Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, January 31, 2022

Demi mereka yg ku sayangi.

Lepas subuh drive ke Kuala Terengganu.
Sampai kat hotel nasib baik majlis belum bermula.
Sempat la rehat kat lobby  dulu sekejap.
Penat tau, tua2 begini drive berjam jam.
Tapi happy. Sooo happy dpt jumpa adik beradik dan anak2 saudara.
Majlis menyambut menantu kakak.
Biasa la kan, kalut la adik beradik.
Tapi sempat gak posing atas pelamin.
Ni posing stail nak cepat sebelum jemputan masuk dewan.
Payah nya nak fokus.
Hentam saja la labu.
Persiapan terakhir.
Goodies dah ready untuk diagih. 
Pengantin berarak masuk.
Pengantin bersanding dengan anak nya sekali.
PKP punya pasal..
Nikah dah lama tapi sebab PKP baru boleh buat majlis.
Tak apa, bertiga lagi meriah.
Dah besar panjang dah anak2 saudara saya nih. Lama betul tak bersua muka. Semenjak mula PKP lagi kalau tak silap. 
Hokey hokey....ni model purba ni.
Jurufoto pun satu, posing membelakangi kamera yang di rakam nya. Agak2 saya ni dah tua sangat dah, wajah hanya akan memburukkan pandangan. Hadoiiii...suka hati kamu la nak, janji kita semua happy sangat di majlis itu.
Selamat Pengantin 'tak berapa nak baru' buat anak saudara ku Farhan...Semoga kekal ke anak cucu. Tahniah juga buat kakak ku tambah sorang lagi menantu.( foto keluarga atas pelamin x siap lagi kot..hellooo jurufoto, cepat la share)
Footnote: Sorry KakMah ( mak pengantin) tak spt nak posing dgn kakmah sbb tau kakmah 'kalut bin lorat' sewaktu majlis tu...I Lab U kakmah!

Monday, January 24, 2022

Jangan salah faham.

Saya bukan pemuisi. Saya bukan aktif dalam kerja kerja sastera dan teater. Saya orang biasa yang suka menulis saja. Suka mengumpul sejarah hidup di blog dan sekali sekala tulis puisi ikut hati. Tak pernah nak jadi penulis pun. Bila orang duk persoalakan pasal penulisan saya, saya jadi pelik juga. Biar lah, suka hati saya la nak tulis dalam bentuk apa pun. Blog saya itu hak saya. Jangan lah duk cari kesilapan bahasa dan kesalahan penggunaan kata2 ke apa ke. Saya tau apa yang saya tulis. Saya bukan nak hasilkan buku yang terjual laku. Saya bukan nak tunggu untuk dinobatkan sebagai penulis tersohor negara. Bukan bukan bukan. Saya tulis apa yang ada dalam kepala sewaktu saya menulis. Saya luahkan apa yang saya nak luahkan. Saya puas. Seronok. Terhibur. Cukup macam tu. Tak payah ajak saya hadir bengkel penulisan. Tak payah ajak saya ke perjumpaan penulis2 hebat. Saya tak suka dan tak nak hadir pun.Biarlah saya terus berada di dalam gua saya dan berselimutkan gelap kelam. Tak apa apa jika orang tak kenal saya. Saya menulis bukan kerana nama..

Wednesday, January 19, 2022

Been there done that

Sepatutnya ke masjid pagi ni.
Ubah hala tuju
Ke klinik kesihatan Pengkalan Chepa dulu.
                                   Walk in
Atas pujukan kawan2.
Cucuk boster
Hati berbelah bagi tapi pasrah. Tawakkal.
Maka dapat la confirmation ni.
Kira dah complete la ni kan.
Ke ada lagi dose ke 4, 5, 6....10?
Jangan laaaar!
Cukup la 3.


Tuesday, January 18, 2022

Neneks just want to have fun.

Bila nenek2 bertemu macam ni lah
Janji happy kann
Janji tak kacau orang.

4 nenek duduk di tepi pantai
Duduk menjerat si ketam lah batu
Sambunggg...
Sekali sekala bila terlepas rasa macam anak remaja.
Yes, we have fun. Happy Alhamdullilah
Model purba tak lepas peluang posing.
Terima kasih pada anak manis yang jadi mangsa kami marin. Jadi cameraman secara paksa..Thank you God for blessing us with time n health.

Sunday, January 16, 2022

1 jam sudah cukup

Setiap kali melukis potret..
Saya cepat jemu
Nak siapkan cepat cepat
Kadang tu setengah jalan dah berhenti
Tak siap siap
Jemu
Marin saya terpikat dengan foto cucu kawan saya.
Memang penuh expresi di wajah budak comel ni.
Saya mula melakar wajah nya di kertas.
Cuba sehabis baik untuk sudahkan.
Sejam.
Mula rasa malas nak teruskan.
Di minda nak tgok hasil terbaik.
Tapi di hati mula rasa nak siapkan setakat ni saja
Macam biasa hati menang dalam pertempuran dengan minda. Saya letak pencil. Cukup. Biarpun tak siap dan tak kemas saya dah cukup suka dah. Puas. Bangga dgn diri sendiri kerana dalam keadaan jari saya( carpal tunnel syndrom) yang kebas2 begini saya masih boleh buat apa yang saya suka.Syukur Alhamdullilah. Sedia faham sakit2 itu sinonim dgn usia tua.

Thursday, January 13, 2022

Sedappp

Sedap ni.
Serius sedap
Pedas
Kurang manis
Ranggup
Saya bukan jual sambal bilis.
Bukan juga wakil pengeluar
Saja nak share
Kot2 ada yg cari sambal pedas yg sedap.
Try la kalu tak caya

 

Tuesday, January 11, 2022

Sudoh kijo!

 Aku ni memang laa...Specis kalut kot. Berdebar debar nih..Excited ada, takot ada. Hai la belalang, nasib kau la belalang....

Group wassup 'kelas Bahasa arab' bergegar semalam. Apa tak nya kelas yang terpaksa KIV selama hampir setahun boleh dibuka semula. Maka keluarlah notis di group tu menyatakan esuk pagi which is pagi ni, kelas mula semula.

WHAT? Memang la happy but what? Pagi ni? Are you kidding me? Sudoh kijooo..Sudoh kijo doh laaa....Happy tu happy sangat tapi kalut la aku pagi nanti.

Happy sebab boleh sambung semula mempelajari ilmu alQuran. Happy boleh jumpa ustazah yang sangat sabar dengan kerenah anak murid tua. Happy sebab boleh jumpa kawan2 sekelas/set2 pencen..Memang dah lama rindukan kelas pun.

Yang kalut nya sebab aku tak bersedia lagi. Batu jemala patek ni terkejut bila tup tup kelas dah mula semula.Bukan apa, teringatkan beg 'back to school' ku itu. Dah kemana beg tu? What about buku2, nota2, alat tulis....? Dah ku campak ke mana dah semua tu..Tolongggg..Hampir setahun awak, mana tak hilang.( harap2 beg tu masih ada nyenyak dalam bonet kereta seperti kali terakhir beg tu mendarat)  Ini murid darjah satu pun tak macam ni, buat malu kompeni sungguh nih!

And most of all yang buat aku gelabah ni ialah..jeng jeng jenggg....Ikhlas cakap, aku cuti baru ni cuti mutlak! Tak join pun kelas online ke, ulang kaji nota2 lama ke..google kat utube ke..Serius tak. Memang cuti sungguh. Habis tu camna...? Otak berkarat pekat nih. Comfirm jadi badut sarkis la aku dalam kelas nanti.

Kalau la announcement di buat a week earlier, sempat la aku ulangkaji secara gigih. Sempatla aku gi beli pen/alatulis baru. Sempatla aku cari gali kat mana aku humban beg sekolah ku itu. Wei la wei...takoooot la pulak. Mana tau ustazah buat kuiz nanti..Sah2 aku akan tunduk jer sepanjang kelas berjalan..Jangan la mata bertentang mata dgn ustazah. Ampunnn ustazah, anak murid yang ini dari zaman sekolah sampai ke la ni memang back benches...memang geng yg berdiri atas kerusi memanjang..

Jap lagi bila cerah tanah, akan ke kelas lah seorang aku yang bakal menjadi murid kelas pemulihan. Pakat2 doakan aku ye, doakan semoga aku tabah hadapi dugaan2 dlm kelas nanti. Doakan jugak semoga kawan2 aku yg lain macam aku jugak, sama blank, sama zero. Sama ke laut semua nya...Aaminn...

Ok ok..share foto lama2 la sikit untuk naikkan mood nak mula semula belajar. Jom kawan2 kita ke kelas 'Bahasa alQuran' pagi ni.



Ustazah sayangggg...Kalau start semula boleh tak? Undur ke pelajaran pertama semula? Boleh laaaaaaaaar.

Sunday, January 9, 2022

Bermusim

 Macam buah buahan tempatan.

Makanan lain pun bermusim jugak.

Bila viral, semua orang pakat cari dan cuba.

Kalau sedap berbaloi.

Kalau tak sedap rasa nak gi sekeh dahi orang yg viralkan tu.

Ni anak2 sibuk duk nak try 'pani puri'

Saya dah biasa makan sewaktu duk london dulu.

Haha..duk negara matsalleh tapi makan makanan orang india, dah kenapa tu?

Jiran saya india, itu yang kenal makanan org india.

Selera saya memang boleh ngam dgn makanan orang india. Sedap.

Tapi kalau tgok utube 'street food' kat india tu loya tekak la pulak. 

Di Msia ni kita banyak pilihan dan kita boleh pilih nak yang macam mana...

Panipuri ni saya order online. Nampak kemas presentation nya. Rasa pun not bad.

Repeat order? Of course.



Saturday, January 8, 2022

See u next time...

Today my 'Bosu' is going back to college life again after spending 3 weeks here at home.
So yesterday we decided to go for a stroll along the seaside just for fun.
We enjoyed ourselves very much.We had a typical 'Tepi pantai' lunch.

Bye bye Anis. Hope to see you again. Take good care of yourself. Study smart and jaga solat tuh.
We all love you.

Monday, January 3, 2022

'Payoh Baso' itu saya.

Hai lah Pantai Cahaya Bulan.

Mungkin saya yang jenis berkira.
Bukan bab harga, mahal pun takper.
Janji bersih.
Yes. BERSIH.
Kali ni kena lagi.
PCB nama mu indah tapi kedai makan mu tak seindah itu.
Saya ni saja jer rasa nak cuba, terliur juga tengok pameran makanan di sepanjang pantai tu.
Yang saya pesan sampai ke meja.
Semangkuk kerabu maggi.
Selamber jer dia bawak ke meja dengan memegang mangkuk tu tanpa dulang.
Entah2 tercelup jari dalam maggi.
Loya la pulak.
Mangkuk plastik yang digunakan seperti mangkuk pinggan mainan. Ringan dan kualiti plastik entah sesuai untuk letak makanan manusia ke tidak.
Air kelapa sampai ke meja lebih dulu.
Gelas kelabu kekuningan.
Ada daki air lagi di permukaan gelas.
Apa salahnya guna kaca atau beli gelas baru saja.
Plastik pun tak apa asal nampak putih cerah bersih.
Paling tidak guna gelas pakai buang, pinggan pakai buang.
Terliur tengok goreng gorengan yang tersusun didepan kedai.
Pilihlah beberapa cucuk fishball, crabstick dan yg sewaktu dengan nya.
Tuan kedai goreng semula.
Terkejut tengok minyak.
Hitam pekat.
Bila makanan hinggap di bibir rasa pahit pahit sikit.
Sah kes minyak.
Adakah pegawai dari jab kesihatan tak memantau kedai2 di sini?
Sayang sungguh..pengunjung pantai ramai.
Kalau ditambah baik mesti tambah meriah.
Harga ok la..semangkuk kerabu maggi, beberapa cucuk fishball, air kelapa dan air kelapa float hanya rm26.
Lain kali nak cuba kedai sebelah pulak.
Support kedai melayu kannnnn
Nak niaga kena la ikhlas.
Please lar...cuba ubah.

 Kepada yang kata saya cerewet, betul. Bab kebersihan memang saya cerewet. Ke nak sindir kenapa saya tak makan di restoren 5 bintang saja?
 Ni jawapan nya..Hellooo....awak,
Saya ni gerai tepi jalan pun saya kunjungi, makanan atas kereta tolak  pun saya boleh hadam, makanan yg dijaja di traffik light pun saya beli. Saya tak siasat apa yang saya tak nampak. Tapi kalau dah depan mata saya macam tu..hmm entah lah! Betul kot saya ni ' Payoh baso'.

Saturday, January 1, 2022

Hadiah tahun baru

Kait beg buat diri sendiri di hari terakhir 2021
Lama tak mengait, jari kebas.
Pagi ni 2022, paksa diri siapkan walau jari dari malam tadi sakit..Tak leh tido sakit.
Happiness is priceless
Suka sangat walau tak cantik mana pun.
Ni dia hasil dari degil.
Doktor dah cakap kurangkan penggunaan jari bagi kerja2 halus.
Saya ni ada carpal tunnel syndrom.
Buat jugaaaak..paksa jari siapkan jugakkk!
Ni hasil nya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...