Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, October 31, 2018

Nak jugak.

Tak kira, nak jugak.
Orang kata dah tua purba x yah posing sakan.
Nak jugak posing.
Peduli apa orang nak kata.
Ni blog saya suka hati saya lah nk update pasal apa.
Kannn?
Saya posing saja saja
Suka suka
Tidak apalah walau wajah tidak muda belia
Badan dah ciri ciri waktu senja
Pakaian pun x lawa, x berjenama.
Tak apa...
Janji saya seronok.
Saya happy.
Posing pun dalam negeri saya
Dunia saya.
Camerawoman pun anak anak saja
Melayan kerenah mummy yg macam2 nih.
Maka terhasil lah foto2 ni
Nak tengok, sila lah tengok.
Tak sanggup tengok, pejam mata.
Jangan muntah cukup!




Wei la wei....
Tudung mummy senget kenapa tak cakap?
Sian mummy senyum bukan main lagi
Tau tau tudung senget benget..

Tuesday, October 30, 2018

Duk diam lagi baik

Kadang kadang nak diam
Malas cakap apa apa
Tak kuasa nak tegur siapa siapa
Nak membisu.
Tak mau balas komen wassup
Call x nak angkat
Tak reply segala jenis bicara
Bukan merajuk ke apa.
Bukan
Tapi kadang2 rasa tak perlu.
Tak perlu jaga perhubungan
Tak perlu kekal kemesraan
Diam dan perhati
Tunggu dan lihat
Kalau kita diperlukan, orang akan cari
Kalau kita berbekas di hati orang,
orang akan rasa kehilangan kita.
Orang akan ambik peduli
Orang akan ketuk pintu sepi kita,
Rindukan kita.
Tapi...
Kalau kita seperti sampah terbuang,
Hanyut ke laut tanpa disedari..
Tau lah kita siapa kita di hati orang.
Tak adil lah kalau hanya kita yg sayangkan perhubungan.
Kata orang, kalau kita sayang, kita lepaskan dia bebas.
Kalau milik kita, dia akan ada.
Kalau dia terbang jauh dan tinggalkan kita,
tak payah panggil dia kembali.
Biarkan..
Get lost!
I couldnt care less.
Kannnnn....?
Jgn salah tafsir pulak..
Tak semestinya hubungan istimewa ke, jiwang2 ke..
Maksud saya apa jenis hubungan pun.
Keluarga, kawan, jiran...
Kadang2 terasa macam hanya kita yg kekal berhubung.
Kalau kita cuba diam, akan terputuskah apa2 ikatan?

Monday, October 29, 2018

Tak berapa manis dah...

Dalam gigih nak turunkan bacaan paras gula dalam darah,
sekali sekala datang juga rasa putus asa.
Apa tidak nya, gigih buat exercise bagai,
makan pun bersukat.
Nikmat selera terbatas.
Sekali bila check, bacaan duk camtu jugak.
Frust nonggeng
Jam tu mula la rasa nak give up.
Go to hell with briskwalking
Nak hadap segala makanan yg terlintas dlm kepala
Dah tak larat nak teruskan dah.
Kalau perlu makan ubat bagi pesakit kencing manis pun takper.
Haduhhhh....
Cepatnya saya mengalah
Cepatnya saya putus harap.
Baru sebulan pun.
Doktor kata tunggu 3 bulan.
Baru adacperubahan.
Ya lah ya lah.....

Pagi tadi saya check paras gula saya.
YES....!
Yahoooooo.......!
Turun dah sikit.
Sikit pun jadi lah.
Just to give me the strenght to go on trying.
Lalalalalalalalalaaaaa.......
Happy giler.
Alhamdullilahhhhhh....
Syukur pada Mu Tuhan.

Sunday, October 28, 2018

Only God knows why.

Guess what?
I did what I shouldnt have done.
I told myself repeatly,
Stop it.
But I still do it.
I hate myself for doing that.
I do not hate u
I just dont want anything to do with you anymore
Enough is enough
I know who you really are.
For ten years Ive been watching your steps.
I should avoid you at any circumstances
But I dont.
I keep on trying to provoke you
And like an experiment, I wait for the outcomes.
Stupid!
Be careful Hani!
Stop doing that.
I warned myself many times.
I know the danger coming
But....
Me and my hard headed self.
Listen to no one, not even my own inner voice.
God,
I frankly honestly hope that You will help me.
Please never let me repeat the mistake again.
Back off.
Stay clear of this.
Please.

Saturday, October 27, 2018

Nak resipi?

Nak resipi malas ke resipi rajin?
Setiap kali anak menantu tanya resipi.
Ini soalan pertama saya.
Kalau nak resipi malas, saya share resipi malas.
Kalau nak resipi rajin boleh jugak.
Ada beza tau.
Banyak beza.
Rasa memang tak serupa
Masa penyediaan tak sama
Bahan pun berbeza.
Walau resipi utk juadah yg sama tapi memang ada dua cara untuk memasak.
Bercakap melalui pengalaman.
Orang lain saya x tau, ni pengalaman dan cara saya.
Kalau saya nak cepat saya masak sangat ringkas.
Janji masak dan tekak boleh telan.
Kalau saya memang merancang untuk masak awal2 lagi,
contohnya nak masak untuk tetamu ke,
Ada jamuan kecil kat rumah ke,
Gathering dgn teman ke.
Anak2, sedara sepupu sepapat berkumpul ke.
Saya akan masak dengan sehabis baik
Tapi kalau yg nak makan tu hanya saya sorang,
atau sorang dua jer, saya memang masak ringkas dan cepat.
Atau pun kalau tetamu dtg tanpa gitau awal2,
terpaksa la masak secara angin ribut..
Nak cepat kannnn....
Walau apa pun kata orang..
Masakan yg sedap adalah makanan yg di masak dgn ikhlas.
Masak dgn kasih sayang.
Tak kira la masak cara mana.
Kebersihan tu penting juga.
Wahai yg sentiasa wassup minta resipi...
Terima kasih kerana pilih untuk masak sendiri dari beli yg dah siap.
Kualiti terjamin.
Jimat.
InsyaAllah puas bila sedap.
Sedap, sah sedap.
Itu kelebihan masak sendiri.
Resipi cepat atau resipi penuh langkah teliti sama saja
Janji rakyat dalam negeri angkat ibu jari.

Friday, October 26, 2018

Berita jam 8 pagi..

Jumaat datang lagi.
Rutin hidup masih begitu.
Hati masih begitu
Badan jer yg berubah sikit.
Sejak gigih diet ni badan rasa ringan
Bukan kurus, ringan.
Tak nak kurus pun.
Tua2 gini kurus tu out of question.
Diet pun bukan untuk cantik
(Tua ni cantik out of question jugak)
Diet hanya kerana doktor suruh cuba kurangkan pengambilan gula.
Nak turunkan bacaan paras gula saya.
Tu saja.
Selain dari badan saya,
ada 3 batang tubuh lain yg berubah jugak.
Makin besar dan gemuk.
Cute giler.
Gerammmm.
Tapi sayang, bukan rakyat saya.
Hanya pendatang haram yg tumpang berteduh.
Tak apa, saya jaga dulu..
Lepas ni siapa nak ambik, ambik lah.
Nak tengok?
Jap nak gi snap photo mereka bertiga tu.
Tgok tu.....hati siapa la tak cair kannnnn....

Thursday, October 25, 2018

Angkat tangan siapa ada masaalah sama.

Penting ni.
Kena selesaikan masaalah ni sekarang jugak
Masaalah negara.
Setiap hari ni lah masaalah utama saya.
Bila perlu keluar,
dah siap mandi, pakai baju yang saya rasa nak pakai hari tu,
perlu pilih tudung.
Masaalah nya, nak pakai tudung mana?
Saya tak ada tudung.
Tak ada yg sesuai.
Lama berdiri depan rak tudung..
Pilih, gali, cuba....
Kalau kena warna nya, corak nya pulak tak kena.
Kalau kena corak nya, saiz nya pulak tak mengikuti piawaian hati.
Dengan kata lain, saya rasa macam saya tak ada tudung lah.
Tak ada.
Sungguh.
Sakit hati kalau kena tukar baju lain hanya kerana tak ada tudung yg boleh dipadankan dengan baju.
Kadang tu terpaksa pakai tudung hitam utk jalan penyelesaian yg mudah.
Tu pasal tudung hitam banyak.
Tapi ada kala nak juga tudung warna lain
Pastu apa perlu saya buat?
Beli tudung.
Saya perlu beli tudung.
Jap lagi nak keluar beli tudung.
Kesian saya tak ada tudung.
Cuma satu soalan buat semua kaum hawa yg macam saya,
yang asyik pening kepala dgn masaalah tak ada tudung .
Kenapa ya, kalau beli tudung baru pun setiap kali nak guna,
kita tetap tak ada tudung sesuai.
Kenapa?
Sekali lagi saya berdiri depan rak tudung.
Yang lebat bergantungan tu tudung siapa?
Malas nak jawap lah...


Wednesday, October 24, 2018

Pengumuman penting.

Hari ni keluar ke pasar pakai baju baru.
Baru beli semalam.
Baju masih bau kedai lagi.
Tu jer nak cakap.
Sekian terima kasih.

Tuesday, October 23, 2018

Me time.

Langit nampak rendah, gelap nak hujan.
Saya baru balik
Penat tapi lega byk kerja selesai hari ni.
Balik rumah nak selesaikan kerja tertunggak di rumah pulak.
Tapi penat sangat lah.
Baring dulu.
Check wassup dulu
Update status fbook dulu
Bukak blog dulu
Tertunggak lagi la kerja2 lain
Biarlah...
Sekali sekala kuman malas menggigit hati.
Kalah.
Sedap nya rehat begini
Bukak aircond
Bukak tv
Kerusi panjang menampu badan.
Hmmm kalau hari2 boleh rehat begini kan best.
Macam puteri.
Jap jap...
Mana lunch yg saya beli waktu keluar tadi?
Masih dalam kereta lah tu, lupa nak angkut.
Upah seribu ringgit pun rasa tak nak bangun.
Rasa tak nak turun bawah ke kereta ambik lunch tu.
Please la perut, sobar tau sobar?
Give me some peace kejap jer.
Zzzzzzzz............

Monday, October 22, 2018

Banyak nya lilin....




58
Rasa tua la pulak.
Walhal bukan hari ni jer tua.
Dah bertahun tahun tua.
Hari ni tambah setahun lagi ke'tua'an nya.
Tua pada usia fisikal.
Usia minda bagaimana?
Sepatutnya tambah matang lah.
Pengalaman hidup 58 tahun ni bukan sedikit.
Liku hidup, susah senang menjadi saya.
Syukur Alhamdullilah.
Walau tak sehebat kehidupan orang lain,
saya redha, menerima segala kekurangan diri
dan kekurangan lain nya.
(Termasuklah kekurangan harta, rupa, budi bahasa
dan sebagainya)
Saya tidak punya apa apa dan tidak menyesalinya.
Kerana segalanya sementara saja
Segalanya hak Allah.
Di beri pinjam pun dah kira mujur sgt
Usia adalah pinjaman.
Harta adalah pinjaman.
Kesihatan adalah pinjaman.
Anak cucu menantu semua pinjaman
Suami pun pinjaman
Dan saya telah kembalikan pinjaman itu ke ribaan Dia.
Dia yg maha berkuasa.
Saya tak tau bila tapi pasti saya akan menyusul juga.
Terima kasih pada yang tak putus2 kirim ucapan.
Ada yang bertanya, saya nak hadiah apa..
Well well well....
Boleh tak awak hadiahkan saya kasih sayang yg tak bertepi?
Hadiahkan sokongan moral dan bahu untuk sandarkan duka?
Hadiahkan masa dan perhatian?
Hadiahkan doa dan ingatan?
Boleh?
Tu aja saya nak.
Tapi kalau awak nak bagi duit berjuta boleh gak.
Nak bagi ferrari ke
Banglo 14 juta ke
Rezeki jgn ditolak.
Sanggup bagi tak?
Dah, kalau x sanggup jangan tanya!

Ada juga yg nak bagi saya ubat awet muda..
Hahahahahahahaaaa.....
Tak payah.
Saya dah cukup muda dah kalau awak banding saya dgn dinasour.
Pun jauh lebih muda saya dari pokok getah di kew garden.
Artifek sejarah di muzium pun lebih tua dari saya.
Nak rasa muda, pindah duk dalam muzium.
Tau tak per.


Lewat malam layan hati.

Sehari dua ni sibuk bertingkat tingkat
Badan rasa tak berapa sihat tapi
kena kuatkan diri juga melangkah.
Banyak perkara perlu di bereskan
Siapa nak buat kalau bukan saya?
Segala benda terpaksa digalas sendiri.
Berat ke, payah ke..
Semuanya perlu di lalui jua.
Masa seharian penuh.
Malam pun payah nak rehat.
Tidor sekejap sekejap.
Kepala penuh dgn jadual itu ini
Aduhai...letih sangat sangat.
Letih badan dan minda.
Rasa nak jerit pada langit
Nak laung kuat kuat
Nak teriak pada laut luas
Nak lempar sesak di dada
Tapi saya tahu
Semuanya hanya tau membisu.
Tidak membantu.
Hanya Tuhan lah tempat saya mengadu.
Menanti bilakah payah ini bertukar mudah
Mungkin kah berubah?
Atau harus begini sehingga nafas berhenti?

Saturday, October 20, 2018

Di keheningan malam...

Kul 3 baru lelap
Kul 5 dah sedar, dah butang mata.
Tua macam ni macam2 keistimewaan dah ditarik balik.
Nikmat tidor salah satu nya.
Tak apa lah, redha saja.
Ada hikmat nya.
Tuhan sayang lah tu,
Dia nak kita mampu bertahajjud tanpa
rasa berat nak turun dari katil empuk.
Dia nak dengar suara kita baca ayat2 suci alquran
di malam hening sewaktu org lain di buai mimpi.
Dia nak kita qada solat2 yg kita pernah
abaikan sewaktu muda..
Dia nak kita dekat dgn Nya.
Bila terkebil kebil sorang sorang begini,
Macam2 tajuk bermain dalam kepala
Macam2 bayangan hari2 kelmarin menerpa minda
Kadang2 otak mencaturkan langkah esuk.
Berteka teki apa bakal menanti..
Nasib batu tenggelam
Nasib sabut timbul
Hmm...Terserah kepada ihsan Tuhan.
Dia yang pemurah, yg penyayang.
Ar Rahman, ArRahimm...
Dah nak subuh lah
Tersimpun atas sejadah dari tadi
Kaki rasa dah kebas..
Airmata dah byk tumpah
Azan menandakan bermula nya hari baru
Perjalanan baru utk hari ni..
Ku mulakan langkah pertama dgn bismillah..
Dan alhamdullilah kerana nyawa masih bersisa.

Friday, October 19, 2018

Thursday, October 18, 2018

Aktiviti hari ni

Lepas selesai beli barang dapur saya ke tempat kerja kawan saya.
Ada hal sikit.
 Opsss..lupa nak cakap, awal pagi tu sebelum ke tesco saya pergi jogging dulu.
Tu aktiviti pertama sebenarnya.
selesailah aktiviti sebelum zohor.
Aktiviti selepas zohor hanya satu saja.
TIDO!

Wednesday, October 17, 2018

Jangan takutkan saya.

Seperti biasa pagi2 saya ke situ.
Hari hari atau paling tidak selang sehari.
Tapi akhir akhir ni saya jadi ragu
Nak pergi ke tidak
Hati nak pergi tapi kadang2 minda larang.
Sebabnya...
Akhir2 ni saya perasan.
Ada mata yg memerhatikan.
Ada kelibat yg mencurigakan.
Sebelum ni saya abaikan saja
Anggap saja itu mainan fikiran saya.
Cepat benar bagi tanggapan negatif.
Tapi kejadian pagi tadi cukup untuk buat saya takut.
Pagi tadi......
Macam biasa saya parking kereta di seberang jalan.
Ambik sebalang air dari kereta dan kunci kereta.
Lintas jalan yg agak sibuk kerana waktu persekolahan.
Bukak pagar pusara.
Suasana sunyi dan embun masih menyapa kaki.
Lalang tinggi.
Belum berapa langkah kedengaran pintu pagar tanah perkuburan ditutup.
Saya menoleh.
Orang itu datang lagi.
Saya percepatkan langkah ke pusara.
Sambil siram pokok di pusara sambil mata mengintai dia.
Dia duduk di wakaf mengadap kearah saya.
Cepat2 saya siapkan urusan saya.
Sempat bagi kucing makan.
Saya tak duduk baca yasin pun, tak apa
Saya boleh saja doakan dia di mana pun saya berada,
bukan hanya di pusara.
Tujuan utama dtg sini hanya utk bersihkan pusara
dan tumpahkan rindu saya saja.
Saya perasan dia mula menghampiri kearah saya.
Selalu nya dia duduk di wakaf saja, tak berganjak.
Ini pertama kali dia melangkah perlahan lahan ke arah saya.
Dalam hati masih berfikiran positif, mungkin pusara yg dia
nak ziarah berada belah sini.
Tapi takut tetap takut.
Cepat cepat saya berlalu, laju saya menuju pintu pagar.
Saya menoleh ke arah dia.
Dia bukan nak ziarah pusara pun.
Mundar mandir dalam perkarangan pusara.
Kenapa ye? Tak berapa betul ke?
Orang normal tak saja2 makan angin di sini
Orang normal pagi2 gini pergi kerja.
Penagih kot...perompak?
Eeee...takooot!
Dah byk kali dia ada sewaktu saya ada di sini.
Kadang dia duduk atas motor yg dia letak di tepi wakaf tu.
Tak turun pun dari motor.
Diam kaku beku atas motor.
Cuma hari ni dia mula melanggar garis takut saya.
Saya masuk ke kereta dan berlalu.
Harap harap jangan lah dia dtg lagi esuk.
Saya takut. Sangat2 takut.


Monday, October 15, 2018

Sejarah yg kita kongsi bersama.

Bila jumpa kawan lama.
Lebih dari sorang.
Mula la buat group wassup.
Mengimbau kenangan zaman perang jepun.
Gigih lah bercerita
Gelak tawa sampai sakit urat perut
Terkenangkan kebodohan diri sendiri
Dan kebodohan kawan2 jugak.
Wassup berasap sehari dua ni
Banyak cerita nak keep up.
Ada cerita dah terdelete dari file
Tapi upload semula
Mujur lah zaman ni ada wassup
Sempat lagi bertemu semula
sebelum ajal menjemput.
Dulu waktu saya bersama mereka saya manis 17
Sekarang dah 40 tahun berlalu musim tu
Rupanya
Wajah berubah kedut bertambah
Rambut bertukar warna
Kulit kendur
Bentuk tubuh dah terkesan dek tarikan graviti.
Namun...
We never change a bit inside.
Still stupid.
Maybe that little boy or girl is still inside each of us.
Tu pasal la time kita sembang kita terlupa waktu terkini.
Kalau anak cucu baca wassup kita,
sah dia orang tak caya camni la parents dia org dulu.
Tapi sekarang realiti nya kami bersyukur kami
dah lalui semua tu dan berubah kearah yg lebih baik.
Alhamdullilah.
Thanks to all of you.
Its nice to get connected again.
Alhamdullilah.

Sunday, October 14, 2018

Dah cuba dah

Nasihat dari doktor..
Cuba elakkan dari makan ni..
Aiskrim
Puddings
Donuts
Kek
Cookies
Jelly
Kuih tempatan yg manis2
Sweet pies n tarts
Sira apa2 pun.
Pengat apa2 pun

Jugak jgn makan ..
Nasi putih byk sangat
Nasi lemak no no no..!
Nasi minyak pun tak leh
Roti canai
Makanan goreng
Fast food
Lemak dari ayam,daging..
Pulut..segala jenis pulut.
Pulut manis? Jangan sekali kali.

Makan sikit jer ni
Rambutan
Duku dokong
Nangka
Durian
Mangga manis
Cempedak

Doktor,
Ada tak ubat untuk musnahkan selera saya?
Masaalah saya ni selera memang 1st class.
Semua benda ni saya suka makan.
Please lar tolong cipta ubat untuk sekat selera.
Than it wont be this hard to control my food intake.

Ok doktor, I will try my best.
No cheating.no no no.
Esuk saya diet k.
My diet starts tomorrow.
Always tomorrow.


Saturday, October 13, 2018

Siapa benarkan dia menjaja di sini?

Dah doktor kata saya perlu exercise,
maka saya akur...
Hari ni setelah berpuluh tahun saya tak keluar jogging or briskwalking,
Saya heret diri untuk ke taman rekreasi berdekatan.
Dah siap parking kereta, tukar selipar ke kasut sukan,
saya mula menapak.
Lenggang kangkung.
Melangkah perlahan lahan sambil tgok orang.
Orang muda muda memang la..
Berlari anak, kejap laju, kejap perlahan.
Saya macam lori lebih muatan,
Lepas satu, satu makhluk tuhan yg lebih laju
Mendahului saya.
Ok fine..u go ahead, no problem.
Peluh mula menitik
Kaki dah tak nak melangkah.
Kena paksa baru rela.
Mata mencari kerusi atau apa2 saja yg boleh jadikan kerusi.
Duduk. Lega.
Sambung aktiviti tengok orang.
Perhatikan segala pergerakan
Zuppppp!
Mata tertumpu di sana.
Cepat kaki menarik hati ke sana.
 "Dik, goreng pisang 2 hinggit, tapai goreng 2 hinggit, air teh o beng 1."
Punahhhh...!
Apalah si budak penjaja tu, kacau lah!
Kan dah rosak niat murni saya nak kikis lemak di badan.
Tolong pulissss, tangkap budak penjaja tu.

Friday, October 12, 2018

Terapi

Kalau rasa down or rasa stress sangat2,
Senang jer ubat nya.
Ambik kunci kereta,
Drive to somewhere nice.
 Yes.
Window shopping.
Legakan otak tersumbat.
Beli ke tidak soal kedua.
Happy.
Lalalalalalaaaa...

Pegang tu belek ni
Tengok harga, 
Pikir
Perlu beli ke tidak.
Tapi 
Perlu ke tidak tak penting
Hati kata beli saja.
Tepuk dada tanya selera.
Kannnnnnnnn?

Thursday, October 11, 2018

Here she sits like that again...

Owk trying hard to look girlish but failed!
She thought she is sexy but that is too far from being sexy.
Owk, come onnnn....
Sit properly.
Behave
See, I told you.
That is so not ladylike to sit like that.
Hmm....
Why bother?
Owh, go ahead Owk.
Do what ever you like.
And
Stop trying to hard.
You are beautiful in your own way.
Luv u Owk

Wednesday, October 10, 2018

Prevention is better than cure

Yes, thats what they said.
I know that long ago
But
I did not practice it!
So now since prevention is out of question,
I have to try to find a way to cure.
Or at least to hold.
To freeze the approching matter.
Can I?
The doctors told me that changing my lifestyle,
my eating habits helps a lot.
But they also said that once the thing stick to you, it remains.
The only thing you can do is prevent it from getting worst.
So thats what I'm going to do.
After being given 3 month trial period,
I am going to make the best of it.
I am on a strict low sugar, low fat, low carb diet.
Hopefully by 3 months time, the sugar level in my blood will drop.
Hopefully. InsyaaAllah.
So all of you please.....
Give me your moral support.
Help me make it although I know its going to be hard.
Stand by me
Support me.
Pray for my success.
And a huge thank you
For the love.
For everything.

Sunday, October 7, 2018

Saya takut ni....

Bila doktor cakap saya dah ada penyakit tu,
Saya sedih.
Bukan kerana saya takot nak hadapi penyakit tu.
Bukan.
Ubat ada
Hospital byk
Doktor hebat hebat sekarang.
InsyaAllah saya ok jer.
Tapi kenapa saya sedih?
Sedih sangat sangat.

Awakkkkk...
Saya dah tak ada awak untuk mengadu
Untuk cerita apa doktor cakap kat saya tadi
Untuk discuss apa perlu saya buat
Untuk dengar saya merepek pasal ni
Awakkkk...
Awak tak tau pun saya tak sihat mcm dulu
Tak sihat mcm saya selalu sihat tu
Siapa nak bagi saya moral support ni?
Siapa nak temankan saya ke hospital utk appointment?
Siapa nak layan saya ?
Siapa?
Saya sorang sorang.
Sorang2 hadapi penyakit saya
Sorang sorang.
Sampai bila pun saya akan tanggung segalanya sorang sorang.

Ops lupa, setiap pagi saya ke pusara awak kan?
Esuk saya nak pergi ngadu kat awak.
Tunggu tau.

Saturday night fever

Mengimbau kenangan.
Zaman bergelar remaja.
Masa cerita ni ditayangkan dipawagam,
kami masih muda, manis 18.
Kami happy
Bebas dan enjoying ourselves.
Sometimes to much.
Saya,
Shah,
Kama
Chah
Nyah
Zailan
Asri
Halim
Tu sebahagian dari kawan2 saya masa tu.
Masa tidak akan berputar kembali
Semua tu kenangan.
Kenangan manis untuk di kenang.
Alhamdullilah sampai sekarang kami madih berhubung.
Semua dah jadi somebody, berkerjaya dan berjaya.
Dah jadi nenek2 dan datuk2 dah pun..
How time flies...

Thursday, October 4, 2018

Syahid lah buat mereka..

Allah hu.
Perkhabaran yg meluluhkan hati.
6 maut dlm usaha menyelamatkan seorang yg terjatuh.
6 maut.
Anak siapa lah?
Suami siapa lah?
Tunang siapa?
Abang siapa?
Adik siapa?
Kawan siapa?
Yang pergi tak kan kembali.
Dah sampai panggilan ajal, itu kita semua redha.
Tapi saya terbayangkan yg ditinggalkan..
Ada isteri yg sekelip mata menjadi balu
Ada anak yg menjadi yatim
Ada adik kehilangan kasih sayang abang.
Ada ibu bapa tua yg menguburkan anaknya yang muda.
( Dalam hati mereka, sepatutnya yg muda lah yg menguburkan orang tua)
Allah hu..
Perancangan Tuhan adalah yg terbaik.
Apa lagi yg boleh di kata
Walau,
Pecah lah hati
Berterabur lah mimpi
Kelam dunia seketika, namun terpaksa redha.
Saya tak dapat bayangkan kesedihan yg mereka hadapi.
Redha macam mana pun, sedih tetap sedih.
Saya doakan mereka yg ditinggalkan kuat.
Tabah.
Cuba lah untuk pujuk hati.
Terima lah dugaan ini, hadapi lah..
Kalau perlu menangis, menangis lah..
Dan berdoalah buat mereka
Semoga mereka ditempatkan bersama orang2 yg solih.
Innalillahiwainnahirojiun.


Monday, October 1, 2018

Cuaca

Panas sungguh
Tak hujan hujan
Dah seminggu lebih tak hujan
Kalau hujan hari hari
Kita mula lah rindukan mentari
Tak sabar nak lihat langit biru
Panas tak best
Hujan tak best.
Serba tak kena lah kita ni
Kenapa tidak kita mengunaakan hari panas
 dgn sebaik mungkin?
Jemur baju
Jemur ikan
Sun bathing
Berkelah dan mandi laut
Bakar samapah
Banyak benda boleh dibuat pun.
Kalau hujan pula...
Kita main hujan.
Kita cuci longkang
Kita rehat dari siram pokok
Kita menikmati kesejukan.
Sama ada hujan atau panas...
Ada kelebihan nya.
Kita saja yg tak reti nak bersyukur.
Tau komplen jer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...