JPJ tak tau ke ramai yg memandu tanpa lesen kat Malaysia ni.
Ni kat sini ada sorang.
Lesen 'P' tu pun tak ada.
Tak makan saman pulak tu.
Camna JPJ nak saman,
Tengok, dia dah buat muka camtu..
Dah nangis pulak dah...
Kes macam ni menteri pengangkutan pun tak leh handle nih!
Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ
Sunday, April 29, 2012
Saturday, April 28, 2012
40 km/j saja hari ni...
Ekzos tersumbat.
Enjin panas.
Tak leh laju2 hari ni.
Bukan kereta,
saya ni haaa....
Entah siapa yang murah hati dermakan kuman selsema ni.
Achooooooooommmmmm...!
Enjin panas.
Tak leh laju2 hari ni.
Bukan kereta,
saya ni haaa....
Entah siapa yang murah hati dermakan kuman selsema ni.
Achooooooooommmmmm...!
Friday, April 27, 2012
Pelangi itu Naga
Arwah nenek saya cakap pelangi tu sebenarnya jelmaan naga.
Dulu masa kecik2 kalau nampak pelangi, nenek selalu sebut "Gano turun minum air"
Gano tu gelaran bagi naga tu lah.
Katanya,
Warna pelangi yg cantik memukau tu untuk menutupi diri naga yg sebenar.
Naga ada sisik dan kuku yang tajam.
Ekornya berkait dan kepalanya menakutkan.
Lidah bercabang dan mata mengintai mangsa.
Kepala naga tu sentiasa di bawah mencari air.
Naga yg dahaga lah tu.
Wahh tak sangka yer, pelangi yg cantik macam tu perangai sikit punya teruk.
Kira2 boleh geng dgn musang berbulu ayam.
Buaya bertopeng orang.
Sekapal lah tu.
Betul ke pelangi ni naga?
Sokong nek! Nenek saya tak pernah salah.

Thursday, April 26, 2012
All Rounder.
Nak buat Taman.
Kami ni tak biasa berkebun tapi dgn bantuan pekerja sekolah boleh kot.
Mula mula ratakan tanah..Berlakun lah sikit depan kamera kannn..
Pastu cabut pokok yg tak perlu,
Panas tul tadi.
Mujur saya yg keturunan puteri lilin ni tak cair
Nak buat apa lagi yer...
Main pedang boleh?
Siapa rasa kami tak mampu buat taman?
Siapa rasa kami boleh jadi Hang Kebun?
Nak bet?
Saya rasa lah, jap lagi kena panggil dek Guru Besar kami nih..
Dah la duk main main, Guru besar sedang teropong tu......
( Semoga Allah permudahkan kerja buat kami, InsyaAllah)
Kami ni tak biasa berkebun tapi dgn bantuan pekerja sekolah boleh kot.
Mula mula ratakan tanah..Berlakun lah sikit depan kamera kannn..
Pastu cabut pokok yg tak perlu,
Panas tul tadi.
Nak buat apa lagi yer...
Main pedang boleh?
Siapa rasa kami tak mampu buat taman?
Siapa rasa kami boleh jadi Hang Kebun?
Nak bet?
Saya rasa lah, jap lagi kena panggil dek Guru Besar kami nih..
Dah la duk main main, Guru besar sedang teropong tu......
( Semoga Allah permudahkan kerja buat kami, InsyaAllah)
Wednesday, April 25, 2012
Monday, April 23, 2012
Sampah yg perlu ku buang
Ku paksa diri ku hirup duka lama setiap hari.
Memamah sengsara yang basi.
Kesihan nya aku pada diri ku.
Bodohnya aku..
Sebenarnya,
Tabir duka itu tidak perlu lagi.
Aku perlu selak dan gantikan dengan tabir baru.
Kumpul lah sisa kenangan luka,
Buangkan saja,
sumbat dalam tong segala kuman dan kudis semalam.
Buat apa biarkan luka berbingkai di dinding
Untuk apa duri dendam di jadikan permaidani
Lucutkan rantai resah yang melilit leher dan melemaskan itu
Bakul sampah ku penuh hari ni.
Banyak yang perlu ku buang.
Mesti di lupuskan
Tak perlu kitar semula.
Semalam adalah sisa toksid yang meracun masa depan.
Aku tidak perlu berenang dalam sampah sarap sepanjang masa.
Mana tong sampah yg lebih besar?
Segalanya akan ku buang...
Mengumpul duka bukan kegemaran masa lapang.
Kenapa perlu yang hitam bila putih menenangkan ?
Kenapa perlu cari payah bila senang menghulurkan salam.
Hidup harus melangkah ke depan.Saturday, April 21, 2012
Friday, April 20, 2012
Karangan bertajuk 'RUMAH SAYA'..360 perkataan ke lebih ni?
Saya masih tinggal di rumah pusaka ayah.
Rumah ini dah usang hampir menyembah bumi,
Komen yg biasa saya dengar ialah..
" Tak nak pindah duk rumah baru ke?"
Nak juga, bukan tak nak tapi belum sampai seru.
Kawan2 saya semua nya duk rumah sendiri.
Cantik rumah mereka, besar tersergam dan gaya terkini.
Tak apa lah, mereka lebih mampu dari saya.
Saya dah cukup bersyukur dah dengan rumah ni.
Rumah ni usia sebaya saya.
Dah tua tu, ada saja kerosakan yg perlu di baik pulih.
maintanance fee tinggi sungguh.Sebijik macam tuan rumah jugak lah.
Rumah saya rapat dengan rumah jiran2.
Pagar belakang dah jadi macam dinding, hasil dari pandai2 ubah suai sendiri.
Kiri kanan pun dah tak ada ruang, macam kotak mancis yg di sambung2.
Kalau bunyi bising kadang tu macam dari rumah kita,
walhal bunyi dari rumah jiran jer tu..
Yang paling best nya,
Jiran saya semua nya Bangsa asing yang x fasih bahasa melayu kita.
Jadi, kalau saya bising pot pet pot pet, sehari suntuk pun jiran tak faham.
Hehehe..Tu pasal lah kebebasan bersuara di amalkan di sini.
Tapi jiran saya baik2 semuanya walau tak sebangsa.
Saya sayang nak pindah dari daerah ini.
Tempat kerja depan rumah jer,
Supermarket dan Pasar Wakaf Che Yeh pun dekat.
Banyak lah alasan saya kannn....
Sebenarnya alasan yg paling best ialah....RUMAH FREE.
Kikkikkikkk...segan nak ngaku weh!
Rumah ini dah usang hampir menyembah bumi,
Komen yg biasa saya dengar ialah..
" Tak nak pindah duk rumah baru ke?"
Nak juga, bukan tak nak tapi belum sampai seru.
Kawan2 saya semua nya duk rumah sendiri.
Cantik rumah mereka, besar tersergam dan gaya terkini.
Tak apa lah, mereka lebih mampu dari saya.
Saya dah cukup bersyukur dah dengan rumah ni.
Rumah ni usia sebaya saya.
Dah tua tu, ada saja kerosakan yg perlu di baik pulih.
maintanance fee tinggi sungguh.
Rumah saya rapat dengan rumah jiran2.
Pagar belakang dah jadi macam dinding, hasil dari pandai2 ubah suai sendiri.
Kiri kanan pun dah tak ada ruang, macam kotak mancis yg di sambung2.
Kalau bunyi bising kadang tu macam dari rumah kita,
walhal bunyi dari rumah jiran jer tu..
Yang paling best nya,
Jiran saya semua nya Bangsa asing yang x fasih bahasa melayu kita.
Jadi, kalau saya bising pot pet pot pet, sehari suntuk pun jiran tak faham.
Hehehe..Tu pasal lah kebebasan bersuara di amalkan di sini.
Tapi jiran saya baik2 semuanya walau tak sebangsa.
Saya sayang nak pindah dari daerah ini.
Tempat kerja depan rumah jer,
Supermarket dan Pasar Wakaf Che Yeh pun dekat.
Banyak lah alasan saya kannn....
Sebenarnya alasan yg paling best ialah....RUMAH FREE.
Kikkikkikkk...segan nak ngaku weh!
Thursday, April 19, 2012
Sebab mulut perut rasa semacam jer..
Makan tak reti nak berpantang.
Membujur lalu melintang patah.
Rasa mual, loya dan memang tak sedap perut.
Kesnya makan ni
Pengat Labu campur Keledek.
Pas tu minum ni.
Dragon fruit campur Melon campur susu.
Mau nya tak Tsunami dalam perut.
Tu ada separuh jug lagi dlm peti ais,
Soalnya siapa nak tolong habiskan?
Tak baik membazir.
Adoiii...sakitnya perut ku.

Perlu kasi ingat..
Saya perlu rasa di perlukan.
Saya memerlukan orang yang memerlukan saya di dalam hidup ini.
Saya amat2 berterima kasih kepada orang yg membuat saya rasa di perlukan.
Saya tidak memerlukan orang yang buat saya rasa amat tidak di perlukan..
Saya berterima kasih juga kepada orang yang membuat saya rasa tidak diperlukan kerana sekarang saya tau apa yg perlu saya simpan dan apa yang perlu saya buang..
Hidup perlu di teruskan,
Mati perlu di tanam....ish, tiba2 pulak keluar ayat ni. Jiwa kacau.

Wednesday, April 18, 2012
Gaji lambat lagi ke a?
Bulan cantik di dada malam.
Dipenjuru mana pun kita berada,
kita tenung bulan yg sama.
Tapi di hujung bulan begini..
Bulan tidak tersenyum.
Masam mencuka.
Cepatlah tiba hujung bulan,
ku rindu hadir mu seperti selalu.
Aku kuli gomen mengalahkan pungguk,
merayu kerinduan..
Cepat laaaa cukup bulan.
Cepat laaaa.....Cepat laaaa.....
Monday, April 16, 2012
Kereta baru warna merah..tapi tak boleh bawa ke sekolah..
Saya nak beli kereta baru.
Nak yang warna merah.
Tapi hubby lebih suka beli MPV
Dia nak beli Jeep.
Pelik kan?
Jadi saya ambik jalan tengah,
Beli apa pun boleh asal warna merah.
Hubby janji nak bayar.
Cash.
Hubby yg keluar duit tapi tak boleh register nama dia.
Saya tak setuju guna nama dia sebab dah 2 dah guna nama dia.
Adil?
Adil lah tu..
Ok, jadik. Tadi dah ke kedai kereta, pilih punya pilih berkenan dengan yang ni.
Jeep dan warna merah.
Ok kan, semua orang puas hati.
Dah register atas nama Imaad pun.
Jeep merah ini Imaad yang punyer..
Imaad mesti suka ni.
Siti ko cakap jer macam ni...Akak ni batu api jer..
Pinggan tak retak, nasi tak dingin.
Awak tak nak, saya pun tak hinginnnn...
Pinggan tak retak, nasi tak tumpah.
Awak tak nak, saya lagi lah menyampah...
Pinggan tak retak nasi tak basi.
Awak tak nak, saya apa peduli..
Pinggan tak retak, ada nasi basah?
Awak tak nak, ada saya kisah?
Akak tak suka lah stail memujuk merayu macam hindustan tu, jangan lah nampak sangat yg kita ni lemah, ikut sedap orang jer nak buat apa..Dah kita tak hargai diri sendiri, nak harapkan orang lain yang menghargai diri kita payah la dik..Stand up n move forward.

Sunday, April 15, 2012
Murid2, cikgu nak tanya sikit nih..
Sila pilih jawapan yang betul.
Soalan 1
Apa patut kita buat kalau kita dikecewakan?
A. Duk diam diam. Redho dan maafkan dia sebab segalanya atas kelemahan kita.Makan hati lah sorang sorang.
B. Tutup fail. lupakan segalanya, lupakan dia. Lupuskan dari ingatan 100%
C. Cari dia sampai ke lubang cacing.Balas balik, kenakan dia lagi teruk dari dia kenakan kita. Tidak ada maaf bagi mu!
D. Doakan semoga Tuhan beri dia hidayah, semoga tak ada orang lain yang akan merasa apa yg kita rasa di sebabkan oleh dia.
Soalan 2 ( Untuk di jawap oleh Cikgu Hani saja)
Apa patut saya buat kalau saya yg dikecewakan?
A. Hadapi dengan senyuman.
B. Hadapi dengan senyuman.
C. Hadapi dengan senyuman.
D. Hadapi dengan senyuman.
E-Z. Hadapi lah dengan senyuman, tak perlu kata apa apa.

Saturday, April 14, 2012
Dunia Imaad
Geram tengok buih sabun warna warni
Dia dah terbang depan mata ni
Tangkap satu...
Buih sabun dah pecah, tinggal belon jer..
Tenggelam dalam belon.
Sedap nya jadi kanak kanak.
Khayalan adalah buih sabun dan belon.
Cantik nya hanya sebelum pecah.
Kboom!!!
Habis pecah.
Kembali ke alam realiti yg tak seindah mimpi.

Saya hanya mendengar, tak cakap apa pun sebab saya tau saya bukan tukang rumah..
Rumah siap, pahat, tukul, screw driver, spannar berbunyi. Kalau setakat tu aje ok jugak lah, ni gergaji letrik pun berbunyi jugak. Satu benua boleh dengar.
Cakap senang, cuba awak yg galas tanggung jawap tu...entah2 bukan setakat berbunyi gedegang gedegung, runtuh terus rumah yg dah siap tu kot..
Kepada yang berbunyi sakan tu, nak tanya sikit, kalau awak pandai sangat kenapa dari mula lagi awak tak volunteer buat rumah tu?
Reban ayam pun belum tentu siap, pandai nak komplen itu ini.
Payahnya nak puaskan hati semua orang di setiap masa..
Mudah nya nak jadi tukang komen!
Saya ngaku saya tak boleh buat rumah sebab saya ni kalau pahat tukul berbunyi, saya bakar api jer rumah tu..
Statement berbau hasutan tuh, abaikan saja.
Pakai statement ni..Sabarlah wahai si pembuat rumah, awak yakin awak dah cuba buat yg terbaik, cukup lah macam tu.
Biaq pi apa orang nak kata..Mulut tak der insyuran.

Friday, April 13, 2012
Idea siapa ni?
Semasa mengemas tadi, ini yang saya jumpa.
Dunia sekarang semua kena in black n white kan?
Budak2 pun tau.
Entah bila la dia orang buat perjanjian macam ni.
Siap ada tanda tangan saksi lagi.
Yang lawak nya, siap ada catatan dari pihak kedua, 'InsyaAllah kalau ada yang murah' atau 'Donut' aje.
Boleh pulak tawar menawar..
Boleh bawak ke mahkamah kalau engkar perjanjian ni?
Mummy pun terliur nak buat agreement jugak lah..
Nak buat 10 agreement sekali gus.
Ambik!

Amboi Amboi Amboi, berasap otak kalau ingatkan telatah dia.
Bukan apa, saya rasa nak tergelak tengok orang tu.
Tak baik gelak kan orang tapi hari ni saya nak gelak jugak.
Dah lama saya pendam, hari ni saya nak luah.
Saya selalu perhatikan dia dan kaji tutur bicara dia.
Dia ni punya lah sibuk, menteri pun tak sesibuk dia.
Kerja dia punya lah penting,
Semua kena dia yg buat, org lain semua tak pandai buat.
Agaknya bumi tak perputar di paksinya kalau dia tak suruh.
Kalau dia tu CEO, kira munasabah lah jugak.
Ini kuli gomen mcm saya lah jugak.
Kira sekapal lah dengan saya tapi dia kapal besar muat kontainer kot.
Saya ni kapal selam jer..sentiasa menyelam.
Cara hidup pun cewahhh...Ada kelas you!
Bergaul dengan orang2 atas awan.
Tak pernah ke pasar.
Tak pernah sentuh rumput la kira nya.
Pakai branded semua.
Kalau selisih mesti org pandang kali kedua.
Hebat dan mantappppp...!
Gaya mesti tak kalah punya.
Jalan pun macam Azis Satar selepas jumpa harta Ali Baba.
Tapi...
Sorang kawan pun tak pernah pergi ke rumah dia.
Tak pernah di ajak dan sering mengelak.
Naper ek? Ada pelihara rimau ke?
Yang saya tak gemar nya,
Dia ni kuat jual minyak urat lahh
Cakap tak pernah betul, berbelit belit.
Ular pun pucat kalau cakap dgn dia ni.
Saya nak tunggu dan lihat jer.
Sampai bila dia boleh hidup dalam hidup pura2 dia tu.
Penat tau kalau asyik nak menipu saja.
Saya tau lah penat sebab saya pun pernah menipu jugak sikit2..
Saya pernah cuba hampiri dia dan kalau boleh nak betulkan siaran yg tak betul tu.
Nak tolong dia bertapak di bumi nyata.
Tak pasal2 dapat undi tak percaya, dah kena tendang dari senarai kawan dah saya ni.
Padan muka saya lah, tak der koja, cari koja..
Kesian dia laaaa.......
Sungguh saya sayangkan persahabatan saya sebab saya tau dia seorang yg kesepian.
Dia ada kekurangan yg perlu di tutup dengan kepalsuan.
Awak tau, orang yg suka tarik perhatian ni adalah seorang yg terabai dan serba kekurangan sebenarnya.
Apa lagi yg boleh dia buat untuk ubati hati selain dari menipu diri sendiri?
Saya faham tu dan kerana itu lah saya tidak akan biarkan dia rebah sendiri.
Bayang nya tetap akan saya ekori..

Wednesday, April 11, 2012
Nasib orang tak serupa.
Kami lepak sekejap depan TV di dalam sebuah bilik di sebuah resort, di tepi pantai, sewaktu 'Hari Keluarga'.
Tengok siaran langsung pertabalan DYMM yang di Pertuan Agong.
Apa agaknya yg terlintas di dalam batu jemala kami ni...
A- Hmm...Bila la boleh pakai cantik2 macam permaisuri2 ni....
B- Kalau aku lah jadi permaisuri boleh ke aku makan rojak dalam gelas potisterin di atas katil dengan teman2 macam ni?
C- Kalau aku jadi permaisuri aku sewa hotel berbintang2, tak lah kena share katil dgn geng macam ni.
D- Tak per, tak sempat jadi permaisuri, aku cari menantu raja, dapat jadi bonda permaisuri.
Dah, jangan nak berangan, jom kita ke pantai bersuka ria dengan kawan2 di hari keluarga ni.
Tak jadi permaisuri pun tak per, kami dah cukup bahagia dah.
Alhamdullilah....

Suka suka jer..Kalah pun tak per kan Anis?
Tuesday, April 10, 2012
Saipa yang tahan dengan feel perangai buruk kita?
Siapa?
Ahli Saikologi ke, pakar kaji tabiat manusia ke,
semua tak larat nak terima kita seadanya.
Maklum lah kita ni bukan baik sangat pun.
Peel perangai ada kala mengalahkan yg bertanduk.
Ini kan pula kalau setakat best friend.
Boyfriend?
Special friend?
Jangan harap laa.
Plastik jer tuh.
mereka tu kalau baik pun, baik ada benda tu.
Yer lah belum capai target tu, bukan main lagi simpati melimpah ruah.
Sampai kita rasakan mereka ni orang ke malaikat sebab terlalu pandai mengambil hati kita.
Tapi selama mana mereka boleh berpura pura begitu?
Tok sah harap lah..
Paling2 dia orang guna kelemahan kita tu untuk kutuk kita balik.
Macam buka pekung di dada lah kalau mengadu hal kat orang lain.
Sendiri mau ingat, esuk2 merekaa tempelak kita balik.
Kalau pun mereka simpati, simpati tu hanya lakonan semata.
Sementara belum dapat apa mereka nak.
Taktik biasa lah tu..
Pengalaman mengajar saya bahawa bila kita jatuh,
tak ada orang yang ikhlas mengangkat kita.
Tinggalkan kita tertiarap dalam lumpur tu ada lah.
Siapa yang datang membantu kita?
Siapa yang menerima kita yang bergelumang lumpur tu?
Siapa yang sentiasa ada untuk kita?
Siapa lagi?
Saya cakap macam ni sebab saya tau perangai saya top ten dalam kategori buruk.
Syukur Alhamdullilah ada lagi orang yang boleh menerima saya seadanya.
Yang boleh bersabar dengan saya dari dulu hingga sekarang hanya lah keluarga saya.
Yang betul2 menerima kekurangan saya hanya lah ahli keluarga saya.
Anak2 saya, mak bapak saya, adik beradik saya dan pasangan saya.
Orang lain? Kata org tua2,
Buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali, buat banyak kali!
Mua ha ha ha haaa............

Sunday, April 8, 2012
They will always be my babies.
Bilakah masa yang sesuai untuk kita berhenti risaukan pasal anak anak?
Semasa mereka bayi kita ingat dah boleh berjalan, pandai bercakap nanti tak penat lah sikit duk jaga merka.
Salah..
Semasa mereka kanak2 sekolah rendah kita tunggu mereka sekolah menengah supaya kita boleh nafas lega.
Salah.
Semasa mereka remaja kita andaikan mereka dah boleh berfikir macam org dewasa.
Salah juga.
Dah dewasa, dah kawin dan dah beranak pinak kita ingatkan kita dah tak perlu awasi mereka.
Punnn salah.
Anak2 ni ada ada saja lah.
Ada jer perkara yang perlu kita selia dan perlu kita awasi.
Tunjuk ajar, nasihat, bantuan tetap kita hulurkan, kenapa?
Tak konfident dgn kemampuan mereka untuk berdikari kah?
atau kita yang tak nak menerima hakikat yg mereka dah boleh berdikari ?
Saling kait mengait lah tu.
Begitu begini...Tak habis2 kita ni duk fikir pasal mereka tu.
Yer lah, macam mana nak habis, selagi mereka tu anak kita selagi itu lah kita ni mak bapak mereka kan?
Agaknya kita ni tak beri peluang mereka urus diri dan keluarga mereka sendiri kot?
Cuba beri mereka peluang jadi dewasa dan matang...let them alone sekejap. boleh tak?
Ok, kita cuba.
By the way,
Ni dah pukul 3 petang ni, anak2 mummy dah solat zuhur ke belum?

Saturday, April 7, 2012
Lambatnya nak pencen..Tak larat sgt dah ni.
Sehari dua ni saya tak berapa suka ke tempat kerja.
Bila kesihatan terganggu, kualiti kerja pun menurun.
Semalam saya di tawarkan untuk melangkah ke gred yg lebih tinggi.
Sepatutnya saya seronok tapi saya jadi susah hati.
Gaji yang bertambah membuatkan saya takut.
Takut saya tidak mampu lagi laksanakan tanggung jawap sebaik mungkin.
Sedangkan gaji dan gred baru saya itu adalah satu amanah.
Kalau saya sihat tak jadi masaalah,
tapi akhir2 ini saya byk masaalah kesihatan.
Walau tidak kritikal tapi membataskan kemampuan saya untuk bekerja.
Selama ini saya sentiasa cuba buat yang terbaik, nak buat yg terbaik.
Pun belum boleh di banggakan usaha saya tu.
Ni kan pula tua2 begini, boleh kah saya?
Mampu kah saya?
Ini saja lah dalam kepala saya sehari dua ni.

Friday, April 6, 2012
Cakap sorang2, risau sorang2..siapa suruh?
Dah Jumaat sekali lagi.
Syukur, masih boleh kekal di bumi ini.
Walau kesihatan agak kurang baik akhir2 ini,
masih lebih baik dari orang2 yang lebih sakit.
Cuma kalau banding dengan orang yg sebaya saya dan sihat walafiat tu
terasa sangat betapa uzur sudah menjadi teman saya.
Saya sudah bertambah uzur.
Sedar diri begitu.
Terima hakikat.
Detik waktu telah menambahkan umur saya
dan menjadikan sisa usia makin sedikit.
Menambahkan uban saya dan
menambahkan kedut.
Pahala pun di harapkan makin bertambah,
bukan hanya dosa yang pantang leka, terus membukit.
Saya mematuk keyboard ni di waktu orang lain di ulit mimpi.
Saya terbangun oleh kesakitan dan telah telan ubat..
Tapi saya terfikir juga,
Mungkin kah satu hari di depan nanti,
saya bakal terbangun sakit dan tidak ada ubat yang dapat membantu.
Walau takut dan rasa tak sanggup tapi hari itu akan tiba juga.
Bagaimana?
Macam mana?
Tuhan, ku berserah segalanya pada mu.

Thursday, April 5, 2012
Semangat diri yang hilang.
Adakah kamu singgah semalam?
atau hari ini kamu telah singgah tadi,
adakah kamu akan singgah lagi?
Seterusnya akan kamu lawatikah sepi ku,
atau kau biarkan saja debu waktu berkumpul
tidak terusik.
Tidak berbekas apa apa.
Sekiranya kau singgah,
Samaada tanpa sengaja atau
langkah berniat,
hembuskan lah angin bayu
biar aku dapat rasakan
rindu mu masih menyapa.
Aku sebenarnya
masih berdiri di sini
menanti
kepulangan mu.

Wednesday, April 4, 2012
Bila x sihat, penat sikit pun nak berkira..
Kita pakat buat kira kira.
Mummy mendobi
Mummy memasak.
Mummy mengemas.
Mummy jadi supir.
Mummy ke pasar
Mummy jadi Hang Kebun
Mummy jadi pekerja Majlis bandaran pungut sampah/buang sampah
Mummy jadi ustazah bagi tazkirah
Mummy jadi doktor rawat mana yang perlu.
Kadang kadang jadi bendahari, kaunselor, hakim dan tutor.
Kalau bibik perlu di bayar rm700 untuk satu jenis kerja,
Nak bayar berapa kat mummy?
rm10,000?
Tak payah laaa..
Cukup kamu semua hargai penat jerih mummy besarkan kamu semua.
Mummy ikhlas walau sound effect over sikit.
Yer lah, yer lah, sound effect over banyak.
Bibik lain cerita,
Dia kerja untuk dapatkan upah.
Mummy kerja sebab apa?
Sebab bibik cuti lah weiii....
Bikkkkkkkkkk............, lambat lagi ke ko nak balik sini nih....?
Ibuk dah penat sgt ni.....
Tolommmmmmmmm......

Esuk nak gi check tekanan darah..Lepas esuk. esuk
Dah lama sihat walafiat.
Tuhan tarik sikit saja nikmat sihat itu.
Sakit kepala.
Kepala saja,
sikit saja kalau di bandingkan dengan yg terbaring kat hospital.
Syukur Alhamdullilah.
Dugaan yang sedikit ini saya redha.
Tapi kan...
Walau hanya sakit kepala dan rasa berat belakang tengkuk,
semua kerja tergendala.
Tidur dan tidur,
Pejam mata dan tak nak tengok dunia.
Pekakkan telinga dan malas nak layan soalan org sekeliling.
Bisu dan tak daya nak membebel pun.Sukalah tu rakyat jelata tu!
Pasif...
Ni dah ok sikit lah ni, boleh kembali mengadap keyboard.
Itu lah, bila sakit baru tau nikmat sihat..
Terima kasih Tuhan kerana sakit itu sementara.
Pagi ni rupanya saya masih di berikan nafas untuk terus bernyawa.
Tuhan tarik sikit saja nikmat sihat itu.
Sakit kepala.
Kepala saja,
sikit saja kalau di bandingkan dengan yg terbaring kat hospital.
Syukur Alhamdullilah.
Dugaan yang sedikit ini saya redha.
Tapi kan...
Walau hanya sakit kepala dan rasa berat belakang tengkuk,
semua kerja tergendala.
Tidur dan tidur,
Pejam mata dan tak nak tengok dunia.
Pekakkan telinga dan malas nak layan soalan org sekeliling.
Bisu dan tak daya nak membebel pun.
Pasif...
Ni dah ok sikit lah ni, boleh kembali mengadap keyboard.
Itu lah, bila sakit baru tau nikmat sihat..
Terima kasih Tuhan kerana sakit itu sementara.
Pagi ni rupanya saya masih di berikan nafas untuk terus bernyawa.
Tuesday, April 3, 2012
Sunday, April 1, 2012
Awak tau tak?
Saya baru tau.
Harapkan pagar, pagar makan padi.
Salah.
Bukan pagar tapi 'PEGAR'
Harapkan PEGAR, PEGAR makan padi.
Pegar adalah sejenis burung yang suka makan padi.
Itu pasal lah terbit peribahasa itu..
Agaknya zaman dulu2 di tulis dlm tulisan jawi, itu pasal lah konpius.
'Melepas batuk di tangga..Batuk?
uhuk uhuk uhkkk...batuk mcm tu ke?
Bukan.
'Batok' adalah sejenis gayong yg di buat dari tempurung.
Zaman dulu buat basuh kaki sebelum pijak tangga naik ke rumah.
Main buang merata gitu batok tu kira kerja tak baik lah..
Sepatutnya letak balik di tutup tempayan berisi air tu..
Mulut tempayan tak leh tutup kata nya..
ish, tak tau lah saya mcm mana...
Padan lah melepaskan batok tu di tangga gitu aje,
nak sangkut guna penyangkut dari Ikea pun tak der lagi kot masa tu..
Ok, itu saja saya nak share sbb saya yakin ramai yg masih tak tau sebenarnya.
Terima kasih kepada saya..ngeh ngeh ngehhhh....

Lupa dunia bila borak dgn kawan lama kat facebook..
- Granny Hani Nie, ingat dok hok kita makan di kedai bersama dulu? siap cucuk pencungkil gigi dlm popiah lagi...jahat betul!
- Ieza Rynie kita kn nakal masa kecik2.. Kak Hani ngt dok masa Nie bawak moto carry Kak Hani round Jln Raja Dewa kene kejar dek polis...rempuh msuk umah org selambe je wt supo umah sndiri...hehheee...
- Granny Hani Hahahahaaa...Ingat sgt2...Tempik yo ya yo ya..Kak Hani pakai baju merah yg kedut2 tu,kembang dan susah nak kawal masa duk atas motor..tu lah pertama kali naik motor dan semenjak hari tu tak suka lagi naik motor...takut! motor Maaruf kan?
- Granny Hani ingat dok masa banjir, gi main banjir pakai baju hujan ,di badan hanya t-shirt dan seluar pendek..bila hujan dah reda kita masih pakai baju hujan sbb seksi sgt tak sanggup nak bukak baju hujan tu..org semua pandang kat kita yg masih berbaju hujan ...
- Ieza Rynie yela...kak hani pnye la takut...tepik bkn main lg...Nie kn brutal first time bwk moto trus g jauh selalu..nakal sngguh!
- Granny Hani memang pun, gemulah Chek kata kalu dah ke umah Nie, gelap hari baru balik umah..Nie pun selalu tido kat rumah Kak Hani..bergosip mcm nak rak!
- Ieza Rynie Ingat sgt...org x wat kije gila supo kita tu...pening kepala org tua kito tu...kita ni nampak lemah lembut, ayu gitu tp dasyat...lasak!
- Ieza Rynie yelh dr kecik lg dok umah Chek..smpai nk kwin bru tinggal Chek Kak Hani tu...rndu ko chek...mane gi Tuan Yati...?
- Granny Hani awak yg supo jate nyo..kita tukang ikut dari belakang. kita berani pun sbbkan awak selalu positif thinking..boleh ko dok, boleh ke dok, pah dlm parit..tu lah caya ke awak sgt..hahahahaaha
- Ieza Rynie hahaha...tw xpe...kene try kalu x try x tau....Nie lasak erk? adoi la...kngan mnis dlm hidup. ye ke? bestnya dia jadi doktor..kawin dah ko dio tu?
- Granny Hani Yati tu pagi2 buta dah terconggok depan pintu..dia dtg bersama mcm2 cerita org kampung..mcm wartawan kampung..Ieza Rynie, ingat musuh kita anak beranok Mokngo? kita kuat gosip pasal Mekmoh dan suku sakat dia dulu.
- Ieza Rynie Ingat...Kak Hani ngt Yaakub depan umah Chek? x nikoh smpai loni..tulah, kes kene tampar ko Nie kot..hehhe dh la tu nie sumpah kato dio x bini smpai tuo..geram sgt, jahat sgt..slalu kenekn kito jah.
- Granny Hani ingat sgt..adik dia Mariam tu pun tak sebulu dgn kita....Sedap ngupak wehhhhIeza Rynie hak benar kn..tu kan kenangan mase kecik dulu..loni x de gapo, dah maafkn apa dio org wt ko kito tu...
Bahasa pun ikut sesedap rasa saja...Maaflah kalau tak faham tapi bila saya renung balik dialog kami ni saya tersenyum sendiri..Seronok nya kami membesar bersama tetapi masa merubah segalanya..sekarang masing2 dah ada tanggungjawap sendiri, bertemu pun sekadar di alam maya.
Subscribe to:
Posts (Atom)