Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, July 27, 2013

kawan kawan

Bila dah selesai urus Ja dan dia dah tidor, hati rasa lapang.
Tamat lah cerita hari ni dan menunggu hari esuk yg entah macam mana
Esuk lain cerita, hari ni saya happy sangat.
Tadi kawan2 Ja datang ziarah Ja.
Mereka bukan hanya ziarah tapi macam kawan2 Ja yg lain lah,
setiap kali datang mereka akan bantu saya urus Ja.
Alhamdullilah ada saja yg bergelar doktor singgah dan beri perkhidmatan percuma.
Selain percuma mereka beri perkhidmatan beserta kasih sayang lagi buat Ja.
Alang kah bertuah nya Ja di pertemukan dgn sahabat2 yg sebaik itu.
Itu lah sahabat waktu susah nama nya.
selain mendoakan Ja, mereka ambil berat.
Tuhan saja lah yg membalas budi baik mereka.
Selain bantuan dari kawan2 Ja, yang paling saya suka ialah....
Panggilan "Mummy"
Terasa dekat di hati bila ada kawan2 Ja yg address saya sebagai mummy.
Walau lama tak keluar perkataan 'mummy' dari mulut Ja, hati sedikit terubat bila kawan2 dia duk sebut mummy..
"Mummy, nanti kami datang lagi..."
Datang lah anak, pintu rumah mummy sentiasa terbuka untuk kamu semua.
Melihat senyuman itu, santun tutur kata itu, lengguk sopan langkah itu .....
Melihat mereka, seperti saya melihat Ja ada bersama keramahan mereka.
Sebelum beredar, mereka bersalaman dan hadiahkan saya pelukan.
Sungguh, rindu saya pada Ja menjadi jadi hari ni.



4 comments:

Anonymous said...

Slm aunty..
Beruntungnya mereka dpt menjenguk ja..xmengapa,doa buat ja sntsa sy kirim dr jauh..
Betapa ja disayangi kita semua aunty...ja disayangi bkn sj keluarga,rakan2,mlh lbh dr tu...hebat sungguh ksh syg org ramai utk ja...apatah lg ksh syg Allah buat ja,kn aunty?sedangkn ksh syg manusia dah begitu,sudah tntula xsetanding ksh syg Allah buat dia aunty...
Percayalah aunty...Allah menyayangi ja..lbh dr kita semua syg ja...kita serahkn segala pdNya dan teruskn berdoa smga Dia kmbalikn ja segera spt sedia kala...
Aunty seorg ibu yg sgt kuat..sy mengagumi aunty dan turut bersedih dgn apa yg menimpa ja...
Semoga berkat kesabaran aunty,ja akn kmbali dan doa kita semua Allah mkbulkn di bulan yg mulia ini..

Abil Fikri Ahmad said...

Buat sementara ini, saya hanya dapat melawat Ja melalui blog ini..Doa saya selalu buat Ja, Moga Allah perkenankan yg terbaik untuknya..aminn.

lina said...

salam teacher,


Allah...lama lina tk dtg menjenguk...apa khabar teacher yg dikasihi...semoga sentiasa dlm peliharaan serta pelindunganNYA....Amin....

Tok Ngah said...

Salam Anis. Lama tak jengok blog you.Couple of weeks tts dgn maimon and a couple of other clse friends. Dia citer what you had gone thru. Harap u terus tabah.

Tok Ngah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...