Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ
Saturday, December 31, 2022
Friday, December 30, 2022
Thursday, December 29, 2022
Wednesday, December 28, 2022
Posing sakan
Tuesday, December 27, 2022
Pendatang berizin
Botak
Monday, December 26, 2022
Yesterday
It was her birthday yesterday.
I remembered well.
But I choose to forget.
Inside, my prayers goes to her as always.
Ja, God knows what is the best for you. Just have faith. I am here for you and will always be here, Gods willing/InsyaAllah. Till my last breath I will always pray for your better future. You are the ' Bidadari yg tertangguh'.
Sunday, December 25, 2022
Peminat setia.
Friday, December 23, 2022
Penat tau!
Memastikan berlambak cucian yg tak kering kering tu mendapat cukup cahaya matahari.
Maka bermulalah pesta mengejar matahari. Bila nampak panas, cepat2 keluarkan pakaian ke jemuran...Bila nampak awan mendung berarak, cepat2 angkat pakaian di jemuran bawa masuk ke tempat berbumbung. Jemur angkat jemur angkat. Ulang2 sampai kering kain baju tu...Atau sampai ibu2 kurus. Penat tau!
Thursday, December 22, 2022
Jeram ngaji(sebelum dan selepas)
Wednesday, December 21, 2022
Tuesday, December 20, 2022
Hujan lagi.
Sunday, December 18, 2022
Sepupu
Dari kami kanak2 lagi kami rapat. Rumah ayah saya berjiran dengan rumah ayah dia. Dah la sepupu, usia hanya beza berapa tahun saja.Sekarang bi dia ibu tunggal seperti saya juga.
Friday, December 16, 2022
Thursday, December 15, 2022
Istana kucingku.
Monday, December 12, 2022
Main hujan
Lepas main hujan nenek nak tido.
Saturday, December 10, 2022
Cikgu pencen
Friday, December 9, 2022
Yes!
Yes Yes Yes!!
Dah cabut gigi.
Lega.
Rasa macam langsai hutang berjuta.
At last takut2 pun dah berjaya pujuk diri untuk menyerah.
Terima kasih dentist yg sangat prihatin.
Dr Zakwan . Anak sapa la ni.....
Thursday, December 8, 2022
Niat
Pasang niat dah lama dah.
Byk tahun dah.
Akhir2 ni duk berbelah bagi.
Nak gi serah diri ke dentist ke tidak.
Niat nak cabut memang ada
Masa sakit tu memanglah, kalau boleh jam tu jugak mau cabut.
Tapi kalau gi klinik, dentist bagi ubat tahan sakit dulu.
Biar reda sakitnya
Dah reda tu niat tinggal niat.
Takut la pulak!
Hari ni pasang niat lagi.
Nak gi cabut gigi. Kena cabut. Wajib cabut.
Niat sama dgn niat kelmarin.
Niat minggu lepas sama jugak
Bulan lepas puuuuunnn sama.
Tahun lepas pun niat macam ni.
Entah la belalang...Nak cabut tapi takut.
Takut sakit. Macam la beranak 5 orang tak sakit! Macam la kena bedah dulu tak sakit...
Hari ni 8Des 2022 niat lagi seperti biasa.
Niat tinggal niat...
Tuesday, December 6, 2022
Stereng baru.
Monday, December 5, 2022
Pelangi yang pudar
Kau ada, aku suka
Kau menjauh, aku tak apa apa.
Kau sayang, aku suka
Kau benci, aku tak apa apa
Kau jujur, aku suka
Kau menipu, aku tak apa apa
Kau menghargaiku, aku suka
Kau anggapku sampah, aku tak apa apa.
Kau buat lah apa saja asal kau bahagia, aku tak apa apa. Aku tetap doakan semoga di hujung usia begini kau temui ketenangan hidup dan bahagia disamping keluargamu.
Aku? Aku tidak mau terlebih beremosi. Bahaya begitu. Naik tekanan darahku. Tak pasal pasal dapat penyakit. Aku maafkan segala kesilapanmu bukan untukmu tapi untuk ketenangan mindaku.
Tidak ada marah atau dendam. Hidupku bahagia tak kira kau ada atau tidak. Aku hanya kesiankan nasibmu kerana aku tahu kau kemain lagi struggle mencari bahagia.
Kau tahu tak? Mensyukuri apa yang ada itu lah bahagia.Bersyukurlah. Usia di hujung senja begini kita hanya menunggu saat mati. Dah dah lah ...
Sunday, December 4, 2022
Bukan kehendak hati
Disember
Bulan penutup tahun.
Himpunan cerita bertambun.
Akan kukuburkan di 2022.
Tidak perlu ku bawa ke tahun seterusnya.
Setakat ini sajalah nampaknya
Cerita kita yang berjela berpuluh tahun
Perlu ditamatkan jua.
Kerana makin di heret makin menyesakkan dada.
Ada 25 hari saja lagi.
Baki hari untuk kita posmortem segalanya.
Siapakah di antara kita yang menamatkan sebenarnya.
Bukankah kau yang terlebih dahulu merosakkan jalan cerita?
Aku sudah penat menampal kepingan2 carik.
Maka lebih baik kita noktahkan saja cerita itu.
Bukankah begitu?
Saturday, December 3, 2022
Kabinet
Persoalan dah terjawap.
Kabinet dah dibentang.
Hadap sajalah.
Harap2 ada penambahbaikkan
Harap2 bertahan hingga ke pru 16.
Harap2 kekal aman makmor.
Harap2 tak menyusahkan rakyat jelata macam saya ni.
Harap2 jangan la ada yang bertindak di luar kawalan emosi.
Yang memerintahnya kamu, jadi menterinya kamu, berkuasanya kamu, kaya nya kamu..
Sedangkan aku ni kabinet di ruang dapurku yang tercabut pintu tu belum mampu untukku baiki.