Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, February 27, 2010

Nenek dan Saya

Setiap kali saya lihat nenek, saya seperti melihat sejarah asal usul saya.
Wajah dia.
Gaya dia.
Tutur kata dia.
Dia adalah saya.
Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Seperti saya,nenek saya seorang yang tinggi lampai di masa mudanya,
Berkulit cerah seperti saya, dan seorang yang popular dan disenangi semua..Saya tak la macam tu..
Kadang kadang dia seorang yang 'fussy' jugak, seperti saya la...Tambah2 kalau soal makan. Mungkin kerana dulu dia seorang yang pandai masak. Nasi dagang dia, thumbs up!
Dia adalah buku sejarah bagi seluruh ahli keluarga saya.
Dia mengingati setiap fakta.Nak tahu cerita zaman dulu2, tahan telinga dan dengar.Dia suka ulang tayang kisah hidup dia dan anak cucu.Boleh buat novel atau drama bersiri..Agaknya kalau di zaman dia tu ada kemudahan IT, sah dia dah bukak blog sendiri dan ramai la follower ni...
Dia adalah masa depan saya. Dia adalah cermin buat saya menilik diri...Dia satu satunya nenek saya, Mok saya, kebanggaan saya.
Tuhan ku, Panjangkan lah umur dia..Kami sayangkan dia.

Thank you so much

I am not forgotten, am I???


Chocolate bars from Switzerland..TQ
( Keep telling myself, only one per day...)






Sarah Jessica Parker Perfume from Melbourne.
TQ nephew Eyo, I like the Soft,fresh fruity smell..

Well, Happiness comes from everywhere.
I am happy knowing that I have a special place in someone's heart.
I am proud to be a part of someone's life.
No matter how small the part might it be.
Its nice be remembered..
Thank You everybody..for everything you have done.
Most of all TQ for accepting me as I am and loving me the way you do.
I love you all too..
God bless you........

Friday, February 26, 2010

Ulangtahun ke berapa ni Mak?

Selamat Hari Lahir Che.
Semoga Allah panjangkan usia Che.
Semoga Che sihat dan ceria sentiasa.
Semoga Che dilindungi dari segala bahaya.
Semoga Che dirahmati Allah.
Anis nak tau,
Ini ulang tahun kelahiran Che yang keberapa?

Berapa usia Che hari ni?
Che kata rahsiaaaa...
Rahsia...
Che ni,
macam artis la,
rahsia2 ni.




Tapi Mok tak sporting betul,
Mok relax je buat penggumuman.
" Che kamu tu dah 65 lah"
Yer ke ni Mok?
Saya pun dah 50..
Ada dua kakak lagi tu.

Mok pulak berapa?
Mok pun rahsia jugak?

Adeiii...Macam macam.


Anis.
Anis Happy dapat ke rumah nenek hari ni.
Anis tahu tak yang Anis bertuah.
Ada mak.
Ada nenek.
Ada Moyang.
Bersyukurlah Nis kepada Allah.
Alhamdullilah.

Tepuk dada tanya selera..

7.00 pagi
Nak buat ni..
Nak gi swimming.
Nak masak 'healthy lunch' untuk semua.
Nak gi umah Che ambik perfume hadiah dari Eyo.
Nak kuar jalan2 buang masa..
Atau paling tidak nak duk umah relax depan TV

Tak nak buat tapi have to..
Semak kertas ujian murid yang berlambak.

Kemaskini Fail panitia/Tugas khas
Pergi pasar.

Tak payah buat tapi buat jugak.
Duk depan benda alah ni dan bertangguh2 untuk buat benda lain...!



Thursday, February 25, 2010

Kuasa Jurujual...



Lepas masa sekolah,saya ke sebuah kedai kain yang agak besar juga untuk menjamu mata.Dah lama kekawan duk cerita ceriti pasal kedai tu. Tambah pula kedai tu sedang adakan 'sale', jadi kami pun turut serta la meramaikan lagi orang yang berkunjung.
Pusing punya pusing, kami dapat la kain barang sepasang sorang buat bukti yang kami dah jejak kaki kat kedai tu..Kain biasa2 jer dan harga pun biasa2 jugak.
Apa yang saya boleh katakan pasal kedai tu ialah keramahan kakitangan nya melayan kami ni. Sopan dan mesra sungguh adik2 jurujual tu,baik lelaki atau perempuan. Sebenarnya keramahan mereka itu lah yang membuatkan saya beli jugak sepasang dua..terpikat bukan pada kain nya tapi pada sopan manis tutur bicara nya..
Bukan macam sebuah kedai barang plastik yang pernah saya kunjungi dulu. Jurujual nya punya la sombong dan muka pun mencuka. Saya ke situ untuk membeli pinggan plastik buat isi makanan kucing tapi terbantut niat untuk membeli bila mendengar jawapan dari jurujual tu..Bayangkan bila saya tanya kat mana saya boleh dapatkan pinggan plastik yang biasa2 dia menjawap..
"Kak, la ni orang dah tak pakai pinggan plastik, orang pakai melamie.."
Adoiii..Dia ingat saya ni datang dari gua mana agaknya....Nasib baik saya cool.Saya ingatkan diri saya untuk guna otak bukan hati..Saya sekadar mengucapkan TQ dan terus ke kereta.Hmm, kesian tauke kedai tu, hilang pelanggan hari tu....
BUDI BAHASA BUDAYA KITA.

Tuesday, February 23, 2010

Lamanya tak junpa....


Hati ku ber'Munga munga'
Happy sungguh hari ni.
Sudah 32 tahun saya hilang dia.
Kehilangan yang tidak terasa
Tapi bila tiba tiba dia ada,
tersentuh tasik rasa.
Saya perhatikan,
Dia banyak berubah.
(Sedangkan dia kata saya yang banyak berubah)
Yelah, masa merubah segalanya.

Monday, February 22, 2010

Terdesak...

Ampun Tuanku, sembah patik harap di ampun.
Patik dah berminggu tak tidor nyenyak.
Dalam batu jemala patik ni ada sedikit mushkil.
Sudi lah kiranya Tuanku perkenankan mohon sembah patik ni.
Tuanku,
Sebenarnya patik bukan la nak sangat mengadap tuanku ni.
Tapi patik ni ibarat telan mati mak, luah mati bapak.
Dah kerana bapak patik dah meninggal, maka patik pilih untuk luahkan aje lah.
Lets go to the point la tuanku yer,
Patik nak tuanku sign borang cuti patik..please la tuanku.
Bukan sengaja nak nyusahkan sekelian rakyat jelata kerana kes patik ni.
Tapi patik pun dalam keterpaksaan yang teramat sangat..
Tuanku tengok la kat dahi patik ni..
Pistol tu..tunggu masa nak di tembaknya patik kalau patik tak dapatkan
cop mohor dari tuanku ni...
Cian patek la tuanku..
Hai la belalangggg..
Huhuhuhuhuuuuu...

Sunday, February 21, 2010

Bersembunyi di balik tangga



Kalau ke kanpung kraftangan di Kota Bharu,
jangan lupa singgah di ruang ini..
Di belakang tangga yang agak tersorok.dia ada.
Dia ialah'Awi' seorang pelukis yang berbakat.
Saya mengkagumi hasil seni dia.
Bertuahlah dia yang di beri kelebihan ini.
Kalau tidak kerana saya kesuntukan masa,
seharian pun saya boleh duduk dan menghayati tarian berus dan warna nya.

Saturday, February 20, 2010

Segalanya milik Allah.

Lepas magrib mertua saya menalipon.Cemas bunyi suara nya. Kebakaran di deretan rumah kedai berhampiran rumah dia rupanya. Itu lah deretan rumah kedai yang tertua di pekan kecil Pulai Chondong.
Saya bergegas memandu untuk menyaksikan sendiri kebakaran itu. Walau pun saya bukan berasal dari situ namun saya pernah menetap di daerah itu dan juga mengenali warga Pulai Chondong yang ditimpa musibah itu.
6 buah kereta bomba datang dari bandar brdekatan.Api menjulang setinggi pucuk kelapa dan marak dengan cepat.Mertua saya sudah mula mengemas dan menempatkan dokumen2 penting ke tempat yang selamat.Yer lah, dengan api sebesar itu, lebih baik dia bersedia untuk apa2 kemungkinan.
Api dapat di padamkan selepas 3-4 jam kemudian. Sederet rumah kedai musnah, begitu jugak beberapa buah rumah kediaman yang berdekatan. Alhamdullilah tidak ada kehilangan nyawa.Semangat tolong menolong masih kuat di amalkan.Mangsa mendapat perlindungan dan sokongan emosi dari jiran jiran.Saya kagum, disini tidak ada mangsa yang meraung bersendirian, segala payah ini dikongsi bersama jiran, sedara dan kawan kawan yang datang membantu.
Semalam saya menyaksikan harapan yang terbakar, kenangan yang hangus dan impian yang menjadi abu..

Friday, February 19, 2010

The greatest love of all

Aduiii...Binatang pun tau hargai kasih sayang.
Setiap kali tengok video clip ni setiap kali la saya rasa ada segumpal tangisan menyumbat kerongkang..Terharu kerana memikirkan yang kita manusia senang2 saja mempermainkan hati orang lain, tidak menghargai budi orang lain dan kalau menyayangi pun atas dasar ada tujuan lain yang tersembunyi..
Tengok la betapa singa2 ini tidak lupakan orang yang pernah menyayangi dan melindungi dia.
Kata orang binatang hanya menjadi ganas dan memburu bila lapar dan terdesak, tapi manusia memburu tidak mengira masa..
Jadi siapakah yang lebih ganas sebenarnya....

Never that saloon again...


A new haircut for Anis.
But Anis is not happy.
She is sulking..
The hairdresser thinks that Anis looks much better now.
Anis says nothing.
Iffah says that Anis's hairstyle is just the right one..
Anis pretends not to hear.
Mummy likes your new hairstyle too.
Don't you Anis?

Tell you what...
If somebody has the guts to say it in front of you that you look like a boy, Mummy is gonna shoot that someone right in between his/her eyes..
You bet I will !!!!!

Thursday, February 18, 2010

God, I wish...

I got something on my mind...It is driving me crazy. Please wish me a happy day ahead..Wish me luck. Wish me a peace of mind and wish me success too.......I really need all the wishes I can get from all of you.....How I wish my wishes will come true.

Tuesday, February 16, 2010

Peringatan buat saya dan awak.


Nak dengar cerita bagaimana saya diperbodohkan secara sukarela??
Seorang teman lama menghubungi saya. Dulu pun bukan rapat mana sekadar suam suam kuku. Tapi kali ni dia ramah benar bertanya khbar dan menyatakan kerinduan untuk menjalinkan kembali tali persahabatan yang dah lama terputus.,Beria ia dia nak datang jumpa saya. Ok lah, saya jemput dia ke rumah dan saya pun sedikit teruja untuk menebus kembali perhubungan yang terkubur itu.
Pukul 5 ptg mereka tiba. Saya ingatkan dia datang dengan keluarga. Tapi tidak, dia datang dengan kawan2. Senyum manis tak lekang di bibir kawan saya tu..
Hmm..Rupa rupanya, dia datang untuk mempromosikan barangan direct selling...Laaa..Buang masa betul saya rupanya. Tak ikhlas rupanya salam persahabatan yang di hulurkan tadi. Sebaik duduk aje, macam peluru dia bercerita pasal hebat nya kehidupan dia semenjak menjadi ahli XXX ni..Bukan itu saja, dia siap mengkritik kehidupan saya sebagai kuli gomen yang katanya tak kan buat saya mewah, semewah diri nya.Lepas satu, satu barangan yang dia promosikan.Saya dah boring dah...
Azan magrib dah berkumandang tapi mereka tidak berganjak..Aisehh..Saya dah loya sungguh dah ni..Macam ni ke nak berkawan..Saya rasa tak kurang kawan saya tanpa dia pun..
Nak tak nak saya tumpangkan mereka solat di rumah saya yang tak se 'gah' rumah mereka itu.
Akhirnya bila usaha mereka tidak dapat mempengaruhi saya untuk menjadi ahli/membeli barangan mereka, mereka pun beredar....
Lega...Tobat lain kali saya dah tak caya dah orang yang suka bermuka muka ni..Tak apa lah saya tidak mewah dengan kereta besar menjalar pun, sekurang kurangnya saya tidak menjual muka dan mengkhianati istilah 'persahabatan'.
Pernahkan awak berada di situasi ini? Geram dan marah kan?

Monday, February 15, 2010

Saya suka makan ni.

Manis sangat laaa...Tak suka!
Itu reaksi orang yang tak biasa dengan kuih ni.
Saya pula di besarkan dengan kuih ni terhidang di meja sepanjang tahun merasakan tak sah kalau tak makan kuih kuih ni.Tambah lagi kalau bulan puasa, mesti tak miss punyer.Anak anak yang merantau pun tahu rindu pada kuih ni.
Sebenarnya kuih ni boleh dikatakan kegemaran semua warga kelantan dan khas nya bagi yang berasal dari Kota Bharu.
Di tahun 70an dulu, saya masih ingat lagi, kuih ni merupakan hidangan bagi majlis nikah kahwin di Kota Bharu...Jangan tak percaya, bila saya kata kuih ni jadi hidangan di majlis tu, maksud saya hanya kueh ni, tak ada makanan lain selain kuih2 yang dikenali sebagai 'tepung telur' bagi orang kota Bharu ni.Tambah lagi kalau kenduri kahwin tu di kalangan 'upper crust' atau anak2 orang berada..Kuih ni melambangkan status tuan rumah..Orang kelantan kata 'orang hilir'.
Istilah pergi 'Makan pulut' bermaksud pergi kenduri kahwin yang hanya pulut dan kuih2 ini saja yang dihidangkan....Dulu macam tu, sekarang tidak lagi. Tanya warga emas yang berasal dari Kota Bharu kalau tak percaya.
Secara komersil nya kuih2 ni di panggil Akok,Jala Mas, Buah Tanjung dan TelurSemut (yang warna putih tu..kadang tu dikenali sebagai Tahiitik)
Bukan semua yang di jual dikedai tu sedap rasanya.Hanya yang pakar saja yang dapat mengekalkan keaslian rasa kuih2 ni..Tentu nya pembuat kuih ni yang paling tersohor ialah kerabat2 'nik' di Kelocor/Kubang Pasu...
Siapa yang tak pernah cuba tu boleh la cuba bila berkunjung ke sini..

Sunday, February 14, 2010

BBQ

Mummy tak de keje lain kalau semua anak menantu balik.
Mesti nak makan makan..
Sorang saja yang tak dapat bersama kali ni..(InsyaAllah next year Ja will join us).
Let us have a barbQ.
Jadi mammy masak la Macroni Goreng
Chicken Casserole
Salad Nenas
Some Vege.
Bubur Kacang dan chocolate cake for dessert
And of course lauk pauk untuk di barBQ...

Kita orang clear the porch and set up the venue for BBQ.Wan, along dan Kimi yang nmpak tangan saja sedang makan.
Ini geng shisha la ni..
Anis and Iffah tak sempat2..
Makdik dan Boy jamu selera.Sebelah tu ex student saya yang sudi datang..

Tapi mummy tabik la mereka berdua ni..Dari mula sampai habis, berdua ni la yang berpeluh peluh main api...Thank you sons.

Beraya Sakan nampak...



HAPPY CHINESE NEW YEAR TO..

Uncle Lee and the family.
T.H Teoh and the family.
Mr Lim and the family.
Mr Foo and the family...(Especially Mrs Foo)
Ms Yap and her family.
Mr Sim and Mrs Sim.
Mrs Lou..Wherever u r.
Mrs Fadhillah Tan.
Mr Anuar Tan.
Mr Lor and the family.
Dr Tee and the family
Dr Ang and the family
My neighbours..
My Chinese friends.
GONG XI FAA CHAI

Saturday, February 13, 2010

Tamu ku orang jauh



Seronok betul saya hari ni.
Anak anak pulang bercuti sempena cuti Tahun Baru Cina.
Yang paling bestnya bila ada tetamu yang berkunjung.
Tetamu dari JB dan juga dari Singapura.
Siap bawa Blueberry Tarts lagi...TQ Za.
Paling saya suka ialah kesudian mereka untuk lunch di rumah saya.
Bukan selalu dapat jumpa kawan lama ni..Alhamdullilah.
Saya kalau dengar Samad bercerita, rasa tak nak bagi dia pulang.
Ada jer jenaka dan lawak dia yg buat saya pecah perut..
Hati terhibur setiap kali ada dia.
Samad kata dia berketurunan Mafia dari Sicilly tu.
Macam ni punya kelakar tak kan keturunan ganas camtu..
Pandai la awak tu Samad, buat kita orang tak kering gusi..

Friday, February 12, 2010

Pagi Jumaat

Bangun pagi pagi..
Jogging untuk kesihatan...














Pas tu singgah kat gerai makan ni...











Pas tu makan ni jugak...

















Dan minum ni....


The question is.....
Naper saya tak kurus kurus ek???

Thursday, February 11, 2010

Layan hati di dinihari...

Pagi sungguh saya bangun hari ni.Pukul 3.30 pagi lagi. Dah terjaga tu payah nak lelapkan mata. Macam macam bermain di benak fikiran ni. Bila teringatkan anak ada yang nak menduduki ujian tahun akhir pengajian, saya mengambil wuduk dan solat sunat untuk memohon Tuhan permudahkan urusan dia tu..Saya harap dia sentiasa di rahmati Allah, bukan dia saja, tapi semua orang yang berada dekat di hati saya. Tak kira dimana jua mereka berada, mereka sentiasa dekat di hati saya. Cuma kadang kadang tu saya terfikir....Ramainya orang yang saya sayangi tapi adakah seramai itu orang yang sayangkan saya? Adakah? Masih kah?Adakah saya juga berada dekat di hati mereka.... Pernahkan rindu mereka di peruntukkan buat saya....Mungkinkah mereka kehilangan saya jika saya tidak ada lagi...Ataukah saya hanya satu nama yang singgah di hati mereka dan tidak pernah meninggalkan kesan apa apa....
Azan subuh bergema..Saya tidak kesaorangan, Dia ada. Terima kasih Tuhan, aku lah hamba mu yang lemah dan mengharapkan taufiq dan hidayah dari Mu...Amin.

Wednesday, February 10, 2010

Lawak yang tak berapa lucu


Tadi kami duduk2, makan2 sambil sembang2 kosong sementara tunggu nak masuk kelas seterusnya.Tiba2 sepotong ayat keluar dari mulut kawan saya ini yang membuatkan saya tiba2 terasa sangat tersentuh.
Begini kata dia...
"Kita ni, serupa...Barang Reject! "
Hmm...Betul jugak kata dia tu..
Kami bertiga ni sebenarnya dibesarkan sebagai nak angkat. Dia seorang anak cina yang di besarkan oleh keluarga angkat cina lainnya. Saya pula menumpang kasih pada keluarga yang juga ada pertalian darah dengan saya.Teman saya yang seorang lagi merupakan anak cina yang telah diambil oleh keluarga melayu untuk dijadikan anak angkat.
Situasi yang sama walau tak serupa.
Persoalannya kenapa kami? Apa salah kami?Kekurangan kami kah yang mendorong kami di jadikan bahan reject? Mungkin kami merupakan mangsa keadaan.
Biarlah apa2 pun, kami tetap bersyukur dengan apa yang ada..
Kami ketawa besar bila kami ulas isu 'barang reject' ni secara berseloroh .Yer lah, dah sekali kena reject tu ok gak la tapi saya ni bukan sekali..
Biarlah, malas nak kenang2 sejarah hitam. Be happy,enjoy life as it is....
Tapi jauh di sudut hati kami hanya Tuhan saja lah yang tahu...
Tiba tiba mata ku basah...

Monday, February 8, 2010

Baju Baru


Tak per lah tidak ada siapa yang tanya pun.
Saya nak buat pengumuman.
Wahai orang orang kampung!!
Hari ni saya pakai baju baru ke sekolah.
Saya suka baju ni.
Dari kain chiffon bertanah putih.
berbunga pink dan peacy orange.
bertatah permata bewarna jingga.
Nur butik menjahitnya dengan rapi sekali
Sedap dipakai..Selesa beralas satin lembut.
Dah...itu saja buat kali ini.
Sebenarnya tak tau nak tulis apa kat blog hari ni.
Pasal baju pun baju lahhhh...

Cian ko Anis..


Adoiii,sakit nyer mummy....!!
Anis sakit gigi.
X leh la duk lama2 kat sini.

Sorryyyyyyyyyyyy
..!!!

Saturday, February 6, 2010

Room mate MakCu

Sungguh saya tak tahu,
Rupanya teman sebilik MakCu ni pandai nyanyi yer.
Bukan main ramai peminat.
Ini lah contoh guru serba boleh.
Rugi lah MakCu tak dapat hadir untuk mendengar PakCu menyanyi.
Nampak gaya tak dapat cari makan la Mawi nanti.
Best la lagu tu..
BeeGees kan?
Tak Sangka,
Lagu lama ini membuatkan saya tersentuh.
Dan saya terpaksa beredar
walau belum puas dengar suara PakCu.

Lain kali nyanyi lagu 'U rock me like a Hurricane' lah PakCu yer...
(Masih teringat suara MakCu masa hari guru tu...)

Ahlan wasahlan duhai teman..


Dengan izin Allah saya bertemu Dia. Setelah tidak berhubung selama hampir dua tahun, saya ingat saya sudah kehilangan seorang kawan, rupanya Dia masih tidak lupakan saya..Kelmarin, saya menerima sapaan dari Dia. Ikhlas bersahaja tapi cukup buat saya sangat gembira. Saya pun tak tau macamana hubungan kami boleh beku dua tahun dulu.Agaknya kesibukan dan rutin kerja yang tidak mengizinkan. ApaApa pun, hari ni saya bersyukur saya menemui semula Dia yang hilang. Semoga Dia ada di sini selamanya dan saya akan sentiasa ada untuk Dia..
Terima kasih Tuhan.

Friday, February 5, 2010

Ketupat Sotong

Senang saja buat dessert yang semua ahli keluarga suka ni.
Dapat sotong yang ada telur tu lagi sedap.
Kalau yang tak ada kat umah tu tengok, makan hati laa..
Sabar k, u all balik nanti mummy buat satu periok besar.
Jamu anak anak.
Dah siap masukkan pulut tu rebus dengan santan.
Anis dah siap amik pinggan dengan garfu.
Sabar anak, Pegi tgok TV dulu..10 min lagi masak laa.
Baunya...Alamakkkk, lemak manis mengoda selera.
Sedappp.
Dah boleh makan pun.
Meh semua yang ada,
Kita makan dulu.
Cian yang jauh tu...

Thursday, February 4, 2010

Kadang kadang hati ibu..

Kadang Kadang anak ku...

Kadang kadang aku tidak mahu masa beredar

Cepatnya kelmarin berlalu

Telapak kaki yang dahulunya hanya sebesar dua jari,

Kini telah jauh langkah nya meniti alam dewasa

Kalau boleh mahu saja aku hentikan gerak waktu.

Biar kalian terus begini,

Sentiasa ada dekat dengan ku,selamanya.

Masih memerlukan aku sebagaimana seorang bayi memerlukan ibu.

Kadang kadang aku menjadi takut,

Esuknya bagaimana,bila uzur ku mula mendekati

Dan usia tidak lagi banyak berbaki.

Tugasan dunia lebih acap memanggil nama mu wahai anak.

Dari aku yang semakin hilang suara,hilang daya

Lusuh dan tidak lagi berguna.

Ibarat Quran lama yang tidak dibelek sesiapa.

Akan terpinggirkah aku di hujung dunia mu.

Diwaktu itu nanti,

Masih kah kau anak ku,

menghulurkan tangan mu menyambut salam ku?

Akan berpaling kah kamu ke arah ku sewaktu nama mu ku seru?

Apakah kita masih boleh lagi duduk duduk bercerita dan berkongsi usia tua ku bersama?

Tuhan ku,hanya Engkau lah yang mengatur segalanya

Kadang kadang,

Hati seorang perempuan yang rahim nya pernah mereka tumpang menghuni

selama sembilan bulan,

Menjadi celaru..

Kadang kadang,

Kadang kadang wahai anak anak ku,

Ibu tua ini paling tidak mahu membebankan bahu mu

dengan usia lanjut ku.


Wednesday, February 3, 2010

Bila cikgu sakit perut

Sakit lagi?
Itu la suruh pegi klinik tak nak.
Minum teh pekat laa
Rebus air daun jambu laa
Pil Chikit pun dah berkotak tu.
Dah dua hari camni.
Kalau saya laa..
Dah cepat cepat ke hospital.
Dapat juga MC, boleh rehat.
Kesian awak yer,
Berulang alik ke tandas.
Kalau dekat tak per
Ini kelas di hujung bangunan sana
Tandas di sini..Ulang alik, saya tengok pun penat.
Tau naper awak gagahi juga ke sekolah.
Kerana awak cikgu darjah satu yang prihatin.
Kata awak nak tinggalkan murid darjah satu di awal tahun ni bukan senang.
Kata awak budak budak tu memerlukan bimbingan..
Hmm..Suka hati awak la..
( Ini la sebenarnya cikgu Mithali yang tidak pernah kita ketahui)

Monday, February 1, 2010

Ada ke yang sanggup??

Alahai..Ada ke orang yang setulus ini dalam dunia ni?
Selalunya orang yang sepatutnya lindungi kita lah yang melukakan kita.
Kita lupakan realiti dan berpindah ke alam mimpi,
biarpun hanya seketika.

Aduss!!! sengal hati dengar lagu ni.

Entah apa apa saja otak ku ini

Peribahasa gaya saya suka hati saya la kannn.
1. Kalau kail panjang sejengkal...Beli ikan kat pasar jer lah.
2. Sehari selembar benang, lama2 boleh buka kelas menjahit.
3. Diam ubi berisi..Diam saya, mogok la tuuuuu.
4. Genggam bara api biar...Kalau nak arang beli saja,wat per susah2
5. Malu berkayuh, pakai bot berenjin, malu bertanya pakai GPS
6. Cubit peha kiri, peha kanan tak terasa apa2..Sebab bukan cubit peha sendiri pun.
7. Ukur baju di badan sendiri..dan tambah 2 cm lagi, kot time ambik dari tailor dah tak muat ukuran tu...Huhuhuhuhuuu...
8. Makan hati berulam jantung, rendang paru, air asam perut dan sup ekor..Sedappp!!
9. Yang bulat datang menggolek....Sindir kita ke apa ni?
10. Sayang isteri tinggal tinggalkan....Jangannn..saya dah cakap jangannn..Dah cakap jangan, nak tinggal jugak, sendiri mau tanggung laaa....Hehehehehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...