur tu lain lah.
Terbiasa macam tu tak apa pulak kot.
Dah terbiasa senarai dlm kepala saya, saya yg urus, ni lah jadi nya.
Anak menantu selalu tanya mummy nak makan apa, nak di belikan apa..
( Wan tau mummy suka 'Fish n Chip Jati corner', tak suruh pun dia belikan)
Saudara mara pun acap duk pesan supaya saya cakap saja kalau nak apa apa.
(Teringat my favorite 'baklava' yg AyhJi hantarkan)
Kawan kawan jugak sentiasa ingat dan ambik peduli
Saya tak leh salahkan mereka.
Cuma saya ni, saya memang payah nak suruh2 orang gitu.
Dulu lain lah, terlintas saja di kepala,
berdesup saya ikhtiarkan agar apa yg terlintas tu ada depan mata.
Sekarang ni kalau terlintas nak makan apa2,
saya pujuk diri sendiri..
"Hani, awak tu dah lama duk makan sedap, sekarang kena control sikit.
All sorts of penyakit duk waiting in line, tak takut ke?"
TAK TAKUT PUN!
Nak makan jugak.
Nak Lupcup
Nak Jala Mas
Nak Coklat Zip Peanut Butter
Nak Aiskrim BaskinRobbins
Wow! Manis giler semua dlm senarai tuh.
Tak per, Hidup ini dah terlalu pahit, kena tambah manis dgn makanan.
Tu pasal lah senyuman saya tawar sekarang, agaknya sebab saya tak makan benda2 ni...
Nak laaaa................................


Wednesday, September 11, 2013

Wat tu du?

Ja, Ja tau tak,
Semalam mummy ke sekolah jumpa GB.
Katanya cuti tanpa gaji mummy tak di luluskan.
bermakna mummy kena panjat tangga sekolah semula lah Oktober nanti.
Cuti separuh gaji mummy berakhir 21/10 ni.
22/10 tu birthday mummy,eluk la,kena buat benda yg mummy paling tak nak buat hari tu.
Mummy kena tinggalkan Ja kat rumah on that stupid day
That will be my worst birthday of all.
Tak tau lah Ja macam mana nanti.
Tak sampai hati mummy nak letak ja di bawah jagaan orang lain.
Betul lah, mummy rasa tak percaya orang lain akan buat apa yg mummy buat.
Mana tau Ja lenguh ke,
Ja bosan nak dgr lagu Maher Zainn ke,
Ja nak tgok Astro channel 703 ke..
Orang lain mana tau Ja suka di sikat rambut berulang ulang ke,
Ja nak tido kepala tinggi ke..
(Acually mummy pun tak tau tapi mummy keep trying to make you comfortable).
Tapi mummy tak ada pilihan ni.
terpaksa with a capital TER.
Terfikir jugak kan,
kalau dah tak di beri cuti tanpa gaji,
maksud nya kalau mummy tak ke sekolah jugak,
gaji tetap dapat lah yer?
Hahahaahahahhhaaa............
Thats a good idea!
A damn stupid idea!
Kalau tak gi sekolah kena tindakan tata tertib la pulak!
Sakit sungguh kepala otak nak fikir the best solution nih.
Ja, things will be easier if you gets better in one of this days.
Settle, problem solved.
Please please please please please please please God,
Help me.
Ada org kata, stop asking God for the impossible.
Huhuhuhuhhuhuuu.....!
Beraso nok tiok derah wehhhhhhhhhhhh....!

Pancake aje?

Pancake aje?
laaa...Ni pancake special tau.
Khas buat alas perut anis yg nak melangkah ke dewan peperiksaan.
'Cheezy pancake'
Lemak manis berkrim
Apa yg special nya?
Cheese? Tak special pun, biasa lah letak cheese ni.
Lebih telur? lebih butter? lebih honey?
Bukan, Bukan, Bukan.....
Specialnya pancake ni hanya buat Anis.
Di masak dengan penuh kasih sayang.
Ramuan wajib bagi setiap masakan saya untuk anak2
Perisa kasih sayang lagi sedap dari Aji  No Moto
itu pasal lah Pancake ni special,
kan Anis kan....
Anis, with the lafaz of Bismillah,
enjoy your breakfast and
do your best in this exam.
No matter what,
remember,
Mummy loves you all the same ...
.

.

Tuesday, September 10, 2013

Makan gaji ke makan nasi?

Dulu ni periuk nasi saya...
Sekarang ni......
Ni baru betul periuk nasi...
Kalau saya tak pasang suiz, satu negeri lapar.
The moral of the story:
 Jaga hati Tukang masak kalau tak nak perut berkeroncong ..
Ini tidak....

Tak nak tido, mummy panggil polis nak?.

Entah apa kena dengan Ja malam ni.
Dia tak nak pejam mata.
Ja kecik dulu,kalau dia tak nak tido saya ugut nak panggil polis, tangkap masuk jel.
Kalau zaman kecik dia buat derk, apa tah lagi sekarang...
Dah pukul 2 pagi ni Ja,
tidor lah, mummy dah ngantuk ni.
Tapi Ja ni,
Kalau dia tak nak tidor,
Ketua Polis negeri keluarkan arahan tidor pun dia peduli hapa.
tak makan saman tul lah awak ni..
Suka hati awak lah Ja,
memang pun dari kecik awak tu keras kepala.
(tengok lah siapa mak dia kannn...)
Saya masih ingat lagi masa dia kecik dulu,
Saya bawak dia ke pasar.
Dia nak saya belikan buah nangka yg dah di kupas.
Saya tak nak beli sbb rasa buah tu tak bersih.
Tau apa dia buat?
Dia jadi tugu batu.
Keras kaku kat depan makcik yg jual nangka tu.
Berganjak tidak, menangis pun tidak.
Dek kerana malu kat makcik jual nangka tu,
saya beli jugak.
She always wins!
Kedegilan dia lah yg jadikan dia a fighter.
She fights for her life what?
Dia memang tegas dgn pendirian dia.
Degil. Sebijik mcm mummy dia.
Wei Ja, jom la kita tido nak,
Ya, tau, tak tidor polis tak saman.
Go ahead lah, berjaga lah sampai pagi pun.
Kita pakat bilang jam sampai cerah tanah k.
Ja...Hello...?
Dah tido pun dia, sikit tak cakap..
Look at me,
Mummy pulak yg duk terconggok sorang sorang kat sini.
Adoiii...Ja, kalau Ja tak ada,
dgn siapa lah mummy nak kongsi kesepian malam nanti?
Kalau mummy pula tak ada,
siapa lah yg akan tunggu Ja lelapkan mata sambil pot pet pot pet di tepi katil Ja?
Dah. Full Stop!
Kalau merapu, memang tak kira masa.
Good night ebribodih!




Monday, September 9, 2013

Ubat

UBAT  BUAT JA




UBAT BUAT SAYA

-Bila Ja dapat sebut "Mommy"-

Nak tunjuk senarai sebagai bukti..

Ubat Ja dah habis.
Siapa kena marah sbb tak sound awal2?
Akuuuu jugak lah!
Lupa nak tgok tarikh sepatutnya ambik ubat.
Jadinya pagi ni Ja miss ubat lah.
Tunggu ada siapa2 tolong hantarkan ubat.
Kalau tak kerana saya kena berada di samping Ja,
saya dah terbang ke farmasi hospital dah
entah macam mana saya boleh terlepas pandang,
banyak sangat jadual yg duk beratur dalam kepala, tu pasal lah
Tau tak saya kena peka berapa tin lagi susu Ja yg masih ada dlm simpanan,
Berapa pek diapers lagi yg berbaki,
kapas.putik kapas, gause,tissue,lotion,baby oil ada ke tidak.
Mouth wash, talcum, eyedrops,lip balm, shampoo ada lagi ke dah habis...
Bin liner, suction tube, gloves,facemask,.irrigation solution,yellow lotion kena ada.
Tystatin dan calamine lotion dah request ke tidak dari pihak hospital
handwash masih ada separuh balang, kena standby yg baru tu..
Air freshner, ubat nyamuk and what not...
Semua ni mesti sentiasa ada dlm kepala dan kena semak sokmo2
itu pasal lah ketat dlm batu jemala patek ni.
Ni baru urusan Ja, tak list lagi urusan lain,jadual lain, senarai lain..
Otak saya kecik jer tuanku, jadi jangan lah marah kalau sekali sekala patek
terlupa itu ini...
Kesihani lah patek pacal yang hina ini
Patek yang dah tak ada gaji ni cepat terasa hati tau
Tak apa lah kalau tak di bayar gaji pun,
asal kalau patek buat silap,
jangan pancong kepala patek sudahlah..
Ampun tuanku, beribu ribu ampun,
sembah patek harap di junjung.
By the way tuanku,
Balik nanti beli Fish n Chip k.
patek lapar dan malas masak.
Jangan murka tuanku, nanti kena jual!
(Laku lagi ke......? kalau patek, dah tak laku la tuanku...).

Sunday, September 8, 2013

Bukan ibu Mithali.

Esuk lusa Anis dah nak menduduki peperiksaan UPSR.
Dia anak bongsu saya.
kalau abang2 atau kakak2 Anis yg nak hadapi peperiksaan,
saya lah yg paling sibuk dan kalut.
Tapi kali ni keadaan berbeza.
Anis terpaksa berdikari.
Anis faham kesibukan saya mengurus kakak nya yang tak sihat.
Anis tak pernah merungut malah dia banyak membantu saya urus kakak nya.
Semalam majlis solat hajat kat sekolah, saya tak dapat hadir.
Majlis pertemuan guru dn ibu bapa, saya tak dapat hadir juga..
Tadi majlis restu ilmu, kalau lah ikut kebiasaan, saya tentu ada bersama.
Kesian anak saya tu, terkapai kapai sendiri.
Saya pula, amat rasa bersalah tapi saya tak berdaya.
Anis,
mummy doakan Anis dapat menjawap soalan dgn baik.
Semoga Tuhan terangkan hati anis dan permudahkan urusan Anis.
Anak sebaik Anis yg tak pernah menyakiti hati ibu bapa tentunya diberkati Allah.
Begitu lah harapan mummy.
Good Luck Anis, do your best ..
Tak kira lah apa pun keputusan peperiksaan tu nanti,
mummy tetap rasa bertuah kerana dapat anak sebaik Anis.
kalau kakak tak macam ni, kakak juga akan ucapkan good luck buat Anis.
Anis, we all wish you the best of luck.

Dia yg pernah menangis di bahu ku.

Dia pernah saya tolong sewaktu dia dalam kesempitan dulu.
Tak ada siapa yg pandang dia di waktu tu,
Saudara lari menjauh bila dia dilanda masaalah kewangan.
Tapi saya amat kesihankan dia.
Dia seorang yg jujur dan setiap kali saya hulurkan bantuan,
dia akan cuba bayar balik walau pun secara beransur.
Sebenarnya setiap kali saya hulurkan bantuan,
saya tanam dalam hati yang kalau dia tak bayar pun saya niat sedekah saja.
Keadaan dia masa tu memang nampak macam mustahil dia boleh bayar balik.
Atas dasar kasihan saya bantu dia.


Semalam dia datang setelah baru dapat tahu berita mengenai Ja
Dia menangis teresak esak.
Dia sedekahkan bacaan yassin dan berdoa di tepi katil Ja.
Hari ni dia datang lagi..Begitu lah dia kerana kata nya itu saja yg mampu dia bantu.
Dia ingat sangat lagi yang saya lah satu2 nya orang yg pernah bantu dia dahulu.
Dia tak lupa budi. Dia ingat segalanya.
Bersusah payah dia carikan air tawar buat Ja.
Dia bekalkan Ja dgn air Zam Zam.
Dia solat hajat pohon kesembuhan buat Ja juga.
Alhamdullilah,
Saya masih ingat dulu,
Saya katakan pada dia..
"Kak Dah, Nie tolong Kak Dah ni ikhlas, tak nak balasan apa apa pun..."
DIa menangis dan berkata..

"Macam mana lah Kak Dah nak balas budi Nie pada Kak Dah.."
Tengok lah kak Dah,
Hari ni Kak Dah pulak yg bantu Nie.
Kak Dah pulak yg sedekahkan anak Nie doa yg panjang.
Tuhan maha kaya.
tidak sia sia Nie kenal seorang kawan yg bernama Kak Dah.

Di waktu2 begini bila ada yg ikhlas membantu, hati sangat terharu....

Saturday, September 7, 2013

Nak ayam sekor, potong kecik2..

Singgah kat kedai proses ayam tadi,
saya tengok bakul/kotak berisi ayam hidup.
Bersusun susun menanti untuk di buka dan di ambil ayam nya untuk di sembelih.
Ayam kat dalam tu nampak dah tak bermaya,
entah dari bila tidak di beri makan.
Panas dan sempit..
Kesian ayam2 tu...
Mujur kita tak jadi ayam..
Ni tak pasal2 duk tolong fikirkan nasib ayam ni tak ada kerja ke hapa?
Nasib sendiri tunggang langgang, duk tolong kaji nasib ayam.
Saya kebetulan nak beli ayam tadi, tu sebenarnya.
ayam tak ada yg siap di proses, mamat tu suruh saya tunggu  sekejap.
Sambil tunggu tu mata scan setiap penjuru kedai.
"Dik, berapa ekor dalam sehari awak sembelih?"
"Dik, bulu ayam tu awak buang kat mana?"
'Dik, Banyak juga guna air yer..."
Penat budak tu melayan soalan2 saya.
Jawapan mereka buat saya tergelak,
pandai budak2 tu ambik hati org tua.
Tu nasib baik saya tak tanya kerja kosong ada ke tidak.
Maklum lah dah mengganggur macam ni,
siapa tau kot kena cari kerja cuci ayam kat kedai proses ayam pulak.
Kalau saya tanya dia macam ni tadi..
"Dik, ada kerja kosong tak?"
Agak2 apa jawapan dia....

Sabtu ini saya merapu rapu..

Masih tak sedap badan.
Sebenarnya otak yg tak berapa  betul channel
maka badan turut tempias siaran tergendala itu..
Berat benar belakang tengkuk, rasa macam ada batu bergantungan di situ.
Bukan batu tapi beban masaalah yg di tanggung dah menjadi kaku.menjerut leher.
Nak makan panadol lagi ke tak ni?
kalau telan sebijik dua, mata mula lah nak pejam manjang.
Bila di paksa celik mula lah tambah kuat denyut di kepala.
Mana boleh tak paksa celik,
bukan boleh rebahkan badan lama lama pun,
banyak yg perlu di buat.
Saya rasa saya akan lebih sihat jika,
saya dapat kongsi ribut taufan dalam hati ni.
Tidak apa lah kalau tidak boleh kongsi kerja dan urusan,
cukuplah jika saya tidak merasakan saya bersaorangan.
Sungguh, amat letih bila bersendiri melayan hati..
Mujur ada blog ni, dapatlah saya meluahkan rasa.
Tapi luah kat sini pun satu hal jugak,
ramai yg hebat2 kat sini, yg tebal iman dan tak jahil mcm saya..
Bukan nya buat hati lebih tenang tapi kadang2 tu buat hati lagi rasa tertekan,
Apa tidak nya...
Diulasnya pasal dosa pahala sampaikan saya rasa saya ni seolah seorang pendosa
yg memang patut di uji sebegini rupa.
Ya lah, betul lah, memang begitu lah resam dunia,
Mudah nampak kesilapan orang lain,
diri sendiri saja lah yang betul sentiasa.
Tapi saya kagum dgn kawan2 yg tak saya kenali tapi amat mengerti.
Hati terubat dgn kata perangsang dan nasihat ikhlas dari mereka.
Sentiasa doakan kesejahteraan saya dan bantu saya bangun dari rebah.
Mereka seakan bidadari dari syurga yg mengingatkan saya bahawa..
Tuhan ada.
Tuhan tidak pernah lupakan saya.
Dia mendengar sentiasa
Dia tidak akan membiarkan saya begini selama lama nya..
InsyaAllah.



Friday, September 6, 2013

Nak meraung rasanya.

Type sebaris,
delete sebaris..
type lagi,
delete lagi...
Demam.
Telan ubat,
tidor.sekejap.
Tak leh tidor lama2,
jadual tetap 'on'.
walau badan rasa amat lemah,
kena gagahkan juga.
segalanya di atas batu jemala patek,
tak ada pilihan, kena bereskan tanggungjawap.
Selain urus Ja, 1001 perkara lain yang perlu di beri perhatiam
maka nak atau tak nak,
demam atau penat,
saya tak ada pilihan.
Hari ni dah la badan tak sihat, selepas urus Ja,
 saya capai suis kereta untuk hantar anak ke sekolah.
Singgah di pasar beli keperluan sekejap.
Betul lah nasib tidak menyebelahi saya..
Remote kereta rosak, saya tersadai di parking lot,
panas tok sah cerita.
Risau sebab masa feeding Ja dah hampir,
terkial kial...Rasa nak meraung jam tu jugak.
Itu lah perjalanan hidup saya yang tak seperti orang lain.
bersendirian urus segala benda..
Apa nak buat, dah nasib badan...
Okey lah, Ja dah tidor, saya pun nak tidor awal.
badan saya masih panas,kepala berdenyut dan
entah kenapa rasa nak menangis dari tadi.
Huhuhuhhuuu.....Makkkk..., saya tak larat ni.!

Thursday, September 5, 2013

Aduh, kawan...Biarkan aku sendiri.

Aku segan sebenarnya,untuk mempersembahkan duka ku ke ribaan mu.
Aku lebih rela menelan saja setiap payah yg tersuap.
kerana harga diri memaksa ku untuk begitu.
Terima kasih saja lah,
Jika di hati mu masih ada ruang untuk ku berteduh rasa,
Sekali sekala bila aku hampir tidak berdaya,
Mau saja aku tumpang bertapa di situ,
tapi kewarasan ku memaksa aku untuk berundur.
Aku tidak pernah melupakan budi mu.
cuma aku rasa,
aku perlu cuba untuk tidak lagi menjadi bayang
yg mengekori mu kesana ke mari..
Aku segan sebenarnya,
Bila derita ku tak putus putus,
sedangkan rahmat buat mu melimpah ruah..
Antara kita begitu jauh jurangnya..
sengsara milik ku, bahagia milik mu.
Kau hadir semalam, di mata mu simpati meleleh..
Kau renung wajah ku seakan membaca setiap garis payah itu.
Kawan, pandang lah ke arah lain..
Aku segan kerana tidak dapat menjinakkan mata,
Berkali kali  ku cuba kesat pipi ku yg basah
dengan senyuman palsu ku tapi.
aku gagal untuk menipu mu.
Aku segan sebenarnya,
bila seorang sahabat seperti kamu,
cuba ambil peduli keadaan ku.
Pecah berselerak empangan tangis yg cuba ku bendung.
Aku ini sahabat,
Semalam hari ni dan esuk pun,
tak habis2 di landa derita jiwa.
Aku segan sungguh berada di samping mu, wahai sahabat ku.
kerana kita tidak serupa.

Wednesday, September 4, 2013

Dua Beradik

Imaad kalau dah main game kat hset Daddy, tak pandang keliling dah.
Cian Iyaad, boring tahap gaban dah tu.
Tak per, nanti Iyaad besar sikit, Iyaad pun nak main game jugak
Sementara tu garu telinga dulu lah.
Iyaad, iyaad tahu tak,
if worst comes to worst,
both of you have each other.
Always be there for each other.
Support each other.
Berdua kamu akan lebih gagah.
Mujurlah Imaad kamu ada adik,
mujur lah Iyaad kamu ada abang.
Kamu tidak akan keseorangan insyaAllah.
Iyaaddddd...tengok sini, smile......!
Iyaad tak nak smile walau pun dia murah senyum biasa nya.
Anis tangkap gambar mereka ni sewaktu mereka duk baring2 di katil sebelah mummy dia orang.
Iyaad hari2 baring dekat dgn mummy.
Mujurlah grandma rajin bawak Iyaad dtg jenguk mummy dia.
Hari2 grandma datang, cuba untuk bagi ransangan di minda mummy.
letak Iyaad dekat2 biar mummy dapat bau,rasa dan dengar.
Grandma selamba saja, dia lebih kuat dari saya.
Saya pulak tak leh tgok budak2 tu lama2 kat tepi mummy mereka,
mulalah rasa nak tembus kerongkong di asak sedu yg terpendam.
Aduhh...Grandmummy dah mula lah ni..Huhuhuhhhuuu....!
Ja, anak ja dah pandai ketawa dan tembam sungguh.
Semakin mirip Ja.
Cepatlah sembuh anak, bangun lah tengok kedua anak lelaki Ja ni.
Mereka rindukan sentuhan ibu, belaian ibu dan kasih sayang ibu.
Bangun lah anak, biarpun semua orang kata dah mustahil untuk Ja sembuh,
saya masih berharap pada kasihan belas dari Tuhan.
Demi Imaad,
Demi Iyaad..
Tuhan sentiasa mendengar.

Tuesday, September 3, 2013

she is Ja, 3 times a lady


They say that My doter Ja looks much better today than before.
Is that a compliment or are they just trying to make me feel better?
As for me,
Ja macam Ja
Yesterday she was like that
Today she is still like that
and tomorrow if she is still like that,
I still love her and will continue looking after her,
being with her, sharing her pain and misty future..
Thank you God for giving me the time to be her mummy.
and still letting her be....
my lady, 3 times my lady

sebijik macam bibik.

Best laa hari ni.
Semua kerja beres pagi pagi lagi.
Ja dah cantik berbedak dan tidor nyenyak macam bayi.
Sedap jugak kerja sendiri, boss sendiri.
Ikut suka kita nak buat apa, waktu mana atau bagaimana.
Aku lah boss!
Cuma bezanya dgn masa jadi cikgu dulu ialah,
GAJI
Dulu cukup bulan terima gaji
La ni kerja tak bergaji
Tak apa lah, tak ada gaji pun
Hati cenang dan bebas dari arahan dan 'deadline'.
Dosa pun kurang bila duk kat rumah ni,(Agak saya laa)
Nak ngumpat pun tak ada geng.
Nak ternak body secara kumpulan pun payah.
Duk sorang sorang gini lah,
Saya hanya berseluar lusuh dan Tshirt lebih saiz.
atau bermaxi cotton atau long skirt dgn blouse.
Baju kurung kain sutera ke, kain bling bling ke,
semua dah berkubur dalam almari.
Saya keluar menyapu kat tepi pagar rumah,
Postman (post laju) singgah.
"Bik, majikan kamu ada tak?"
Huhuhuhuhhuuuu.....!
Ringan jer batang penyapu ni  nak terbang kena batang hidung budak bertuah tu..

Monday, September 2, 2013

Tak payah ke Gym, bakar kalori hari2.

Entah bila lah bibik nak datang.
Lepas seminggu seminggu.
Agensi bagi pelbagai alasan.
Bibik lama dah berhenti selepas hampir 6 tahun kerja dgn saya.
Terpaksa berhenti sbb dapat baby baru.
(Tu lah, lain kali jgn ambik suami isteri kerja setempat)
Jadinya sekarang siapa yg jadi bibik sementara?
Akuuuuuu jugak lah!
Mana nak kemas rumah,
Mana nak urus Ja..
Tak termasuk nak entertain tamu lagi tuh.
Hantar ambik anak sekolah pun satu hal,
terkejar kejar...
Masak tu tak ada masaalah sebab kalau tak sempat saya beli jer.
Marin ada pembantu sementara,
Sedara yg duk tanam anggur selepas grad.
Tapi dia dah dapat kerja tetap..
Maka di atas batu jemala patek ni lah segala urusan dalam negeri ni.
Big Boss kata apa susah sbb saya kan dah tak kerja.
Sebenarnya kerja apa pun, kalau orang lain yang buat nampak senang saja.
Tapi kalau sendiri buat baru tahu berpeluh ke tidak.
Tambah2 urusan menjaga Ja.
memang hampir mustahil untuk urus tanpa bantuan.
Nak sponging, nak ubah position dan nak clean her up semua perlu di bantu.
Tapi bila terpaksa buat sorang sorang,
saya cuba.
Larat tak larat kena buat juga.
Don't ask how I do that, U don't want to know.
U just imagine how I manage....
Pendek cerita, asal dia bersih dan terjaga,ikhtiar lah cara mana pun.
tak kira lah guna kepala,dagu atau mana2 anggota badan saya yg boleh membantu saya.
(Tangan saja memang tak cukup )
Tapi semua penat lelah berbaloi bila tengok dia bersih, selesa dan looks good.
Dah siap semua urusan tau apa saya buat?
Tido!
Penat tau.
Boleh ke anak jaga mak seperti mak jaga anak?

Sunday, September 1, 2013

Tarian Yang ku persembahkan.

Telah ku kumpul segala duka yang berselerak.
Kelmarin yg luka bersama mu anak, aku ketepikan,
Aku tidak akan biarkan sakit itu memayahkan.
Resah pilu hati seorang ibu, ku usung ke belakang tabir,
rehatlah kau di situ sementara aku terus menari.
Di pentas ini langkah masih belum tamat,
Gendang selampit kehidupan masih kedengaran
Lihatlah liuk lentuk alunan hati yg menghiasi jari
Hayatilah masa kini Sang Ratu
Seorang penari seperti aku
harus terus menari walau lantai berduri
terus lakonkan watak serikandi.
Berlindung duka di sebalik rentak
bergermelapan selendang payah di bahu
dan di bibir warna pura pura merah menyala.
Di sanggol tersimpan duka semalam
bermahkotakan gemerlap bahagia yg palsu
Di mata celak menyembunyikan tangisan.
Tirai baldu sudah di buka,
ayuh lah, bertepuk tangan lah, dan lihat lah aku menari.
kerana persembahan Sang Ratu telah bermula.
Di tabir belakang duka mengintai gintai..
Sekali sekala biarkan jelingan ku menghala ke situ
Aku lah Sang Ratu yang memulakan persembahan baru
sedangkan pementasan semalam belum lagi khatam.

(Terima kasih kepada semua yang masih menerima saya sebagai kawan di account facebook yg baharu. Kita biarkan yang lama berkubur bersama luka kerana saya perlu melangkah ke depan dan biarkan duka semalam menjadi bayang..Cukuplah duka itu mengekori saya dari belakang... Saya sedang mencuba untuk bangun semula, terima kasih atas bantuan semua)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...